Sunday, 25 January 2009

seminggu punya crita

uiks...banyak cite minggu ni.. rasanya dah banyak hari tak nulih.. skang ni ada kat rumah mak larut tin...semalam satu hari enjoy dgn adik2.. pagi tu cayang bucuk aku tu gi jogging dan kononnya nak potong rambut terlama pulak sedangkan adikku Fazli tu duk menunggu dia punya lama kat Proton Service.., pastu aku lah gi ambik beliau kat sana, dan ambik Fazilah kat SMDB.. tgri gi kenduri kawen Najmi dan Shakira.., sempat tgk shakira je sebab najmi datang kul 1 tgri dah tak tunggu sebab nak bawak ayah balik gi kenduri lain lak lagi... kami pergi bertiga..

petangnya pulak kami berempat sibuk juga nak menyibuk pegi Giant.. borong apa2 yg patut... aku dgn fazilah jadi boss duk blakang.. gamba ni capture sebelum pakai seat belt.., tapi lepas tu aku pakai seat belt juga.. menyahut seruan kerajaan.. hehe..



dan cayang bucukkku tu duk kat kokpit..., bawa kami semua jln2 dan Fazli duk di sebelahnya..



dan malamnya pula ada org nak belanja... pizza dan KFC.. aku pun balun skali.., mana tak bulatnya diri ku ni.. huhu..

Jumaat birthday Ilah... sebenarnya kek ni untuk Fazilah dan Fazli sekali.. aku beli kat Prima. Amoi tu dah nak tutup kedai tu pasal tak sempat nak conteng kek tu.. sejak aku besar ni kedai tu aku tak pernah masuk sebabnya mungkin die kat terceruk sana kot.. waktu beli tu punya la ramai manusia kat jalan tu sampai nak parking pun tak leh..., kebetulan Zuria ada dgn aku waktu tu jadi kami berdua turun pegi kedai dan cayang bucuk tunggu dalam kereta je.. kek ni nampak cam kelakar jugak rupanya tapi waktu pilih kek ni aku dah agak dia mesti sedap.. Namanya Choc Cream.. RM 26 je. yang si Fazli lak teka kek ni rm 40 - rm 50.. hehe.. aku ingat lepas ni nak beli kek, datang sini je lagi best.. banyak patern baru2.. sampai rumah mak, Fazli potong kek tu dan nyum nyum... amtlah sedapnya.., lembut mcm ice cream... coklat parut tu pun lembut sgt..

khamis dan jumaat cayang bucuk pergi kursus IT kar CME jadi aku gi keje drive sendiri. wah eksyen park kat tempat baek punya... parking je lah.. tah bila nak jadi Pengarah Pengurusan tah.. huhu...

nak jadi cerita ari Jumaat tgri ari tu jln2 dgn kak aiza kat The Store, akak pengsan waktu queue kat counter pembayaran tu.. hidung dia pulak berdarah meleleh2 kat lantai dan habis baju dan tudung dia pun berdarah jugak.. huhu.. time tu lak akak tu tgh pregnent 17 minggu. aku takut betul nasib baik aku call akak2 misi tu ada dkt2 situ jugak.. pas diorang sampai tu, lega sikit aku rasa. kalo tak.., nenong nenong le berambulans.. hihihik...


selasa lepas sibuk bina slide untuk KMK sebab rabu ari tu ada bengkel KMK..bersemangat nampaknya group aku tu attend bengkel tu.. walaupun tahu tak kena present tapi buat je la slide kosong, konon ada usaha la jugak... kikiki... ni gambar JKR tgh komen slide Kumpulan Celik..