Hari Selasa adalah hari paling kecewa...
merujuk kepada posting
INI.., ya itu entry pertama betapa saya kecewa... ( kalau kau terkapai2 tak tahu, kau baca dulu supaya kau tak hilang arah, kemudian tak paham.. )
ok..
saya telah cuba sebaik mungkin. tapi makin lama saya semakin dibuli. oleh....??? entah..., mari saya cerita.. kalau kau menyampah, sila berambus dari blog ini..
kalau kau datang hospital, apa yang paling kau menyampah tapi kau terpaksa buat?
TUNGGU..
kan?
terutama time registration....
then, kau menyampah bila minah kat kaunter pendaftaran hospital muka tak lawa tapi coba- coba buat muka manis senyum lawa tapi bagi kau ayat macam loser, lagi kau menyampah...
" encik duduk dulu, nanti sampai giliran, saya panggil..."
lepas kau dah berapi bontot, kau dah tak boleh sabar, kau pegi lagi tengok muka minah pendaftaran tu.., ape la minah ni buat, terhegeh- hegeh.., satu- satu...turn kau dari tadi tak sampai- sampai lagi...
time tu muka minah tu dah tukar ijau.., bukan macam hulk, tapi dah macam shrek.. agak- agak, kau nak sergah tak minah tu suh dia laju sikit buat kerja..???
dah nama hospital.
sape yang tak tahu betapa kena tunggu lama..
terutama time nak daftar..
kau tahu kenapa??
1. sebab staff kat pendaftaran tu sibuk nak kilat kuku, " encik, sekejap ya..., 3 jari je lagi.., dah nak habis ni.., encik duduk dulu, nanti siap kuku saya, saya panggil.."
2. sebab staff kat pendaftaran tu sibuk bagi ayat jiwang karat ayat boyfrend kat telefon.. " puan duduk dulu ya, saya tengah telefon boyfriend saya ni. nak ingatkan beliau booking tiket wayang 3,2,1 Cinta..."
3. sebab staff kat pendaftaran tu sibuk salin resepi ciskek.. " alamak cik, duduk dulu boleh tak..? lagi 2 baris je nak habis ni... plishhhh...."
4. sebab staff kat pendaftaran tu sibuk jadi panglipurlara buat cerita dongeng dgn staff sorang lagi kat sebelah dia tu.. " kau nak tahu siti...., jiran sebelah rumah aku tu...., bela rimau..., er, encik.., tolong duduk dulu sekejap, saya nak cerita sampai habeh dulu. cerita hot takleh simpan lelama. nanti dah tak chill.."
5. sebab staff kat pendaftaran tu sibuk jahit manik labuci kat baju raya... " puan puan...., tunggu sekejap ya.., sketul je lagi...sikit lagi... sikit lagii... ok ok... haaa... dah... eh.. senget la pulak..., puan duduk dulu lah.. "
kalau macam tu punya kes, kau lastik tak minah kat pendaftaran tu?
haruslah...
kan kan kan...??
tapi,
kalau dalam masa 1 jam 45 minit..,
SEORANG staff pendaftaran tu kena setel 54 orang mendaftar masuk out patient dan 25 orang daftar keluar in patient...
kau rasa macam mana..
ok mari kita buat simple mathemathic..
seorang daftar masuk, paling kurang 2 minit kau boleh speed.
ok darab!
daftar masuk out patient
2 minit darab 54 orang = 108 minit
daftar keluar in patient
25 orang darab 13 minit = 325 minit
daftar masuk + daftar keluar = 433 minit
sedangkan kau cuma ada masa 105 minit........????
kalau kau jadi minah pendaftaran tu, caneee...??
gelabah?
pengsan?
sawan?
meroyan??
pastu kau kena maki hamun dengan orang kat depan kau..
lembab
tehegeh- hegeh...
slow mcm siput....
pastu kau tahu tak perkataan " tak boleh belah '??
hoi, time tu dah bley pakai perkataan tu..
perkataan yang kau boleh pakai ialah...
"angkat beg, belah..."
pahammm????
pastu malam, kau tido mengigau...
esok..., kau tak payah pegi tengok kaunter tu lagi..
kau pegi buat aktiviti ni...
pastu, lusa pun kau tak payah tengok jugak kaunter tu...
kau pegi chill dgn anak teruna kau..
tulat pun....
kau tak payah tengok kaunter kau tu jugak...
kau pegi dating lagi bagus...
kau tahu sape minah kat pendaftaran tu ?
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU LA...
pening ke?
aku pun pening jugak..