Saturday, 23 October 2010

iNi BuKaN TaJuK SeBeNaR : sLoW cOoKeR

Masyaallah..., minggu ini minggu paling mencabar bagi saya lah.. sebab apa ya? kerana beruk pakai riben saya ni sangat slow sehingga menyukarkan kerja- kerja saya. saya cuba download sidang video dari Portal saya, berkali2 tetapi gagal. dalam masa seminggu ini, baru satu setengah sesi kuliah dapat saya download.., selebihnya masih gagal. lalu, saya tak dapat berbuat apa2 minggu ini.. untuk update blog ini pula, jika mengupload gambar dari MF, langsung tak masuk2..., sehingga entry ini saya cuba melalui IE pula. itu pun hendak upload 3 gambar ini punyalah siksa. sehingga saya sudah tergolek2 baru teringat oh tadi tengah buat entry. sorry la makcik dah nyanyuk tetapi tidaklah bebal sehingga tanya soalan yang sama pada ramai orang dan berjuta2 kali pula. ahahahaha.... saya tak dapat trace apa masalah dia. sebab saya bukan pandai bab- bab internet ni. melingkup mungkin boleh..
sebenarnya nak buat satu entry yang panjang. tetapi sebab nak masuk gambar pun terhegeh2, lalu saya pun buatlah satu entry yang pendek. tajuk pun kena tukar jadi lain. ekekeke...

ini namanya slow cooker...
dihadiahkan oleh diri saya sendiri..., khas untuk anak saya. ehehe.. yalah saya yang guna, tetapi untuk dia.. kecil dan tidak mahal. tak mampu akak nak beli Noxxa yang nam ratus lebih tu dik non oiii... pertama kali guna saya rasa senang.. malam2 sebelum tidur, siapkan benda2 ni. masukkan dalam benda tu dan on switch..

kemudian sok paginya celik mata, boleh lihat ini...
( itu pun jika anda tidur tepi slow cooker, kalau tidak, anda perlu lihat benda lain dulu sebelum lihat slow cooker ) brokoli itu basuh bersih bersih jangan lupa selawat lalu letak sekejap dalam tu.., pegi bancuh coffee.. off switch.., pastu blend semuanya tadi..
siap!!
tabur ikan bilis blended dan ok boleh minum coffee yang dibancuh tadi sambil gelek dangdut..

best tak? tak payah kalut2 kan? pergi kerja pun tak letih.. boleh ronggeng lebih- lebih. ehehe..