Tuesday, 24 March 2009

oRg LaNgGaR KeTa aKu..

petang tadi balik keje, angan2 dalam hati nak masak dan nak tgk Spa Q. lagi 3 siri nak abis..., tapi tak tercapai hasrat ku itu... jom baca kenapa...

kisahnya, sampai kat satu traffic light ni, jln 2 lane.., lane kiri kene stright, lane kanan kene turn right. kitorang kat lane kiri. kebetulan kitorang sampai tu, kreta depan tgh bergerak perlahan2 q jln lampu dah hijau.. tetiba ada satu Wira ni over take dari kanan tetiba gesel kreta aku..., pastu dia speed overtake satu lagi kancil kat depan, pastu trus cilok masuk lane kiri dan berenti kat tepi..., mencicit kancil depan kitorang tu brek bg laluan kat dia nak masuk, nasib baik la pulak kitorang tak tibai kancil depan tu... siot sungguh... dan kitorang pun berenti la depan Wira tuh . asalnya aku maleh nak campur tgn pening2 kpala. aku duk je dlm kreta biar cayang bucuk tu setel... driver tu budak lelaki cina, umur mungkin 19 atau 20 thn kot... dia mari kat kreta.. soklan pertama dia tanya sambil buat muka belagaknya... " brapa i nak kena byr? " eh... no 'say sorry' nothing..., trus tanya tu je... hello..., tak reti berbudi ke... dah terang2 awak tu salah..., mintak maaf je lah kan... aku duk dalam kreta tu berasap kepala je dengar.. so cayang bucuk aku ni cakap la..., "ni bukan kreta i, ni kreta wife i... " aku pon turun..., dia tanya aku lagi sekali... " brapa nak kena byr? " aku bising la kat dia... macam mana u bawak kreta..., ni bukan pasal brapa nak kena byr, soalnya kenapa nak kena bawak kreta mcm tu.. dia duk ulang2 tanya aku soklan yang sama... aku ckp la, aku tak pernah langgar org, org pun tak pernah langgar aku..., so aku tak tau... yg aku tau, eksiden, pi je balai... kenanya sikit je tapi mengenangkan mamat tu bawak kreta mcm setan, muka pun mcm zombie belagak semacam..., tak jadi nak berlembut. aku nak heret ke balai juga.. lagipun bukan boleh caya, tah2 sok2 buatnya dia jumpa kreta aku kat mana, dihempuknya baby kecik aku tu, naya aje... tah2 mamat ni mabuk ke, bawak dadah ke, baru lepas merompak ke, aku tak caya langsung... jom pi balai..

3 thn pengajian aku dlm bidang insurans ni, dan dua thn pengalaman aku kejej dlm industri insurans ni, eksiden je pi balai.. jgn sesekali pandai2 nak setel sendiri.. tapi aku nak berlembut hati jugakla dengan budak tu memandangkan beriye2 nak byr sgt..., aku tanya dia, boleh bayar brapa... dia cakap dia nak telefon bapak dia mari...

ni calar dan kemek kreta aku... sikit jee...




kepala aku makin berasap ni... at least say sorry or tanya la..., u all ok ke.... boleh la runding2 utk sejukkan hati aku ni... tapi budak ni mmg budak ni jenis samseng dan tak tau adab. bukan saja tak tau cara bawak kreta, juga tak tau macam mana nak hidup berurusan dengan org lain... aku tak kisah sgt bab2 nak bayar loss n damage ni, lagipun secara logiknya sikit aje... tapi yelah, kalau laggar teruk pun, kalau dtg baik2 say sorry, say something yg sejuk telinga, tak de la nak menyirap sgt... " sori la..., i tak sengaja... i salah... manyak2 sori la kakak cantik....." contoh ayat yang boleh diguna pakai dan dipraktikkan.. paling tidak datang sengih2 garu kepala, tak la aku ni nak marah bebeno.... beberapa RM tu tak terbayar kesakitan hati aku ni nengok muka zombie diaorang anak bernak tuh... sama je bapak dgn anak... dia yang langgar org, siap marah org lagi...
sekejap je lepas tu bapak dia dtg naik motor..., bapak dia pun sama mangkuk hayun juga, dtg2 bawak keluar wallet, tanya aku nak suh bayar brapa... aku masih tak jawab, lagipun tak pandai nak letak harga, cayang bucuk pun tak tau mcm mana workshop charge nanti..., ketuk, cat..., apa2 tenyeh lagi tu brapa RM... aku membebel2 la tepi jln tu, apa la bawak kreta pun tak reti..., pot pet pot pet..., ala biasala pompuan... mesti la mulut bising.. bising je pun, bukan aku nak cekik ke, nak karate dia ke..., bapak dia marah aku balik... u bising2, pi balai. bapak dia start moto dan mamat tu masuk kreta blah nak pi balaik. aku menyumpah la.. oi... aku tak abih bebel lagi ni... byk benda aku nak query, aku nak tau sebab apa dia boleh gesel kreta aku ni, sebab apa dia nak kena tukar lane sebab walaupun dia kat lane kiri, lampu semua sedang hijau..., lane kanan tu kosong.... dia boleh je overtake dan stright je.... lantak hang la hang nak tibai tiang ke nak tergolek ke hang punya pasal la... ni aku tak puas hati kenapa dia cilok gesel kreta aku... kenapa tak stright aje terus... apa dia tak tau ke traffic light tu mcm mana, lane mana nak kena ambik... off course dia pun orang kamunting jugak..., mesti la dia tau mana satu jalan nak dituju... aku pun tak paham kenapa... bonda ku yg tersayang tu kata, budak2 mcm tu mungkin dia ingat sama mcm bawak motor boleh cilok2 kot..

kebetulan waktu kejadian tu, rakan kerja juga sahabat se'mengular' cayang bucuk aku tu lalu..., berhenti dan dtg kat kitorang... kitorang angkut sekali le ke balai...

pelbagai proses kat balai tu, aku makin menyirap.... dari 530pm sampai ke 730 pm ada kat balai lagi... last2 sarjan tu cakap.. pi setel kat luar... aku maki hamun kat situ jugak la budak tu, aku dgn tag kerja duk tergantung lagi kat leher.. aku bebel la mcm2, aku ungkit le, kalau bawak kreta elok2 tak la menyusahkan org.., ni tak pasal2 habis masa kat sini, aku nak tgk Spa Q pun takleh...., cilakak betul.. badan pun letih, kaki pun dah sakit.... hari ni pakai kebaya ketat dgn high heel 3 inci lak tuh, mata contact lens pun dah nak tercabut..., faktor2 tu buat aku nak bertukar jadi hijau tu.... nak je aku cekik2 budak tuu.....eeeeeiiiiiiiiiii.............!!!! geramnya akuuuu......!!!!

pastu ada la chinese man ni keje tarik kreta kot, menyibuk jugak kat situ suh aku hantar kreta kat workshop dia, dia charge RM150 je.. aku takmoh... ikut suka aku la aku nak hantar pi mana pun kreta aku.. kalau nak setel, bagi je duit. aku tak caya langsung kat sapa2 pun. aku nak hantar pi proton jugak.. dia offer RM 150 je cash... aku tak stuju. tak berbaloi dgn kesusahan kitorang semua ni, dan tak boleh tebus keterkejutan aku akibat di himpit oleh zombie tu tadi.. aku nak die terima balasan setimpal atas apa yang dia dah buat... bia padan muka anak beranak tu.. sarjan yg attend kes ni pun tah hapa2 tah je.. mcm malas je nak buat keje. time keje pi ambik anak balik sekolah.. kene tunggu dia ambik anak pulak lagi..., pastu mari buat keje cincai2 je... mangkuk hayun betul..., kuda kayu punya sarjan india ni... malas aku nak layan, aku pun blah keluar... cakap pun pelahan sgt, penat aku duk " pardon? pardon..?? sorry..?? " sarjan tuh suruh zombie 2 ekor tu up lagi dari RM 150 tu, diorang boleh offer RM 180 je... pastu dolak dalih sat nak bayar, sat taknak bayar, blah gitu je diorang. so semua tak setel lagik...

aku dah kire siap2 dah.. sok lepas setel kes naik turun court, diorang akan rugi claim NCB. aku tgk Wira buruk tu, aku budget mungkin NCB dah sampai 55 % kot. lantak le claim biar kosong balik... kurang2 rugi jugak le dalam RM2k lepas renew insurans sehingga sampai tempoh NCB tu kembali ke 55%.. nasib le, sapa suh berlagak sgt... kalau tak de duit, buat la cara takde duit.., tak yah ar nak belagak sgt... " sorry la, i ada RM 150 je....." aku boleh la jugak tolak ansur. sebab aku tgk pakaian anak beranak tu pun mcm bukan orang senang je.. erm..., sapa suh takmo buat baik dgn aku... aku kene tengking 2 kali dek bapak dia tu. kurang ajar betul... tu la MA tempat keje aku tu cakap..., komunis ni duk ada lagi kat Malaysia ni.. lagipun chinese2 ni memang jahat. bukan boleh dibagi muka sgt... cuba kita yang langgar dia pulak... kene pow cukup2.

tapi tu lah..., kuasa sebuah kemaafan tu sgt tinggi... aku rasa tadi tu kuncinya satu je, kali mintak maaf dari awal, mungkin aku boleh lembut hati juga.. memanglah risiko atas jln mmg mcm tu, kalo takmo kreta kemek, takmo kreta calar, simpan je la kat rumah.. pi keje jalan kaki. tak pun, kalo org tak langgar kita, boleh jadi jugak kita langgar benda lain... kita pun kalau boleh brek, kita brek.., takde sapa saja2 nak eksiden.. tapi kalau dah bawak kreta mcm setan, memang le boleh langgar orang...!!!

ni lak kreta mangkuk hayun tuh..., selain dari ni berlambak lagi aku tengok ada calar... bucu kiri dekat lampu tu pun ada bekas calar lama. nampak sgt bawak kreta mcm hampeh..


ni la pembawak malang aku petang tadi...


kesian pulak aku tgk budak ni...



beliau yang sentiasa tenang... terima kasih, sayang.., banyak bantu bucuk tadi...

tuan punya kaki ni pulak adalah En. Shauhaimi yang ternampak kitorang kat tepi jln tadi.., yang teman kitoang pergi balai... sian tadi aku duk bebel2, dia suh aku rilex, aku buat derk je, aku bebel je bla bla bla.... huhu... sorry En. Shauhaimi...


terfikrikan Idrus.., sorang adik baik yang dulu keje kat Proton.. skang bukak workshop sendiri... esok nak try cari dia tgk...


tengok lah keadaan esok nak buat mcm mana dengan baby savvy aku ni.. buat spoil mood org je... ei geramnya aaaaakuuuuuuuuuuuuu...!!!!!!!!!!!