ini bukan preview citer Kak Limah Balik Rumah tapi ni citer kami sekeluarga duduk rumah minggu ini... Papa Faris balik minggu ini tapi kami malas nak pegi mana2..
budak ini bangun pagi.., gosok gigi sendiri..
sampai berbuih- buih air liur...
kami lepak sambil tengok anak kecil ini jalan sana sini..
kemudian kami suami isteri brekpes roti saja..
faris pun brekpes roti dgn peanut butter...
sambil mata tengok merata- rata. rancang aktiviti seterusnya..
makan roti bintang
kemudian kami pegi beriadah sekejap pegi swimming2 kat pool..
kali ni papa teman pulak. ari tu kami berdua saja..
bila dengan papa lagi best mcm2 aksi renang ada..
balik si kecik tu terus tido. letih la tu...
bangunnya kena paksa baca buku...
sambil ibu dia calling2 McD.., minta dihantar lunch.., dah 3pm pun..
skali McD cakap " kami dah tak buat penghantaran ke kawasan puan.. "
meloncat la saya..., apehal taknak hantar pulak ni..? katanya nak menjaga kualiti penghantaran. sebab itu lingkungan kawasan penghantaran dia dalam 2-5 minit saja. mcm hampeh tak? kalau ikut rumah saya dgn McD tu 3 minit pun buleh sampai. sebelum2 ni boleh je hantar....
cayang bucuk saya cakap " jom la kita pegi beli..."
ah taknak!
oh kau dah kaya kau eksyen ya McD..
ok takpe..., saya pun merajuk taknak lagi bagi rezeki keuntungan pada kau McD Taiping.. kau pun tak heran duit aku sposen dua, aku pun tak heran nak foods kau.. byk lagi foods yang best2 boleh makan.. pigirah!
so saya pun dukung si kecil ini teman saya masak kat dapur. bg dia main apa yang patut..
sambil mengkaji hukum graviti bumi...
sambil dengar emaknya melagukan zikir untuknya..
tadi baek punya dapat dosa menyumpah seranah McD sorang2, semoga zikir dapat menyejukkan hati.. =D
ok siap nasi udang carrot untuk Faris
nasi goreng kampung..
dan ayam goreng kunyit..
buat nasik goreng je lah. sebab nasik banyak lagi yang masak malam tadi..
cayang bucuk cakap " wah ni lagi sedap dari kedai ni.. "
saya pun tersipu- sipu..
peh sejak bila pandai tersipu. selalunya bukan main takbur!


