Saturday, 9 April 2011

i'LL Be LeaViNG FaRiS FoR TwO WeeKs

 mulai semalam saya sudah pun bercuti dan dah pun bye bye Hospital Taiping for coming two weeks. sementara ni takde la dah nak gaduh- gaduh ngan pak guard yang gemar sangat meniup wisel secara sadis itu. jugak maaf pada rakan- rakan yang terpaksa replace saya di tempat kerja sementara saya tak ada ni.

kau kecoh ni kau nak pegi mana?

MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KE DUA !
TARIKH : 11 APRIL 2011 hingga 28 APRIL 2011
TEMPAT : USM PULAU PINANG.

PLAN A : akan menjadi perempuan jalanan yang mahu berulang pergi dan balik dari Kamunting ke Pulau Pinang setiap kali exam.
PLAN B:  mahu stay di Kampus! dan sang anak akan tinggal bersama baby sitternya!

PLAN A - BATAL

PLAN B - PROCEED

ok. ini adalah tak best. tapi kena buat juga. atau ada sesiapa sudi teman saya mahu bawa sang anak bersama kita tinggal di Pulau Pinang? jika ada yang sudi, tolong tinggal pesan. saya belanja lepak Hard Rock. ehehhe...:D tapi tak apa. baby sitternya sudah cukup baik dan saya percaya akan menjaga sang anak itu sebaik mungkin. sebenarnya berat hati nak berpisah dengan sang anak itu. mesti dia menangis tengok hari dah malam tapi belum ada sesiapa fetch dia lagi. esok tunggu lagi.., belum fetch lagi.., esok dan esok.., belum lagi!

tapi tak apa.. walaupun dia kecil, tapi dia kekuatan saya. di mana pun dia, moga dia dilindungi Yang Maha Esa hendaknya.. amin...
  
sedang mendengar suara sang anak kegirangan bermain dengan papanya di tingkat bawah sedang saya sedang buntu memikirkan...

perkara pertama : ingin siapkan barang sang anak untuk ditinggalkan..
perkara ke dua : ingin siapakan barang sendiri untuk meninggalkan...

tak tahu nak start yang mana dulu. sedari semalam, internet pun bergerak terlalu slow. jika buleh lempang, ingin benar saya buat begitu. baru saja bayar bill, kau slow pulak ya. time tak bayar lagi kau laju. ok. muktamad. bulan depan saya taknak bayar. hahahaha.. berani?

 ini telah dibuat :
1. tayar kereta dah tukar baru ke empat- empat bijik
2. topup Touch & Go - kegagalan melakukan ini boleh menyebabkan gagal periksa. lepas tu gila di tengah- tengah Jambatan Pulau Pinang. ehehehe..
3. pen, pensil, pemadam dan lain- lain stationery -completed.

ini belum dibuat :
1. packing kain baju dan buku sendiri
2. packing kain baju sang anak
3. print slip peperiksaan
4. ilmu penuh di dada :D - ni tak payah cakap apa.

yang belum dibuat ni bila nak buat?
tak tahu..


sebab apa tak buat lagi?
1. mengada- ngada
2. berat hati
3. buntu. printer rosak dan masih lagi di kedai. time nak print ni la gatal nak rosak! 
4. hampa. banyak nak download tapi inernet slow macam siput!
5. tunggu magic 'ting!' tiba- tiba semua buleh siap dengan sendirinya sambil goyang dangdut saja.

sabar je lah!!