3.40 pagi..
mata mengantuk
mata mengantuk
sejuk
hari ini Faris Iman tidur dengan koolfever di dahi. si kecik tu demam siang tadi. naik bintik2 badannya... bawa ke klinik, selepas diberi ubat, sudah ok.. suhu sudah menurun 34.5 pukul 1 pg tadi. jika tak, 38.5 suhunya petang tadi... ibunya upah mainan baru untuknya, jadi semakin baiklah keadaannya itu...
malam tadi, Faris Iman tidur semalaman tanpa bangun untuk minum susu. pagi tadi waktu kami siap nak pergi kerja, Faris sudah merengek2. saya kirakan dia lapar lah.., tapi bila susukan, tak berapa nak mahu pula. selepas dipaksa2, akhirnya habis sebotol juga.. sehingga petang tadi, Cik Nani, baby sitternya maklumkan pada saya. badan Faris Iman panas..., ya benar. saya pegang pun terasa dia panas. jadi perjalanan balik ke rumah itu, Faris Iman di pangkuan ibunya lah..., tak diletakkan dalam baby seat. sebab merasa, alahai kesiannya nak letak dia.., dah la demam kan... sampai ke rumah, bermain2 seketika. susu pun tak mahu.. main pun kena pangku2. tak berapa dia minat nak main di bawah. letak saja sudah ek ek... sejak pandai meniarap ni, selalunya tak apa letakkan saja dia main.. tapi hari ini mungkin dia tak selesa..., kasihan kan? mainnya macam biasa juga tapi mahu dipangku. boleh lagi ketawa terbahak2 jika diagah.
Sambil menonton Epilog Syurga Cinta, papanya tidur sekejap. jadi saya dan Faris Iman melepak dalam gelap tanpa buka lampu.. lepas papanya terjaga dari tidur dan membuka lampu utk kami, wah terperanjat saya lihat..., muka dan tangan Faris Iman sudah berbintik kecil. lihat di perutnya juga ada bintik kecil tu. hampir satu badan. tak apa, Faris Iman kan kuat.. dodoi2 Faris Iman tidur, akhirnya tidur juga stengah jam atas pangkuan saya. selepas itu bingkas kami bersiap2 segala untuk ke klinik. wah dia pun seronok la dibawa berjalan kan... tak macam demam langsung. cuma nampak bintik2 di badannya dan kelopak matanya juga merah.. kata doctor, takde apa lah..., cuma panas saja. bintik itu bukan campak. cuma ruam saja. lepas berjalan2 ke kedai membeli mainan sebagai upah, tiba di rumah, Faris Iman ok macam biasa.. Alhamdulillah...
achum...., dan acchuuummmm..., baru saja saya bersin 2 kali. wah sejuk ni.. Faris Iman tidak sejukkah? budak itu memang tidak gemar diselimut tangannya. hai.., kadang2 tu berkali2 saya cuba selimut dia, tapi gagal. dia memang tak suka.. yalah kadang2 sebelum tidur, panas. tidak pula saya pakaikan dia dgn baju tangan panjang...bila sudah tertidur dengan baju tangan pendek, sudah tukar jadi sejuk pula...
saya pula telah berkali2 menguap. adoi..., mengantuk sudah. sebab tu terkeluar entry bosan ini. malas mahu menempek gambar kerana letih lah. jika mahu menempek gambar perlu edit terlebih dahulu bukan..?
esok cuti. perlu jaga Faris Iman. tapi masih belum tidur lagi ni. pengsan kah saya esok..??


