Thursday, 28 October 2010

RaYuaN KePaDa EnCik BoSs...

kepada encik boss..,

kehadapan encik boss yang kacak dan dihormati...

tujuan saya menulis posting ini adalah untuk meraih simpati encik boss untuk meluluskan cuti ( tapi tak isi borang cuti pun- happedda..) pada esok hari.

ini adalah kerana masa semakin suntuk untuk saya menyiapkan tugasan saya.. sedari awal lagi saya sudah bertungkus lumus menyiapkan tugasan tersebut tetapi untuk menyempurnakan ia amatlah sukar akibat keringat saya telah dikerah menggalas tanggungjawab yang lain.

saya bukan sengaja membuat kerja secara last minute ataupun malas membuatnya awal2, tetapi saya sentiasa dihambat kesibukan dan dikejar keletihan ( cis. ni statement bela diri sudah basi... ) setelah melaksanakan tanggungjawab yang lain.

akan tetapi..., apakan daya jika atas kepentingan perkhidmatan, saya perlu bertugas untuk negara.

saya juga berbangga sekiranya saya diperlukan untuk bertugas pada esok hari kerana saya terperasan pula bahawa saya orang yang penting dalam mengutip hasil kerajaan. tanpa saya, kerja- kerja mengutip hasil kerajaan menjadi sedikit sukar. saya berjanji akan menjalankan kerja saya dengan penuh hemah dan sentiasa tersenyum dan ceria..

oleh itu saya membuat keputusan untuk bertugas juga pada esok hari... sob sob sob... :'( tetapi encik boss jangan pula buat- buat lupa. encik boss telah meluluskan permohonan saya untuk mengclaim off sebanyak 2jam 15 minit petang esok. yey.

ok sekarang kau diam. jangan nak berangan yang bukan2. pergi buat kerja. pastu tidor. esok pergi kerja okeh....

happedda.., sat rayu nak cuti. sat nak kerja..