Sunday, 31 July 2011

PuiSi HaRi LaHiR DaRi SoRaNG LeLaKi

selamat hari lahir, kak siti

by Izani M. Bakri on Saturday, July 30, 2011 at 1:49pm
celik mata disapa suria
sekalung usia merangkak dewasa
kelak esok dan esok yang menjelma
maka dewasa menjadi tua.

ini fitrah kita
namun bukan janji pasti setiap jiwa
kerana esok yang menjelma
bukan milik kita
hari ini yang diberi nyawa
bukan milik kita
semalam yang mencoret cerita
bukan milik kita.

setiap jiwa ada tarikhnya
persis segala perkara ada luputnya
seawal jiwa dberi nyawa
semurni janji didepan pencipta
seluhur bersih saat nafas pertama
seredup cinta si bonda
roh dan jasad bersatu mula jejak pertama
jejak ke sebuah dunia.

dalamnya ada pelbagai perkara
indahnya sementara
namun kita manusia
sering lupa dan tergoda
bergolak dengan dosa pahala
diiring sedar dan lupa.

benar
kita hanya manusia
tapi kita didunia bertamu sahaja
itu jangan kita lupa
sekalipun kita pelupa
jiwa akan kembali ke penciptanya
ditimbang amal seusia nyawa
tiket ke syurga mahal harganya
maka usia janga dipersia.

syukur pada sehari usia yang ada
esok tidak tahu bagaimana
usia itu kurnia
kelak bakal ditanya
moga nafas sehela menjadi saksi kesyurga
bukan seabad usia menempa neraka.


p/s : hari ini hari lahir teman. teman yang aku dikit rasa dekat. dan mungkin selayaknya pangkat kakak buat aku. ada banyak benda yang kami kongsi, meski bukan pada resam keliling. "selamat hari lahir kak siti".


Izani M. Bakri
30072011
1:15 PM


terima kasih, adik...
terharu ~~

DiSaPa PaRi PaRi KeRiaNGaN

kebelakangan ini saya sering disapa tiga ekor pari2 keriangan...
mereka sedang menebarkan sayap mereka..
lalu beterbangan warna- warna pelangi...

ihiks...

mengapa ya?
mungkin sebab saya ini bidadari..

hahahaha.., dah dah.., kau jangan muntah..
ala bagi can la saya berpuitis sikit.. 
hihi..

kerana ada sikit keriangan, maka, jika brekpes dengan biskut ini pun merasa riang juga.. 

 
ihiks.. =)