Tuesday, 6 July 2010

aPaBiLa sTaTuS FaCeBooK JaDi KoNtrOveRSi.. PaRt 2..

ok ini kisah nasik lemak seperti yang saya janji mahu cerita...

kisahnya bermula pada satu pagi yang tenang....
saya datang kerja dengan gembira... tapi tempat kerja saya agak kecoh apa bila kisah nasik lemak ini timbul. saya diberitahu tentang Puan M ini..., beliau meminta seorang rakan sekerja saya tolong belikan nasik lemak..., dan kemudian nasik lemak ini akan diambil oleh suaminya untuk dihantar kepadanya... kekecohan ini timbul kerana.., kenapa kau tak suruh laki kau je beli nasik lemak tu..., kenapa kau suruh aku..? tetapi saya tak peduli dengan kisah itu. saya biarkan saja. engkau kecoh kenapa.., kalau engkau tak mahu tolong engkau tak payah tolong... apa susah nak pening2 dan nak penat2.. entah lah.., saya pun tak ambil tahu samada dia beli ataupun tidak.., samada suami Puan M tu ambil datang ambil atau tidak... kisah itu saya biarkan berlalu begitu saja...

kisah nasik lemak yang sebenar2nya berlaku pada saya begini :

kisahnya bermula pada suatu pagi yang bengang :
sampai saja tempat kerja jadi serabut.. keadaan kelam kabut sistem daftar masuk mengalami kerosakan.. telefon berdering minta diangkat.. lunak suara saya menjawab panggilan tersebut... ehehe...
oh Puan M....
Puan M : Siti.., engkau boleh tolong belikan nasik lemak utk aku tak?
saya : nasik lemak?
Puan M : ala.., yang jual kat blakang kau tu..
saya : beli? pastu?
Puan M : aku pegi la ambik kat kau..

giler bengang dah rasanya ni... saya tembak je dalam telefon tu..

saya : engkau nak datang sini ambik nasik lemak tu, baik engkau datang beli sendiri...
Puan M : ala tolong la..., aku takut habis ler...
saya : takut habis? pastu, kau datang la awal..
Puan M : ala Tie.., tolong la Tie...
saya : taknak aku.. datang la beli sendiri...

ah taknak la saya jadi kuli dia. bukan saya nak pegi kedai tu pun. lagipun pagi2 tu sampai saya nak buat kerja okeh... tidak lagi saya fikir nak makan apa. kalau ada pun saya akan pergi beli sendiri belakang itu atau kirim pada suami saya. nasib saya baik lah sebab suami saya kerja satu tempat dengan saya dan suami saya selalu menjenguk saya sebelum dan selepas dia keluar makan.. :D
saya tak kisah nak tolong beli kalau saya pun nak pergi kedai tu. tapi saya fikir.., orang jenis ini bukan tahu diuntung. tolong sekali nanti perlu tolong lagi. lagipun bukan dia tak ada kaki atau tak ada kereta mahu datang beli. tambahan pula, orang jenis ini tidak boleh dibuat kawan. mahu menyusahkan kawan sahaja. sapa bodoh dia la kena dengan orang jenis ini.. saya tidaklah bijak tapi saya tidak lah bodoh. kerana saya tahu bukan sekali dua diminta orang belikan dia barang.. kerana suami saya sebelum berkahwin pun selalu merungut tentang perangai Puan M itu yang sentiasa meminta bantuan yang tidak2. yang boleh dibuat sendiri pun perlu dibantu. sebenarnya suami saya terlebih dahulu kenal dengan Puan M dan perangainya yang entah hapa2 itu.

setelah saya meletak ganggang telefon itu tadi, beberapa rakan sekerja yang berdiri di belakang saya bersorak girang... kata mereka.., " padan muka dia.., nasib baik kak siti tere..." ahahaha.., tidaklah saya setere mana pun. tapi saya tak suka orang yang suka mengambil kesempatan bila tahu kita ni baik. ewah.., baikkah??
benar saya baik.. kerana sebelum tragedi nasik lemak itu, pernah Puan M ni tersilap belikan diapers anaknya jenama TUTTTT... bersaiz kecil. ditelefonnya saya, tanya mahukah saya diapers itu sedangkan anak saya tidak memakai diapers jenama TUTTTT itu. saya lihat masih banyak stok diapers saya di rumah. tapi tak mengapalah, kasihan pula dia. anaknya tak boleh pakai, tak salahkan saya bantu? rugi pula kalau dia tak boleh guna.. diapers itu dijual pada saya. saya beli okay.., saya beli.., bukan diberi percuma. pack diapers tu telah terbuka dan digunakan beberapa keping.
jadi, petang waktu pulang dari kerja itu, suami saya lihat di belakang, " eh..., siapa punya ni? "
jawab saya, " Faris lah.. "
" beli lagi? bukan banyak lagi ada kat rumah? "
" ha ah.., Puan M salah beli size... jual kat kita.. "
" tapi Faris tak pakai brand ni kan? "
" tak apa lah..., boleh juga.. "

lihat.., saya bukan lah semuanya tak baik ya... ada juga baiknya saya ini.. tetapi bila kita sudah baik dengan awak.., jangan lah awak ambil kesempatan memerintah kita berbagai2.. sebenarnya ramai orang menyampah perangai awak tu tapi bezanya mereka cuma membebel2 di belakang tetapi saya membebel2 di status facebook dan membebel2 lagi di blog..

menurut kata rakan2 sekerja yang lain :
1. yalah..., saya pun dia pernah mintak tolong belikan teeettttt......, dia yang nak pakai teeettttt tu, pergi la beli sendiri.., nasib baik saya tak belikan. kalau tidak mesti saya kena suruh lagi..
2. dia tu memang.., nak pergi mana2 nak suruh orang teman..., saya selalu kena paksa teman dia. ingat saya tak de kerja lain ke teman dia? saya pun nak dating juga...
3. menyampah la aku dengan dia tu.., aku pun pernah kena suruh beli apa tah.., aku tak beli pun. aku tak pegi kedai tu, takkan tak pasal2 aku nak pegi kedai tu semata2 nak beli itu jer utk dia.. tak kuasa aku..
dan pelbagai lagi rungutan tentang sikapnya yang kadang2 jahat mulut.. bab jahat mulut tu saya selalu kena waktu saya mula2 masuk kerja..

" apa engkau ni Tie.., pakai baju ni engkau ingat cantik ke..? "
lantak la..., engkau cantik.., aku tak cantik.., biarla..
rupanya menurut adik2 rakan sekerja yang lain, " kami pun kena jugak macam tu la kak siti..., dia selalu komplen kami pakai tak elok... "
ada juga orang jenis begini. matanya nampak benda yang tak elok. kasihan bukan? yang indah pun nampak buruk.., nikmat sudah hilang satu..memang kasihan....

lepas saya posting status saya tentang nasik lemak saya itu di facebook.., Puan M telah bermasam muka dengan saya. tapi saya tak kisah. lantak la. tak guna pun ada kawan sepertinya. bukan nak berkawan ikhlas, tetapi nak menggunakan kita sahaja... kepada rakan2 yang lain. tolong jangan jadi hamba orang jenis sebegini.. jika namanya kawan, mesti akan difikir susah senangnya kita... bukan sengaja disuruh2 yang bukan2 sedangkan mampu dibuat sendiri... tolong pun ada batasnya juga. kiranya tak mampu tak mengapa kita bantu. tetapi ini boleh ketawa berdekah2 dan berjalan dengan kasut tumit tinggi dengan gayanya.., tak perlulah susah2kan diri kita nak bantu. kerana kiranya saya minta..., "Puan M, boleh tolong datang sini beli nasik lemak blakang aku ni untuk aku tak?? "
adalah dia akan bantu saya dengan permintaan bodoh saya itu sendangkan saya sedang seronok mengunyah chewing gum dan berborak tergedik2 melompat?

* posting ini ditulis untuk tauladan semata2.. kalau kau nak terasa, nak merajuk saya tak peduli. siapa makan cili dia lah yang rasa pedas.. ehehe...

Sunday, 4 July 2010

aNaK iBu..

Faris sedang nyenyak tido..hari ni Taiping cuaca dingin. enak benar jika ibunya ini dapat join sekali. sekejap saja dah tiba Ahad.. nak stori apa ya..? update kisah Faris boleh kah? lepas jadi ibu ni dah tak ada kisah pergi jalan ke, pergi menonton wayang ke, pergi makan2 ke...., kalau ada pun dah rasa tak special lagi dah. cerita Faris lebih special...ehehe... lagipon tak sempat nak mencapai camera. lebih byk mendukung anak dari menjunjung camera. kalau ada aktiviti snap snap pon, semuanya gambar anak. bila lihat kembali gambar, eh..., tak ada pun gambar saya.., semua gambar anak. ehehe...

Faris telah membesar dan berkembang pesat dengan sudah pandai berakal macam2. sudah panjang dari tilam. sudah tahu nak ikut kalau kita bersiap.., sudah pandai menuntut janji jika kita pandai berjanji.., sudah tahu merajuk kalau diusik. sudah mengerti kalau nakal sikit ibunya marah... ehehehe... marah acah2 saja. tak sampai hati nak marah betul2 lagi. tak apa.., kecil ini, ibu bagi can. besar sikit siap laa...

lihat. ini style mengamuk yang baru... sehingga terbabas dari tilam.. mengamuknya tak lain tak bukan mahukan susu. timanglah setinggi bintang pun, tidak dilayan. mahu susu..., mahu susu juga!! hehehe...

sejak masuk Faris 4 bulan ni.., hari ini masuk 2 kali tidur di rumah opahnya di Kampung Larut Tin. selebihnya hanya pulang sekejap2 saja. kali pertama itu Faris masih kecil. ini dia sudah besar, boleh mendengar dengan jelas dan sudah pandai respon. pagi semalam terdengar kokokan ayam jantan. oh takut rupanya dia dengar bunyi itu.. kelakar sungguh saya rasa. ketika itu dia sedang minum susu dengan mata yang kuyu2.., tiba2 ayam itu berkokok..., bulat2 mata Faris jadinya sambil bibir tersebik2... ahahaha..., kasihan pun ada tapi kelakar yang banyaknya...

wah lamanya Faris tido. sudah 3 jam masih belum bangun. jika di rumah, tidur buai pun sekejap saja. sini mungkin sunyi dan aman. di rumah kami itu, betul2 di tengah town, macam2 bunyi ada. tidak senang dia mahu lelap...

baiklah.., saya ingin mengerjakan apa yang patut. gelas berisi Tropocana Twister tadi ni perlu dicuci.. lepas itu tak tahu mahu buat apa.. tidur kah?

krooohhhh............
eh.., cuci gelas dulu!!

Saturday, 3 July 2010

RaMai PeMiNaT..

ini si comel saya..., jantung hati saya... kemana saya bawa pergi mesti ada mata yang memerhatinya... ketika itu rasa seperti saya ini superstar pula.. ahaks... selain mata yang memerhati ada juga tangan yang menghulur mencuit pipinya atau minta untuk mendukung...
tak kira ketika ke supermarket atau ke kenduri kawin, atau dalam kereta ketika berhenti di traffic light, ada tangan yang melambai. paling tidak saya terdengar sok sek sok sek orang sebelah kaunter bayaran.., "eeiii..., comelnya..." atau " eh..., ada lesung pipitlah..!!"
ewah berlagak pula saya ya...
taklah...semua baby pun seronok untuk dilihat... mereka punya aura mereka sendiri. tambah pula bila mereka tersenyum.. Faris sudah pandai ketawa terkekek kekek dan seringkali juga ketawa sampai menjerit jerit...
bila lihat dia senyum atau ketawa, pasti lapang rasa hati..
balik kerja penat atau bengang kena marah di tempat kerja, lihat saja mukanya... gambar dan rakaman videonya pun jadilah... hati akan berbunga riang..
bila dah jadi ibu ni perlu ringan mulut. selalunya soalan yang diajukan ialah:
"berapa bulan ni....?"
"lelaki ke perempuan..?"
kalau yang minta untuk mendukung pula.., "berapa kilo ni?"
seronok jadi perhatian, bukan?
Faris pula senang dibawa berjalan. asalkan bekalan susunya cukup, bawa hingga ke langit pun tak apa.. tetapi saya dan cayang bucuk saya tidak mampu mendukungnya lama.., lenguh tangan dibuatnya. perlu disokong oleh baby sling atau prem atau trolley...
saya juga gemar mengupload gambarnya di facebook untuk tatapan nenda, bonda2 saudaranya dan juga ayahanda saudaranya.. dan bertalu2 comment yang akan saya terima dari semua.. tak kira dari siapa pun yang memuji anak saya, doakan supaya anak saya dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki dan semoga jadi anak yang patuh, soleh dan pandai..
amin..
terima kasih...