Saturday, 28 August 2010

BaBaB DaK DeBaB..

Assalamualaikum

lama tak bercerita tentang budak ini lah kan?


last entry tentang kisahnya demam.. pic yang atas tu ketika sudah baik demam sedikit2..

ok ni gambarnya ketika demam


dan ini ketika telah sihat.., alhamdulillah...

berguling..
tercengang..
ketawa...
dan saya sedang menggalas beberapa tanggungjawab iaitu :

seorang penjawat awam
seorang ibu
seorang isteri
seorang student
seorang anak
seorang menantu
seorang kakak
seorang hambaNya

seorang er..., pelbagai seorang lah saya jadi..

untuk menjadi seorang ni perlu menjadi semuanya sepenuh masa supaya resultnya juga penuh. takde separuh2..., kerana jika tidak, resultnya juga separuh..

nah ini, sedang cuba membaca buku saya...
sedang seronok main angkat2 kaki waktu bershopping... wah budak ini memang suka dibawa berjalan.. dah beberapa kali bawa singgah sekejap ke shopping complex atau pasar malam. belum puas dia berjalan, kami sudah bawanya pulang..., waktu dalam kereta macam kena pukul gayanya.... aiyaaa..., tak mahu pulang rupanya.. sehingga berhenti semula di mana- mana kedai.., baru okey.., baru tidak meronta dalam kereta... kesimpulan, jika pergi nak tapau lauk sahaja tanpa berjalan meround sebarang dua, jangan lah berani berani mendukung Faris Iman ini pergi bersama.., jika tidak, tanggung sendiri akibatnya..

~~ ni ikut perangai siapa agaknya ya..?

minggu ini Faris Iman sudah pandai gaya nak merangkak.. menyulur sudah boleh tetapi saya tidak biarkan menyulur merata hingga ke tepi almari atau ke tepi sofa.., atau ke bawah meja. cepat2 saya akan tarik. hish..., takutlah debu2 singgah. Faris Iman macam alergic sikit. ada beberapa jenis makanan tambahan yang dia tak boleh makan. nanti akan jadi kemerahan mukanya. jadi saya agak particular sikit tentang penerokaan dia. lagipun saya tak mahu dia nanti berbuat sesuka hati. maksudnya tidak boleh memunggah dan menggeladah tempat yang bukan2. jika tidak nanti saya babab. kerana tahun depan saya dan Faris Iman akan tinggal berdua. papa akan pergi sambung belajar selama 3 tahun. jadi Faris Iman perlu berdisiplin lebih ya...

bagus...

Faris Iman anak yang baik...
jangan nakal, jika tidak.., ibuuu.....

BABAB DAK DEBAB.., BABAB DAK DEBAB...

ehehehe....