Wednesday, 6 October 2010

GeDiK RaBu - ePiSoDe 1

nAssalamualaikum kepada semua readers...,

Rabu telah menyapa lagi...

harap semuanya sihat dan gembira lah hendaknya ya...

mari kita mengintai aktivi gedik2 saya hari ni..

bermula 5.00 am..........

rebus bubur nasi untuk sang anak kesayangan.. menu untuknya hari ini, bubur nasi with kentang with chicken plus sikit serbuk ikan bilis.. ikan bilis yang telah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus...


ini pula lori cili...

ehehe..., ape hal nak tampal gambar lori cili pula kan..
itulah.., sambil2 tiada aktiviti menunggu bubur nasi tu, terasa mcm nak masak lain pula.. iaitu jeng jeng...
telur masak kicap!!!

ahahaha... bukan main belagak lagi saya bila selesai memasak ini ya... suka membuat tabur taburan cili.., sgt seronok lah... jadi, tidak nampak pula telur mata kerbau yang dah digoreng itu...

ini pula lori kacang..
hehe.. tentulah tidak. ini sambal ikan bilis kering...

tak mengapa bukan jika berlagak di blog sendiri?

ini usaha gigih malam tadi.. siap akhirnya sejenis masakan.., atau sejenis makanan??ahh... apa- apa saja lah.., ini pertama kali saya cuba.. hehe...

giler punya bangga tak ingatttt........!!!!

tapau bawak datang kerja. sekali nasi yang dimasak petang semalam sang suami tak habiskan sebab saya TERmasak banyak pula. ehehe...


5.15 am

intai apa yang perlu... sambil menikmati hot nescaffe..
slurpp..... segar terasa pagi saya..

6.20 am..

siapkan bakul Faris

jom lihat apa yang ada..

3 pasang baju..

baju ini akan dibawa dan petang nanti akan bawa pulang 3 pasang baju bekal semalam yang telah siap Cik Nani basuh. terima kasih Cik Nani kerana tolong basuh baju Faris ya...

lagi...

mainan !! ini wajib dibawa. bagi mengelakkan sang anak itu bosan lalu membuat kacau yang tidak- tidak...

6.30 am..

saya mandi, solat dan bersiap siaga...

( mahu tampal gambar saya mandi tak? ahahaha... tampal la kalau berani buat semua readers terpengsan dengan mulut berbuih )

6.55 am..

Faris telah pun bangun dan siap dimandikan papa..

hari ini papanya ke JKN maka papanya keluar sedikit awal. jika tidak papanya yang akan siapkannya. hari ini saya yang buat...

ok..

siap pakai diapers...


siap disapu lotion


bedakkannya...



pakaikannya baju...


sikatkannya rambut.....


pakaikannya kasut...



wangikannya...


telah bersih, wangi dan kacak bergaya... lalu dia pun gembira...

dan bubur nasi bekal untuk sang anak kesayangan telah pun siap... yeayyyy....... !!!

7.20 am..

ok jom bepergian...

budak ini masuk ke kereta dengan muka sikit kelat.. sejak dua minggu ini, Faris Iman tidak suka didudukkan dalam seat nya... tapi saya tak peduli. saya paksa juga.. jika tidak, mahu duduk di mana? siapa mahu pegang dia? mahu tergolekkkk..???


selepas melambai lambai dan berkissing kissing dengan Faris, saya mulakan perjalanan saya ke tempat kerja.

lihat, Taiping sangat tenang.. depan saya hanya ada dua bijik kereta.. tidak lah jem yang menyakitkan kepala..

cabaran pertama bermula. mencari pakir di tempat kerja. bolehkah posisi kereta saya begini? di tengah2? sebab saya lihat..., depan ini ada sebaris...

dan belakang saya ( pandangan melalui cermin pandang belakang ) juga baru sebiji kereta ikut pakir bersama...


harap semua besabar menghadapi kesukaran ini.. sama- sama lah kita bertolak ansur ya..

ok.. kerja.. !!!

wah panjangnya cerita sepagi ini...
maka, saya buat keputusan untuk membahagi beberapa episod..

episod dua akan bersambung esok.. cerita sepetang Gedik Rabu pula..

ok.. ini saja cerita sepagi Gedik Rabu saya.. sungguh panjang hari yang saya lalui bukan?

anda begitu juga kah?


Tuesday, 5 October 2010

SaYa

since macam sikit bosan dgn facebook ni.... mari kita tulis blog semula.. ehehehe..

mula2 perlu tampal gambar..


saya gembira lihat dia.. :D

menulis blog perlu ada gambar. jika tidak blog akan hambar. ni saya yang cakap lah.. ada juga entry saya yang tidak bergambar.. saya lihat seperti hambar.. jadi mulai hari ini, saya akan tampal gambar pada setiap entry saya. semestinya gambar Faris lah ya.. ehehe... walaupun cerita tak ada kena mengena dengan Faris, mahu tampal gambar Faris juga.. hihi..

telah bermula episod kesibukan yang melampau dalam hidup.. terlalu banyak perkara perlu dikejar dan mengejar.... telah letih berlari laju, berlari anak pula.. kemudian berlari lagi.. lebih laju.. kadang kala tak sempat melihat permandangan kiri dan kanan... banyak jugak perkara yang terlepas.. ( ini kiasan saja ).. banyak jugak perkara yang tidak diambil kira, yang tidak penting, malas untuk difikirkan... terutama manusia yang leceh2 dan perperangai macam- macam. letih untuk dilayan..

semakin luas skop kehidupan, semakin sempit pergerakan.. bukankah begitu?

dulu ada masa berjalan jalan.., tidur tiduran.., tonton menonton.. dan memakan makanan..

sekarang ini?

buat semuanya dengan pantas!!

menaip ini perlu pantas.

kerana masa sangat pantas berjalan..

sesaat pun tidak membenarkan saya berehat melepaskan lelah..

kerana saya rasa....,


























sangat keletihan.......

Friday, 24 September 2010

SeRoNoK

seronok nak menceritakan ini...

Faris dah mula tumbuh gigi ketika usianya 6 bulan 2 minggu 2 hari...


6 bulan 1 minggu : sudah pandai melakukan ini...


dan dah pandai takmau dukung2.., nak turun main kat bawah sehingga jadi begini...

saya sangat suka!!!
weee ~~~

Thursday, 9 September 2010

MooD RaYa

assalamualaikum to readers, followers and the silent readers :)

hari ni last kita menjalani ibadah puasa. esok tentu lah hari raya.. ehehhe... semua orang menanti itu kan? mahu raya, mahu duit raya, mahu cuti :D hehe.., mahu tak perlu puasa, mahu pakai cantik, mahu makan segala dan sebagainya lah... hehe..

pagi tadi saya dan cayang bucuk saya, sewaktu datang ke kerjanya seperti sedikit jakun... wah..., "banyaknya parking kitaaaaaaaa..........." kerana selalunya perlu berebut2 atau berpusing sambil merungut2 sebarang seround dua barulah akan dapat menempekkan kereta kecil kami itu...

tak perlu cerita banyak. kisahnya sepanjang bulan puasa ni, memang SIBUK. bertuah lah pada ibu baru yang seperti saya ni boleh berbuat perlbagai2 persiapan. tidaklah kata saya tidak bertuah. cuma saya dan beberapa ibu baru, ibu lama, belum menjadi ibu, suami kepada ibu dan belum menjadi suami kepada ibu yang bertungkus lumus siapkan apa yang patut untuk tugasan PJJ 2010/2011 kita ni yer... eh.., rasanya lebih bertuah lah kerana ada tambahan satu lagi tanggungjawab kita ni ya...? ehehehe...

so, shopping raya dilakukan pada detik2 akhir juga.., tapi tidaklah betul2 akhir... yang akhirnya semalam, saya baru sahaja cari tudung raya semalam.., dan brooch... wah masa tu baru lah terasa mood raya tiba.. Pergi bazar Ramadhan sengaja bersesak2 dan berebut2 membuat serabut.. pergi Taiping Sentral pon sama juga.. aduh, Taiping yang aman damai telah diserang!! semua sudah mula pulang ke sini.., dan pemandu2 luar yang memandu secara pelik pun ramai. pelik bagaimana? tak perlu cerita lah...

mari kita cerita pasal baju raya nak?

mula2 cerita baju raya Faris Iman dulu...

belinya ketika tak bawa dia.., agak2 saja saiznya.. bila pulang ke rumah dan beri dia cuba.., alamak..., terkecil pula... dalam hati berkata " sudah besar rupanya anak aku.."
esoknya kena pergi tukar baju2 rayanya.., tukar kepada lebih besar..
adoi..., masih rasa anak itu kecil. tapi sebenarnya sudah besar..

baju melayu saya beli sepasang dan Opah Piah nya beri sepasang.. semalam ketika berjalan di bazar, terjumpa dengan sampin yang sangat comelnya.. sempat saya beli untuk Faris Iman.., juga sehelai ketayap. eh, apa penjodoh bilangan untuk ketayap ya? sehelai? seketul? sebuah..? :D
gambar bajunya?

tak boleh tempek sekarang. tunggu raya nanti, dah pakaikan padanya, baru boleh tunjuk. jika tidak, tidak suprise la pulak..

baju raya saya dan cayang bucuk saya pula?
ahhh..., malas la nak cerita.. :D
dah tua2 tak seronok cerita tentang baju raya dah..

yang seronoknya bila raya ialah..... CUTI.

tetapi saya memang respect pada rakan2 saya yang layak beraya tetapi sudi kerja pada esoknya.., bukan maksudnya polis atau paramedik atau tentera dan sebagainya itu, bukan tak respek, respek juga tetapi ni nak sebut tentang penyumbang2 kecil kepada perkhidmatan penting.. orang selalu tak nampak kan.. dalam tv tunjuk yang pakai2 uniform saja yang kerja, yang kena kerja ketika raya, ketika cuti umum, ketika buka puasa.., tapi ada juga dia antara kami yang perlu bekerja esoknya, di pagi raya..., dah ada juga antara kami yang bekerja sedang ummat lain menikmati juadah berbuka puasa... tapi sebenarnya, orang tak perasankan pun. jika disebut hospital, nampak nurse dan doktor saja kerja..., kalau lah ada liputan televisyen pun, akan ditunjuk mereka sahaja bekerja.. :) bagaimana pula dengan rakan2 seangkatan dengan saya?

ni apehal pula saya membebel pasal liputan televisyen ni..? dengki ke apa ni..? ehehehe..., tidak tidak tidak... saje je.., nak respek rakan2 sendiri apa salahnya... lagipun suami saya dulu juga pernah begitu. ehehehe... :D

Ramadhan tahun ini tiba2 saya menjadi rajin. rajin masak!! ehehehe..., magic bukan? anak kecil tapi saya masih sempat memasak. lihat.., cekap tak saya? wah ini masuk tong sampah tutup sendiri ni.. :p ehehehe... ok rutin, balik kerja ambil anak, pukul 530pm baru sampai rumah.. lepas bla bla bla tu..., pukul 6pm baru masuk dapur.. jika tiada sesiapa menjaga Faris Iman, saya letak dalam walkernya dan sangkut pad pada lantai walker tu atau telah ditukar ke rocking mode, jadi dia tak dapat kayuh ke mana2 selain di dalam itu sahaja. bagi dia main depan di satu tempat yang dia boleh nampak saya.. kadang2 dia sengaja campak macam2 untuk menarik perhatian. kadang2 dia leka bermain di dalamnya... ( nanti kita cerita pasal walker ini ya ) tetapi kami masih boleh berbual, bergurau senda dan bercerita kan? lepas cincang tu ketuk ni potong tu kerat ni..., cincai2 akhirya siap la.. 6.40pm baru letak nasi untuk dimasak.. tetapi yang saya masak tu, resepinya senang saja lah. tidak pula saya masak tom yam atau kari atau yang perlu bersusah susahan..., hanya yang senang senangan sahaja.... :) jangan mimpi lah saya pandai masak yang sebegitu... ehehe... mungkin suatu hari nanti :p

ok ini perkembangan si comel saya itu..

ini kenapa pula bersujud anak ku sayang oiii....?


sudah melewati usia setengah tahun. Alhamdulillah sepanjang usianya itu sekali sahaja dihinggapi demam. selebihnya sihat sahaja, kuat makan dan minum susu, juga suka tidur.. ini adengan belajar merangkak pula.. sedang cuba2 angkat badan. sesekali terperosok.. :) sesekali menjadi ulat gonggok.. Ahad lepas saya lihat dia cuba bangun duduk. kaki dan punggungnya sudah hampir betul. tetapi badannya tak berapa ringan untuk diangkat naik... ehehehe... mungkin seminggu dua lagi lah agaknya...

menyulur pula semakin laju. lokasi yang paling dia berkenan ialah ke arah pasu bunga tepi tv itu. ibarat komando.., laju saja perginya. tapi ruang agak terhad dan dia pula sedikit terganggu dengan bunyi " haaiiippppppppp.............!!" oleh ibu dan papanya.. nanti dia akan toleh pandang kami.., seolah2 ingin tahu.., kenapa tak boleh?? tetapi kemudian akan pergi lebih laju.. ehehe... sekiranya tiada yang mengawalnya, Faris Iman perlu duduk dalam walker yang yang dah di pasang pad atau dah dah ditukar ke rocking mode.. duk diam2 dalam tu.. main lah macam ribut dalam tu.., tak apa.. ehehehe..

minggu ini, Faris Iman sudah cuba2 nak merangkak.. posisi sudah betul.tinggal nak atur langkah sahaja belum.. mulut membebel2..., saya biarkan saja buat sendiri. mungkin seminggu lagi agaknya baru pandai..

ini saya sedang survey bedrail dan safety gate.. rasa macam perlu.. ya.., memang perlu.. nanti. kena kumpul duit dahulu baru boleh beli..

ok jumpa lagi nanti update pasal raya..
selamat hari raya semuanya ya.. :)
maaf zahir batin..

Saturday, 28 August 2010

BaBaB DaK DeBaB..

Assalamualaikum

lama tak bercerita tentang budak ini lah kan?


last entry tentang kisahnya demam.. pic yang atas tu ketika sudah baik demam sedikit2..

ok ni gambarnya ketika demam


dan ini ketika telah sihat.., alhamdulillah...

berguling..
tercengang..
ketawa...
dan saya sedang menggalas beberapa tanggungjawab iaitu :

seorang penjawat awam
seorang ibu
seorang isteri
seorang student
seorang anak
seorang menantu
seorang kakak
seorang hambaNya

seorang er..., pelbagai seorang lah saya jadi..

untuk menjadi seorang ni perlu menjadi semuanya sepenuh masa supaya resultnya juga penuh. takde separuh2..., kerana jika tidak, resultnya juga separuh..

nah ini, sedang cuba membaca buku saya...
sedang seronok main angkat2 kaki waktu bershopping... wah budak ini memang suka dibawa berjalan.. dah beberapa kali bawa singgah sekejap ke shopping complex atau pasar malam. belum puas dia berjalan, kami sudah bawanya pulang..., waktu dalam kereta macam kena pukul gayanya.... aiyaaa..., tak mahu pulang rupanya.. sehingga berhenti semula di mana- mana kedai.., baru okey.., baru tidak meronta dalam kereta... kesimpulan, jika pergi nak tapau lauk sahaja tanpa berjalan meround sebarang dua, jangan lah berani berani mendukung Faris Iman ini pergi bersama.., jika tidak, tanggung sendiri akibatnya..

~~ ni ikut perangai siapa agaknya ya..?

minggu ini Faris Iman sudah pandai gaya nak merangkak.. menyulur sudah boleh tetapi saya tidak biarkan menyulur merata hingga ke tepi almari atau ke tepi sofa.., atau ke bawah meja. cepat2 saya akan tarik. hish..., takutlah debu2 singgah. Faris Iman macam alergic sikit. ada beberapa jenis makanan tambahan yang dia tak boleh makan. nanti akan jadi kemerahan mukanya. jadi saya agak particular sikit tentang penerokaan dia. lagipun saya tak mahu dia nanti berbuat sesuka hati. maksudnya tidak boleh memunggah dan menggeladah tempat yang bukan2. jika tidak nanti saya babab. kerana tahun depan saya dan Faris Iman akan tinggal berdua. papa akan pergi sambung belajar selama 3 tahun. jadi Faris Iman perlu berdisiplin lebih ya...

bagus...

Faris Iman anak yang baik...
jangan nakal, jika tidak.., ibuuu.....

BABAB DAK DEBAB.., BABAB DAK DEBAB...

ehehehe....

Wednesday, 4 August 2010

FaRiS iMaN DeMaM

3.40 pagi..
mata mengantuk
sejuk

hari ini Faris Iman tidur dengan koolfever di dahi. si kecik tu demam siang tadi. naik bintik2 badannya... bawa ke klinik, selepas diberi ubat, sudah ok.. suhu sudah menurun 34.5 pukul 1 pg tadi. jika tak, 38.5 suhunya petang tadi... ibunya upah mainan baru untuknya, jadi semakin baiklah keadaannya itu...

malam tadi, Faris Iman tidur semalaman tanpa bangun untuk minum susu. pagi tadi waktu kami siap nak pergi kerja, Faris sudah merengek2. saya kirakan dia lapar lah.., tapi bila susukan, tak berapa nak mahu pula. selepas dipaksa2, akhirnya habis sebotol juga.. sehingga petang tadi, Cik Nani, baby sitternya maklumkan pada saya. badan Faris Iman panas..., ya benar. saya pegang pun terasa dia panas. jadi perjalanan balik ke rumah itu, Faris Iman di pangkuan ibunya lah..., tak diletakkan dalam baby seat. sebab merasa, alahai kesiannya nak letak dia.., dah la demam kan... sampai ke rumah, bermain2 seketika. susu pun tak mahu.. main pun kena pangku2. tak berapa dia minat nak main di bawah. letak saja sudah ek ek... sejak pandai meniarap ni, selalunya tak apa letakkan saja dia main.. tapi hari ini mungkin dia tak selesa..., kasihan kan? mainnya macam biasa juga tapi mahu dipangku. boleh lagi ketawa terbahak2 jika diagah.

Sambil menonton Epilog Syurga Cinta, papanya tidur sekejap. jadi saya dan Faris Iman melepak dalam gelap tanpa buka lampu.. lepas papanya terjaga dari tidur dan membuka lampu utk kami, wah terperanjat saya lihat..., muka dan tangan Faris Iman sudah berbintik kecil. lihat di perutnya juga ada bintik kecil tu. hampir satu badan. tak apa, Faris Iman kan kuat.. dodoi2 Faris Iman tidur, akhirnya tidur juga stengah jam atas pangkuan saya. selepas itu bingkas kami bersiap2 segala untuk ke klinik. wah dia pun seronok la dibawa berjalan kan... tak macam demam langsung. cuma nampak bintik2 di badannya dan kelopak matanya juga merah.. kata doctor, takde apa lah..., cuma panas saja. bintik itu bukan campak. cuma ruam saja. lepas berjalan2 ke kedai membeli mainan sebagai upah, tiba di rumah, Faris Iman ok macam biasa.. Alhamdulillah...

achum...., dan acchuuummmm..., baru saja saya bersin 2 kali. wah sejuk ni.. Faris Iman tidak sejukkah? budak itu memang tidak gemar diselimut tangannya. hai.., kadang2 tu berkali2 saya cuba selimut dia, tapi gagal. dia memang tak suka.. yalah kadang2 sebelum tidur, panas. tidak pula saya pakaikan dia dgn baju tangan panjang...bila sudah tertidur dengan baju tangan pendek, sudah tukar jadi sejuk pula...
saya pula telah berkali2 menguap. adoi..., mengantuk sudah. sebab tu terkeluar entry bosan ini. malas mahu menempek gambar kerana letih lah. jika mahu menempek gambar perlu edit terlebih dahulu bukan..?

esok cuti. perlu jaga Faris Iman. tapi masih belum tidur lagi ni. pengsan kah saya esok..??

Tuesday, 6 July 2010

aPaBiLa sTaTuS FaCeBooK JaDi KoNtrOveRSi.. PaRt 2..

ok ini kisah nasik lemak seperti yang saya janji mahu cerita...

kisahnya bermula pada satu pagi yang tenang....
saya datang kerja dengan gembira... tapi tempat kerja saya agak kecoh apa bila kisah nasik lemak ini timbul. saya diberitahu tentang Puan M ini..., beliau meminta seorang rakan sekerja saya tolong belikan nasik lemak..., dan kemudian nasik lemak ini akan diambil oleh suaminya untuk dihantar kepadanya... kekecohan ini timbul kerana.., kenapa kau tak suruh laki kau je beli nasik lemak tu..., kenapa kau suruh aku..? tetapi saya tak peduli dengan kisah itu. saya biarkan saja. engkau kecoh kenapa.., kalau engkau tak mahu tolong engkau tak payah tolong... apa susah nak pening2 dan nak penat2.. entah lah.., saya pun tak ambil tahu samada dia beli ataupun tidak.., samada suami Puan M tu ambil datang ambil atau tidak... kisah itu saya biarkan berlalu begitu saja...

kisah nasik lemak yang sebenar2nya berlaku pada saya begini :

kisahnya bermula pada suatu pagi yang bengang :
sampai saja tempat kerja jadi serabut.. keadaan kelam kabut sistem daftar masuk mengalami kerosakan.. telefon berdering minta diangkat.. lunak suara saya menjawab panggilan tersebut... ehehe...
oh Puan M....
Puan M : Siti.., engkau boleh tolong belikan nasik lemak utk aku tak?
saya : nasik lemak?
Puan M : ala.., yang jual kat blakang kau tu..
saya : beli? pastu?
Puan M : aku pegi la ambik kat kau..

giler bengang dah rasanya ni... saya tembak je dalam telefon tu..

saya : engkau nak datang sini ambik nasik lemak tu, baik engkau datang beli sendiri...
Puan M : ala tolong la..., aku takut habis ler...
saya : takut habis? pastu, kau datang la awal..
Puan M : ala Tie.., tolong la Tie...
saya : taknak aku.. datang la beli sendiri...

ah taknak la saya jadi kuli dia. bukan saya nak pegi kedai tu pun. lagipun pagi2 tu sampai saya nak buat kerja okeh... tidak lagi saya fikir nak makan apa. kalau ada pun saya akan pergi beli sendiri belakang itu atau kirim pada suami saya. nasib saya baik lah sebab suami saya kerja satu tempat dengan saya dan suami saya selalu menjenguk saya sebelum dan selepas dia keluar makan.. :D
saya tak kisah nak tolong beli kalau saya pun nak pergi kedai tu. tapi saya fikir.., orang jenis ini bukan tahu diuntung. tolong sekali nanti perlu tolong lagi. lagipun bukan dia tak ada kaki atau tak ada kereta mahu datang beli. tambahan pula, orang jenis ini tidak boleh dibuat kawan. mahu menyusahkan kawan sahaja. sapa bodoh dia la kena dengan orang jenis ini.. saya tidaklah bijak tapi saya tidak lah bodoh. kerana saya tahu bukan sekali dua diminta orang belikan dia barang.. kerana suami saya sebelum berkahwin pun selalu merungut tentang perangai Puan M itu yang sentiasa meminta bantuan yang tidak2. yang boleh dibuat sendiri pun perlu dibantu. sebenarnya suami saya terlebih dahulu kenal dengan Puan M dan perangainya yang entah hapa2 itu.

setelah saya meletak ganggang telefon itu tadi, beberapa rakan sekerja yang berdiri di belakang saya bersorak girang... kata mereka.., " padan muka dia.., nasib baik kak siti tere..." ahahaha.., tidaklah saya setere mana pun. tapi saya tak suka orang yang suka mengambil kesempatan bila tahu kita ni baik. ewah.., baikkah??
benar saya baik.. kerana sebelum tragedi nasik lemak itu, pernah Puan M ni tersilap belikan diapers anaknya jenama TUTTTT... bersaiz kecil. ditelefonnya saya, tanya mahukah saya diapers itu sedangkan anak saya tidak memakai diapers jenama TUTTTT itu. saya lihat masih banyak stok diapers saya di rumah. tapi tak mengapalah, kasihan pula dia. anaknya tak boleh pakai, tak salahkan saya bantu? rugi pula kalau dia tak boleh guna.. diapers itu dijual pada saya. saya beli okay.., saya beli.., bukan diberi percuma. pack diapers tu telah terbuka dan digunakan beberapa keping.
jadi, petang waktu pulang dari kerja itu, suami saya lihat di belakang, " eh..., siapa punya ni? "
jawab saya, " Faris lah.. "
" beli lagi? bukan banyak lagi ada kat rumah? "
" ha ah.., Puan M salah beli size... jual kat kita.. "
" tapi Faris tak pakai brand ni kan? "
" tak apa lah..., boleh juga.. "

lihat.., saya bukan lah semuanya tak baik ya... ada juga baiknya saya ini.. tetapi bila kita sudah baik dengan awak.., jangan lah awak ambil kesempatan memerintah kita berbagai2.. sebenarnya ramai orang menyampah perangai awak tu tapi bezanya mereka cuma membebel2 di belakang tetapi saya membebel2 di status facebook dan membebel2 lagi di blog..

menurut kata rakan2 sekerja yang lain :
1. yalah..., saya pun dia pernah mintak tolong belikan teeettttt......, dia yang nak pakai teeettttt tu, pergi la beli sendiri.., nasib baik saya tak belikan. kalau tidak mesti saya kena suruh lagi..
2. dia tu memang.., nak pergi mana2 nak suruh orang teman..., saya selalu kena paksa teman dia. ingat saya tak de kerja lain ke teman dia? saya pun nak dating juga...
3. menyampah la aku dengan dia tu.., aku pun pernah kena suruh beli apa tah.., aku tak beli pun. aku tak pegi kedai tu, takkan tak pasal2 aku nak pegi kedai tu semata2 nak beli itu jer utk dia.. tak kuasa aku..
dan pelbagai lagi rungutan tentang sikapnya yang kadang2 jahat mulut.. bab jahat mulut tu saya selalu kena waktu saya mula2 masuk kerja..

" apa engkau ni Tie.., pakai baju ni engkau ingat cantik ke..? "
lantak la..., engkau cantik.., aku tak cantik.., biarla..
rupanya menurut adik2 rakan sekerja yang lain, " kami pun kena jugak macam tu la kak siti..., dia selalu komplen kami pakai tak elok... "
ada juga orang jenis begini. matanya nampak benda yang tak elok. kasihan bukan? yang indah pun nampak buruk.., nikmat sudah hilang satu..memang kasihan....

lepas saya posting status saya tentang nasik lemak saya itu di facebook.., Puan M telah bermasam muka dengan saya. tapi saya tak kisah. lantak la. tak guna pun ada kawan sepertinya. bukan nak berkawan ikhlas, tetapi nak menggunakan kita sahaja... kepada rakan2 yang lain. tolong jangan jadi hamba orang jenis sebegini.. jika namanya kawan, mesti akan difikir susah senangnya kita... bukan sengaja disuruh2 yang bukan2 sedangkan mampu dibuat sendiri... tolong pun ada batasnya juga. kiranya tak mampu tak mengapa kita bantu. tetapi ini boleh ketawa berdekah2 dan berjalan dengan kasut tumit tinggi dengan gayanya.., tak perlulah susah2kan diri kita nak bantu. kerana kiranya saya minta..., "Puan M, boleh tolong datang sini beli nasik lemak blakang aku ni untuk aku tak?? "
adalah dia akan bantu saya dengan permintaan bodoh saya itu sendangkan saya sedang seronok mengunyah chewing gum dan berborak tergedik2 melompat?

* posting ini ditulis untuk tauladan semata2.. kalau kau nak terasa, nak merajuk saya tak peduli. siapa makan cili dia lah yang rasa pedas.. ehehe...

Sunday, 4 July 2010

aNaK iBu..

Faris sedang nyenyak tido..hari ni Taiping cuaca dingin. enak benar jika ibunya ini dapat join sekali. sekejap saja dah tiba Ahad.. nak stori apa ya..? update kisah Faris boleh kah? lepas jadi ibu ni dah tak ada kisah pergi jalan ke, pergi menonton wayang ke, pergi makan2 ke...., kalau ada pun dah rasa tak special lagi dah. cerita Faris lebih special...ehehe... lagipon tak sempat nak mencapai camera. lebih byk mendukung anak dari menjunjung camera. kalau ada aktiviti snap snap pon, semuanya gambar anak. bila lihat kembali gambar, eh..., tak ada pun gambar saya.., semua gambar anak. ehehe...

Faris telah membesar dan berkembang pesat dengan sudah pandai berakal macam2. sudah panjang dari tilam. sudah tahu nak ikut kalau kita bersiap.., sudah pandai menuntut janji jika kita pandai berjanji.., sudah tahu merajuk kalau diusik. sudah mengerti kalau nakal sikit ibunya marah... ehehehe... marah acah2 saja. tak sampai hati nak marah betul2 lagi. tak apa.., kecil ini, ibu bagi can. besar sikit siap laa...

lihat. ini style mengamuk yang baru... sehingga terbabas dari tilam.. mengamuknya tak lain tak bukan mahukan susu. timanglah setinggi bintang pun, tidak dilayan. mahu susu..., mahu susu juga!! hehehe...

sejak masuk Faris 4 bulan ni.., hari ini masuk 2 kali tidur di rumah opahnya di Kampung Larut Tin. selebihnya hanya pulang sekejap2 saja. kali pertama itu Faris masih kecil. ini dia sudah besar, boleh mendengar dengan jelas dan sudah pandai respon. pagi semalam terdengar kokokan ayam jantan. oh takut rupanya dia dengar bunyi itu.. kelakar sungguh saya rasa. ketika itu dia sedang minum susu dengan mata yang kuyu2.., tiba2 ayam itu berkokok..., bulat2 mata Faris jadinya sambil bibir tersebik2... ahahaha..., kasihan pun ada tapi kelakar yang banyaknya...

wah lamanya Faris tido. sudah 3 jam masih belum bangun. jika di rumah, tidur buai pun sekejap saja. sini mungkin sunyi dan aman. di rumah kami itu, betul2 di tengah town, macam2 bunyi ada. tidak senang dia mahu lelap...

baiklah.., saya ingin mengerjakan apa yang patut. gelas berisi Tropocana Twister tadi ni perlu dicuci.. lepas itu tak tahu mahu buat apa.. tidur kah?

krooohhhh............
eh.., cuci gelas dulu!!

Saturday, 3 July 2010

RaMai PeMiNaT..

ini si comel saya..., jantung hati saya... kemana saya bawa pergi mesti ada mata yang memerhatinya... ketika itu rasa seperti saya ini superstar pula.. ahaks... selain mata yang memerhati ada juga tangan yang menghulur mencuit pipinya atau minta untuk mendukung...
tak kira ketika ke supermarket atau ke kenduri kawin, atau dalam kereta ketika berhenti di traffic light, ada tangan yang melambai. paling tidak saya terdengar sok sek sok sek orang sebelah kaunter bayaran.., "eeiii..., comelnya..." atau " eh..., ada lesung pipitlah..!!"
ewah berlagak pula saya ya...
taklah...semua baby pun seronok untuk dilihat... mereka punya aura mereka sendiri. tambah pula bila mereka tersenyum.. Faris sudah pandai ketawa terkekek kekek dan seringkali juga ketawa sampai menjerit jerit...
bila lihat dia senyum atau ketawa, pasti lapang rasa hati..
balik kerja penat atau bengang kena marah di tempat kerja, lihat saja mukanya... gambar dan rakaman videonya pun jadilah... hati akan berbunga riang..
bila dah jadi ibu ni perlu ringan mulut. selalunya soalan yang diajukan ialah:
"berapa bulan ni....?"
"lelaki ke perempuan..?"
kalau yang minta untuk mendukung pula.., "berapa kilo ni?"
seronok jadi perhatian, bukan?
Faris pula senang dibawa berjalan. asalkan bekalan susunya cukup, bawa hingga ke langit pun tak apa.. tetapi saya dan cayang bucuk saya tidak mampu mendukungnya lama.., lenguh tangan dibuatnya. perlu disokong oleh baby sling atau prem atau trolley...
saya juga gemar mengupload gambarnya di facebook untuk tatapan nenda, bonda2 saudaranya dan juga ayahanda saudaranya.. dan bertalu2 comment yang akan saya terima dari semua.. tak kira dari siapa pun yang memuji anak saya, doakan supaya anak saya dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki dan semoga jadi anak yang patuh, soleh dan pandai..
amin..
terima kasih...

Monday, 21 June 2010

aPaBiLa sTaTuS FaCeBooK JaDi KoNtrOveRSi.. PaRt 1..

assalamualaikum pembaca yang disayangi....,
maaf kerana lama tidak menulis. ada juga yang bertanya.., mengapa tidak diupdate.., mengapa blog sudah sunyi..., , mengapa update pun hanya satu ayat.... ya.., saya agak sibuk dengan urusan harian... bangun pagi seawal 5am..., siapkan sarapan, mandikan Faris Iman, siapkan Faris Iman.., mandi, solat dan siapkan diri sendiri..., pergi kerja.., pulang kerja..., uruskan kain baju dan makan malam..., dan segala bagai.., terus keletihan dan terus tidur saja.. mujurlah anak teruna kecik saya tu baik, boleh ditinggalkan tergolek dan tidak merengek.. paling tidak, jika berbunyi, selepas diswing2 dalam buaian dua tiga round maka lelaplah dia... alhamdulillah..
itu belum lagi mula tahun pengajian yang baru.. sudah dihantar borang daftar subjek.., tetapi masih belum tiba manual dan segala nota pelajaran.. saya tak sabar nak memulakan sesi pengajian yang baru ini.., mahu belajar bersungguh2... juga perlu berusaha keras membahagikan masa.. tak tahulah samada mampu atau tidak.., larat atau tidak... atau akhirnya terabai juga pelajaran atau salah satu tugas yang lain... hehehe...

sepanjang blog saya sebelum ini, kisahnya tentang waktu kehamilan dan waktu sarat itu saya menggendong buku ke sana ke mari.., bukan lah bijak sgt dan cerdik sgt.., tapi sebab tidak bijak dan tidak cerdik lah saya terpaksa lakukan semua itu.. ha ambik..., sudah perut besar kena belajar lagi.. tapi rezeki anak.., saya masuk dewan periksa menduduki peperiksaan akhir sambil berbarut.. hehehe... masa tu dalam pantang 38 hari.. sejuknya dewan tu sungguh tak tahan.. tawakal saja.. setiap kali tanda jawapan di kertas OMR, akan teringatkan muka anak yang ketika tinggal tu sangat kecil lagi...
tapi tak mengapa..., seronok menjadi ibu ni...

berbalik cerita status facebook...
status tentang banyak bertanya dan soalan yang sama diulang berkali2 walaupun telah dijawab bersungguh2..
terdapat seorang teman bernama lama bernama Puan A. beliau merupakan ibu baru seperti saya juga. selain itu terdapat juga beberapa teman2 yang lain baru sahaja menjadi ibu. kami menyambut cahaya mata sulung kami pada tarikh yang lebih kurang sama.. selain Puan A, saya namakan teman2 lain sebagai Puan B dan Puan C ya..
ok ceritanya bermula begini....
saya dan Puan A terserempak semula di alam Friendster dengan cara tidak sengaja.., lalu bergembiralah kami menjadi kawan... detik demi detik kami saling berhubungan dan bertukar cerita dan bertanya khabar,,
sehingga kebetulan saya dan Puan A sama2 mengandung... dan tentulah kami sama2 makin bergembira..
tetapi yang menghairankan saya ialah beliau sentiasa bertanya.., " karimah, aku mengandung dah brapa minggu ya..? "
soalan tu berbunyi ganjil bukan?
sepatutnya awak yang mengandung, awak tahulah kira sendiri. tak mengapa, saya tolong kira usia kandungannya.... pertanyaan tu berulang kali sehingga sudah hampir bersalin. lihat, betapa sabarnya saya melayani soalan2 remeh seperti itu..
soalan2 lain yang ditanya ialah, " karimah..., brapa beg nak bawa nanti masa masuk wad..?"
saya jawab saya bawak satu saja...beg kecil saya ada baju dan barang utk saya dan baby seadanya..
dijawabnya.. " aku dah buh dua beg.., mcm mana ni..?"
itu pun ditanyanya....., perlukah saya ajar..? jika hendak bawa sepuluh beg pun tak mengapa...jika hendak bawa satu beg seperti saya.., masukkanlah barang dari satu beg lagi itu ke dalam satu beg yang lain... bukankah begitu? perlukah saya beritahu??
kemudiannya..., ditanyanya saya.., bila kita ni nak bersalin? ketika itu due date ada lagi 2 minggu. memang sarat benar ketika itu. saya pun kalau boleh hendaklah bersalin awal supaya saya dapat menduduki peperiksaan akhir setelah selesai berpantang. kebetulan teman2 yang lain seperti Puan B dan Puan C telah pun selamat menjadi ibu walaupun due date mereka belum tiba.. sedang sarat dan tidak berdaya itu, saya terpaksa menghafal nota2 dan segala formula utk menyiapkan diri sekadar yang patut utk peperiksaan akhir saya. sambil melayani sms dan YM2 Puan A yang seringkali bertanya.., " bila kita ni nak bersalin..??" setiap hari dan setiap hari itu pula berkali2...
sehingga hampir due date.., soalannya bertukar.. " dah bersalin ke? dah ada tanda2 ke? "
oh tidakkkk.... telah saya katakan dengan sopan juga berkali..., jika saya telah bersalin, saya akan beritahu....
bayi saya seronok berada di dalam perut saya. sudah over due 4 hari.. sepanjang menghadapi overdue itu saya sudah tidak mahu membaca buku dan telah mula bercuti dari bekerja. malah saya lebih suka berfacebook...., berYM bersama rakan2... sebenarnya saya juga bersusah hati tetapi saya enggan fikirkan tentang itu. tetapi sms2 tersebut terus mengganggu saya... dan saya akui mmg tertekan sgt2 bila mendengar bunyi sms.. ditutup telefon pun tidak boleh..saya cuba beritahu sekali lagi padanya bahawa saya tidak dapat membalas smsnya sentiasa kerana saya perlu membaca buku. sumpah saya tipu ketika itu. saya tidak baca buku tapi saya harap dia bersimpati pada saya dan jangan ganggu saya lagi. tetapi tidak juga dia faham. apabila smsnya saya tidak reply, ditelefonnya pula... tidak dijawab. ketika itu saya sedang bersenang lenang berbaring keseorangan di rumah dan ditinggalkan telefon bimbit saya di merata2 sehingga semua sms dan panggilan dari orang lain juga tidak dijawab. kemudian, disms nya suami saya.... , bertanya mengapa saya tidak dapat dihubungi.., telah bersalinkah saya..? terperanjat lah suami saya. sebab saya tidak memperdulikan telefon bimbit saya, juga saya tidak menjawab panggilan suami saya. terkocoh2 suami saya pulang dari kerja ( ketika itu masih lagi waktu kerja ). ingatkan telah berlaku apa2 pada saya.. lihat betapa Puan A menyusahkan kami suami isteri.... dan saya pun menyumpah seranah beliau sendirian..., sekiranya terjadi apa2 pada suami saya ketika dalam perjalanan pulang mencari saya.., bagaimana??
tak mengapa.., itu saya masih bersabar....
sehingga kami berdua selamat bersalin..., bergembiralah kami menjadi ibu...
ketika itu masih lagi bertalu2 sms yang saya terima bertanyakan tentang cara2 menjadi bayi. saya belikan simkad yang baru untuk bersms dengan beliau. kerana operator talian kami tidak sama.
peperiksaan akhir semakin dekat.kiri saya nota2.., kanan saya ada bayi kecil saya.., telefon bimbit saya masih menerima sms yang bertalu2 darinya bertanyakan macam mana nak bagi mandi anak..., mengapa dia banyak berpeluh.... dan soalan itu walaupun saya rasa tidak perlu ditanya, saya jawab juga.. TETAPI... soalan itu ditanya lagi walaupun telah saya jawab.., saya jawab lagi..., ditanya lagi..., saya jawab lagi... saya ingatkan dia tidak faham sms saya, ditukar ayat yang lain pun masih lagi bertanya lagi...
sehingga saya merungut pada ibu saya...., dan kata ibu saya..., " biarlah...., jawablah saja..., dia tak ada emak, dia nak tanya pada siapa..."
mengenangkan itu, saya sabar melayan kerenahnya.. walaupun bayi saya sedang berlagu syahdu dan sedang berdondang nota2 saya...
sehingga terlalu byk bertanya, dan saya juga merungut, ibu saya naik kasihan padanya... ( padanya.., bukan pada saya.. ) ibu saya berkata.., " marilah duduk dengan mama sini.., mama jaga.., ajak dia mari sini.., mama jaga... "
ibu saya sudi menjaga. juga kehairanan mengapa tidak ditanya ibu mertuanya yang menjaganya ketika itu..tetapi dia tidak mahu. tak mengapa, saya faham..
sehingga suatu hari dua orang teman saya, Puan B dan Puan C yang ketika itu baru sahaja juga menjadi ibu, merungut tentangnya juga.. ditanya banyak kali soalan yang sama walaupun telah dijawab berkali2. soalan yang sama itu ditanya pada kami bertiga... dan dia telah mendapat jawapan itu dari kami bertiga.., tetapi masih ditanya berulang kali kepada kami bertiga...
hairan kan? mengapa begitu ya?
sehingga muncul satu kes yang saya sungguh marah... begini ceritanya..
ketika itu bayinya menghidap ruam.. ditanyanya saya..nak buat macam mana...
situasi pertama
saya : cuba la pakai bendak ni...., jenama Q
Puan A : mana nak dapat..., susah la nak cari...
saya : mintak tolong la suami engkau cari...
situasi ke dua
Puan A : eh.., apa jenma bedak tu ek..?
saya : jenama Q...., ini... saya mms sekali gamba bedak itu...
situasi ke tiga
Puan A : weh, aku dah beli bedak tu...span tu kasar la.., boleh pakai ke?
saya : aku tak pakai span tu.., aku tuang bedak tu dalam bekas bedak yang ada bulu2 tu..
* perlukah ditanya tentang span itu? perlukah??
situasi ke empat
Puan A : boleh tak bedak ni letak kat muka baby buat mcm bedak sejuk tu?
saya : boleh letak kat muka. tapi jangan la letak air macam bedak sejuk tu.., sapu saja macam biasa. tapi bedak tu kalau kena mata pedih.., sapu la masa dia tidur...
situasi ke lima
Puan A : karimah, bedak ni boleh letak tak kat muka?
saya : boleh..., tapi bedak tu kalo kena mata pedih...., sapu la mcm biasa waktu dia tido..
situasi ke enam
Puan A : karimah, ruam2 tu semua dah hilang...., kecuali kat muka.., ni letak lipstik..
saya : alhamdulillah, bedak tu mmg berkesan kan? eh kenapa letak lipstik...? kenapa tak letak bedak tu..?
Puan A : eh..? boleh letak yer...???
saya : kan aku dah bagitau hari tu...?
Puan A : oh yeke? aku lupa la...

toing!!! ketika itu saya rasa seperti dipijak2 dan dihinjak2....
rasa tak berguna saya beriya2 menjawab smsnya..., penat saya menaip..kadang2 waktu anak saya menangis pun saya masih sempat menaip sms itu...
mengapa dia begitu? amnesia kah?? jangan lah buat2 bodoh...kasihanlah saya dan kasihanlah pada teman2 yang lain
saya mengadu pada teman2..., kata mereka, mereka juga mengalami nasib yang serupa...
dan mula lah kami pun menjadikan dia topik hangat dalam umpatan....sehingga teman2 yang lelaki pun mula berdialong begini..

Puan A : abang...., ayam ni nak mask apa?
abang : buat ler ayam masak kicap..
Puan A : kena letak kicap tak?
abang : kena ler..
Puan A : ayam ni kena letak tak??
abang : kena ler...

hehehe....., ketawa besar saya....
begitu juga dengan soalan puting susu.., soalan mandikan anak..., soalan nak tinggalkan anak di rumah pengasuh..., soalan anak tidak mahu menyusu botol, saya tidak keberatan menjawab, tetapi sungguh sakit hati perlu menjawab berulang kali. apa dibuat dengan sms yang saya hantar..., terus dipadamkah?? sugguh tidak berharga rasanya...
sekiranya Puan A terbaca coretan ini, jangan lah bersedih... kami tidak benci, cuma kami rimas sahaja.. janganlah buat begitu lagi...kami sudah serik berteman dengan anda.. kami juga hairan mengapa perlu ditanya berulang kali soalan yang sama..
selepas ditulis status saya di facebook..., saya tidak diganggu lagi. baguslah. saya tidak kisah tidak berteman dengan orang yang sebegitu. menyusahkan sahaja. cuma kawan2 yang lain masih lagi merungut.., dan kadang2 difoward sms dari beliau untuk saya baca...., untuk membuktikan soalan tersebut ditanya berulang kali... saya senyum saja...

oh entry ini mengambil masa berhari2 untuk disiapkan...
bertapa sibuknya saya menguruskan urusan seharian....
part 2 saya akan sambung kemudian dengan kisah nasi lemak pula... ehehe...

Saturday, 12 June 2010

DaH 3 BuLaN

Kejap je Ahmad Faris Iman dah besa..Semalam dah pandai meniarap..

Monday, 3 May 2010

FiNaLLy BeCoMe A mUm...

.Tarikh : 2 Mac 2010
Lokasi : Hospital Taiping

Ahmad Faris Iman Bin Faizul dan ibunya baru keluar labour room..
papa azan..senyuman pertamanya... ngee...10 bulan 4 hari ada dalam perut ibu...
syukur pada Mu Ilahi..., anugerah dan amanah..

ibunya...papanya...

gembira tak terhinggaaaaa.....

dah dua bulan baru masuk entry.. hehe...

Friday, 22 January 2010

BuLaT..


huhuhu.... 62 kg sudah.. hehehe....

Thursday, 31 December 2009

HuHuHu.....

kerbau punya angkara....

Tuesday, 8 December 2009

7 BuLaN Di UsM

oh lamanya..., buat apa lama2 di USM tu? oh tidak..., saya tidak sanggup berlama- lama di sini. saya di sini cuma tiga minggu saja. yang 7 bulan tu apa...? 7 bulan ini.., baby saya dalam perut ni sudah 7 bulan semalam. hari ini 7 bulan 1 hari. usia dalam perut baru 7 bulan sudah saya usung masuk dewan kuliah. nanti besar, baby belajar pandai2 ya...ini kadang2 baby tendang buku dan kalkulator saya...sedang dengar sidang video..., pas bosan tu memblog ler apa lagik... hihihi...yang pink bolat tu perut saya.. hahaha.., view dari atas. tak senonoh betul mak budak ni. saje bagi baby baca modul.. ibunya tengok saja modul.. :D wish me luck for my exam...
jom sambung balik baca buku....

Wednesday, 2 December 2009

KiSaH YaNg PanJanG..

sungguh lama saya tak menjenguk ke sini. ada pun cuma entry2 malas yang lalu. hehe, maaf kawan2 yang bertanya ke mana saya, tidak menulis lagi, tidak update blog lagi.. ewah macam ramai saja peminat saya.. hihi perasan...
tengok sikit budak perasan tu mana..?

baru snap gamba ni waktu tulis ni :D kemaruk sebab lama ta tempek gamba sendiri kat sini. hehe... up satu lagi.. tapi jgn gelak haaaaa.... budak bolat..


ke mana saya pergi ya? kenapa ya..? ini sebabnya...


perlu ada di kampus selama tiga mingguuuuu...... sekarang saya berada di Desasiswa Bakti Permai. sudah 3 hari tersadai di sini. ni workstation saya di Blok 12 bilik 015A. bersepahhh... hihihik.. nasibla...


nanti saya akan story pasal hidup kat sini. sebelum tu nak cerita tentang ke mana saya pergi, lama tidak menulis.. hehe..

lagi ini...


baby yang hari ini sudah 27 minggu 2 hari.. tapi gambar ni bertarikh 12 nov 2009.. Alhamdulillah, sihat dan kuat membesar bagai johan!! sudah pandai batuk dan sedu.. :D

ok berbalik pada cerita gambar pertama tadi ya.., baca baik2 apa yang tertera di sini.. ini PPPJJ USM portal, utk subject JTW 111 ( Financial Accounting )



apa? tak nampak ek...? tak mengapa.., saya ulang ya..


SILA KUMPUL DAN HANTAR SEBELUM 1 DISEMBER 2009


WAJIB MENJAWAB TUGASAN IAITU DARI TUGASAN 1 SEHINGGA 1.40. ni yang kena hantar ni sehingga 1.10 saja, tapi macam nak pengsan.., banyak benar anak2 soalannya.. tak caya cuba tgk ketebalannya...


SILA TULIS TANGAN. SILA TULIS TANGAN. SILA TULIS TANGAN

huaaaaaa...., terhegeh2 la mengira dan menulis.. maklumla dah tua2 ni kan. tulisan pun dah la buruk.. abaikan tulisan tak hensem ni okeh..


jadi budak ini pun kena pergi buat kerja sekolahnya setiap malam bersama rakan2 seperjuangannya yang lain...menjawab kuiz dan sebagainya sehingga lewat malam... tak sempat nak tulis blog buruknya ini.. ngee..


berjaya jugak ahirnyaaa... yeyyyyyyy.... lihat ada cop DITERIMA 30 NOV 2009.


terima kasih DR. ZULNAIDI YAACOB

assignment lain pun ada juga tapi senang saja.., search, type dan siap.. bukan copy dan paste yer.. :D hehehe..

ok nanti cerita yang lain pulak.. sudah letih..

Saturday, 24 October 2009

DaRi SiNi Ke BinTaNg BiNtaNg...

jom layan lagi kat playlist ni.. lagu ni dah lame, tapi bila saya rasa malas nak belajar ke, dengar lagu ni baru saya ada semangat sikit.. hahaha..., dah memang malas, byk pulak cekadak saya ya...?
kita dewasa di sini
kita belajar berdiri
atas dua kaki sendiri
tapi kini kau ingin bulan
aku pula impikan bintang
mampukah sanggupkah
tempat ini bersama kita tinggalkan..
dari sini ke bintang bintang
perjalanannya sungguh panjang
biar berat kaki melangkah pergi
genggamlah tangan ku ini..
pasti kita rasa rindu
pada rakan yang dahulu
menghiburkan kau dan aku..
ku simpankan semua kenangan
mereka yang paling ku sayang
mampukah mungkinkah kita
kembali bersama kegemilangan..
dari sini ke bintang bintang
perjalanannya sungguh panjang
biar berat kaki melangkah pergi
genggamlah tangan ku ini..
ayah dan ibu
berilah restumu
carilah nama ku
kan ku tuliskan di langit biru.....
dari sini ke bintang bintang
perjalanannya sungguh panjang
biar berat kaki melangkah pergi
genggamlah tangan ku ini..
special thanks to Farah Asyikin