Saturday, 9 October 2010

KaLuT kHaMiS

Assalamualaikum kepada semua readers yang disayangi..

opppsss..., jgn garu- garu kepala. ini memang blog saya. sudah tukar rumah baru bukan? yalah.., sedar tak sedar, blog saya sudah bertukar jadi blog emak emak yang bercerita tentang anak... saya pun rasa seperti mahu tukar rumah baru.. :) sengaja tukar selera.. lagipun background yang lama, sengaja saya nak sukarkan orang membacanya.. ehehe.. yang betul- betul gigih saja berjaya. sehingga ada seorang reader ni bila baca blog saya terpaksa tekan ctrl + a baru boleh baca.. hehe.. ( kalau nak tahu jadi apa, sila lah cuba )

baiklah...,

ini kita bercerita tentang hari Khamis pula.. Faris bawa bekal bubur nasi + chicken + carrot.. gambar tak sempat saya ambil.. seperti biasa sementara tunggu bubur siap, saya siapkan ini...

ayam masak kicap berempah...

sebenarnya ingin habiskan ayam Faris. tinggal beberapa ketul untuknya pagi esok.. dah banyak hari beli. jika biar untuk menu Faris sahaja, entah bila akan habisnya.. agaknya dia pun bosan asyik menu ayam sahaja...

~ apehal masak masak saya semua hitam belaka ni.. ehehe.. :) sebab itu yang senang dan cepat.., bukan?


ok.., mari jenguk teman Faris ke rumah Cik Nani hari ini...

Encik Sotong dan keyboard ABC kesayangannya......


saya pun tak tahu nak letak panggilan hormat Encik atau Puan kepada Sang Sotong tersebut. sebab ianya bewarna pink. selalunya pink ni antara dua..., jika tidak perempuan, ianya pondan.. ehehe... eh.., sudah sudah.., jgn pening tentang sotong itu. Faris cuma gigit dan campaknya sahaja...

ini pula ketika pulang dari kerja..., rumah saya sudah siap yang ini.. :)

yeyyy... :D


dan jangan lupa buat ini setiap kali pergi dan pulang kerja....

beri Temot makan...

Temot ini kucing. saya peliharanya sejak mula kawin... sehingga sekarang..

i love u la Temot... :D

dan ini makan petang Faris...

Rezeki anak saya petang ini ialah Nestum dan grapes... Alhamdulillah.. buah grapes yang segar.., rebus dulu sebentar.., lalu blend sehingga dapat juice.., dan campurkan dengan Nestum..

jika mahu anak makan sedap..., perlu berusaha lebih sedikit.. walaupun sedikit keletihan setelah pulang kerja, saya gigih juga sediakannya..

gembira lihat anak saya berselera begini.... :)

Makan selepas baca Bismillah dan doa makan ya Faris Iman ya.., ingat pesan ibu sayang yaaa....

anak saya makan hingga habis...


sebenarnya saya gembira dapat buat sesuatu untuk anak saya setelah dia mulakan harinya dengan tangan saya sendiri... sekurang- kurangnya dapat mandikan dia dengan tangan sendiri dan sediakan makanan untuknya dengan air tangan sendiri.. :)

walaupun saya bukan suri rumah yang sentiasa ada untuk anak saya.., saya masih mampu untuk mandikan dan bekalkannya makanan...

semoga Allah beri saya kesihatan yang baik dan kekuatan yang cukup untuk menjaga keluarga dan buat semuanya untuk mereka...

Insyaallah...

Thursday, 7 October 2010

GeDiK RaBu - ePiSoDe 2

Assalamualaikum kepada semua readers...

ok.., ini sambungan ceritera GeDiK RaBu - ePiSoDe 1. pada readers yang belum baca posting yang sebelum ini, sila click -> INI untuk baca kisah sebelumnya bagi mengelakan perasaan tercengang2 menerpa diri. kemudian baru datang sini semula ya..
thanks =)

saya perlu menulis dengan laju dan cepat. kerana kesuntukan masa...

ini wajah sang anak kesayangan saya ketika sampai ke rumah

saya akan terus fetch dia dari rumah Cik Naninya sebaik saja keluar dari tempat kerja. detik 5.30 pm adalah detik paling best dalam hidup. manakala detik 7.20 am adalah detik paling tak best sekali.. ehehe.. sebab perlu berenggang seketika dengannya..

ketika sampai rumah sudah pukul 6.oo pm. sang cayang bucuk saya masih belum pulang dari Ipoh. saya perlu siapkan makan petang anak ini. jadi saya letaknya di dalam walker tapi dia berperangai pula. terpaksa dukung dan main main sebentar.

6.15pm...

papanya pulang dan bermain dengannya sebentar. saya bersiap2 dan pelbagai2 urusan peribadi lalu bermulalah aktiviti berdansa di dapur menyediakan...

...ini...

ini adalah nestum + brokoli...

budak ini sangat suka...


jika lambat akan jadi begini...

huarrrgggghhhhhh.......... mengamukkkk..!!! ahahaha..

ok jom beri nya minum..



ok.., sambung makan lagi..


ehh.., nanti la ibu suap... Faris tak pandai suap sendiri lagi...

ibu bantu Faris Iman ya...


alamak... nangis lagi...

ibu suap Faris iman dengan cepat ya...


opss.....

habis?

wah..., credit untuk si ibu kerana buat anaknya berselera makan..
=)

dan sang anak ini pun sudah kenyang dan boleh ketawa gembira hahahaha...

nota kaki : menu ini dicuba pertama kali oleh Faris..

sementara tunggu Maghrib dan si kecil itu tidur....

...prepared this for dinner...

sambal telur puyuh untuk sang cayang bucuk saya..

saya? langsung tak makan.. ehehehe..
sudah kekenyangan..

8.15pm

sang anak kesayangan sudah pun bangun dan mahu tonton cartoon. hari ini beri nya tonton Sesame Street. tonton yang download punya.. hehehe...


tonton dengan muka begini...

agaknya harian lihat Elmo dan Big Bird.. ehehe.., lalu buat muka seperti tonton Durja Ningsun..


10.30pm

susukannya sebelum tidur...



dan biarkannya bergolek di katil.. sampai dia tertidurrrr....

lepas saya iron baju batik untuk dipakai esok dan selesai solat...

11.00 pm

saya pun ikut tidur...

selamat malam...
Assalamualaikum...

ZZZZZZZzzzzzzzzz......

Wednesday, 6 October 2010

GeDiK RaBu - ePiSoDe 1

nAssalamualaikum kepada semua readers...,

Rabu telah menyapa lagi...

harap semuanya sihat dan gembira lah hendaknya ya...

mari kita mengintai aktivi gedik2 saya hari ni..

bermula 5.00 am..........

rebus bubur nasi untuk sang anak kesayangan.. menu untuknya hari ini, bubur nasi with kentang with chicken plus sikit serbuk ikan bilis.. ikan bilis yang telah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus...


ini pula lori cili...

ehehe..., ape hal nak tampal gambar lori cili pula kan..
itulah.., sambil2 tiada aktiviti menunggu bubur nasi tu, terasa mcm nak masak lain pula.. iaitu jeng jeng...
telur masak kicap!!!

ahahaha... bukan main belagak lagi saya bila selesai memasak ini ya... suka membuat tabur taburan cili.., sgt seronok lah... jadi, tidak nampak pula telur mata kerbau yang dah digoreng itu...

ini pula lori kacang..
hehe.. tentulah tidak. ini sambal ikan bilis kering...

tak mengapa bukan jika berlagak di blog sendiri?

ini usaha gigih malam tadi.. siap akhirnya sejenis masakan.., atau sejenis makanan??ahh... apa- apa saja lah.., ini pertama kali saya cuba.. hehe...

giler punya bangga tak ingatttt........!!!!

tapau bawak datang kerja. sekali nasi yang dimasak petang semalam sang suami tak habiskan sebab saya TERmasak banyak pula. ehehe...


5.15 am

intai apa yang perlu... sambil menikmati hot nescaffe..
slurpp..... segar terasa pagi saya..

6.20 am..

siapkan bakul Faris

jom lihat apa yang ada..

3 pasang baju..

baju ini akan dibawa dan petang nanti akan bawa pulang 3 pasang baju bekal semalam yang telah siap Cik Nani basuh. terima kasih Cik Nani kerana tolong basuh baju Faris ya...

lagi...

mainan !! ini wajib dibawa. bagi mengelakkan sang anak itu bosan lalu membuat kacau yang tidak- tidak...

6.30 am..

saya mandi, solat dan bersiap siaga...

( mahu tampal gambar saya mandi tak? ahahaha... tampal la kalau berani buat semua readers terpengsan dengan mulut berbuih )

6.55 am..

Faris telah pun bangun dan siap dimandikan papa..

hari ini papanya ke JKN maka papanya keluar sedikit awal. jika tidak papanya yang akan siapkannya. hari ini saya yang buat...

ok..

siap pakai diapers...


siap disapu lotion


bedakkannya...



pakaikannya baju...


sikatkannya rambut.....


pakaikannya kasut...



wangikannya...


telah bersih, wangi dan kacak bergaya... lalu dia pun gembira...

dan bubur nasi bekal untuk sang anak kesayangan telah pun siap... yeayyyy....... !!!

7.20 am..

ok jom bepergian...

budak ini masuk ke kereta dengan muka sikit kelat.. sejak dua minggu ini, Faris Iman tidak suka didudukkan dalam seat nya... tapi saya tak peduli. saya paksa juga.. jika tidak, mahu duduk di mana? siapa mahu pegang dia? mahu tergolekkkk..???


selepas melambai lambai dan berkissing kissing dengan Faris, saya mulakan perjalanan saya ke tempat kerja.

lihat, Taiping sangat tenang.. depan saya hanya ada dua bijik kereta.. tidak lah jem yang menyakitkan kepala..

cabaran pertama bermula. mencari pakir di tempat kerja. bolehkah posisi kereta saya begini? di tengah2? sebab saya lihat..., depan ini ada sebaris...

dan belakang saya ( pandangan melalui cermin pandang belakang ) juga baru sebiji kereta ikut pakir bersama...


harap semua besabar menghadapi kesukaran ini.. sama- sama lah kita bertolak ansur ya..

ok.. kerja.. !!!

wah panjangnya cerita sepagi ini...
maka, saya buat keputusan untuk membahagi beberapa episod..

episod dua akan bersambung esok.. cerita sepetang Gedik Rabu pula..

ok.. ini saja cerita sepagi Gedik Rabu saya.. sungguh panjang hari yang saya lalui bukan?

anda begitu juga kah?


Tuesday, 5 October 2010

SaYa

since macam sikit bosan dgn facebook ni.... mari kita tulis blog semula.. ehehehe..

mula2 perlu tampal gambar..


saya gembira lihat dia.. :D

menulis blog perlu ada gambar. jika tidak blog akan hambar. ni saya yang cakap lah.. ada juga entry saya yang tidak bergambar.. saya lihat seperti hambar.. jadi mulai hari ini, saya akan tampal gambar pada setiap entry saya. semestinya gambar Faris lah ya.. ehehe... walaupun cerita tak ada kena mengena dengan Faris, mahu tampal gambar Faris juga.. hihi..

telah bermula episod kesibukan yang melampau dalam hidup.. terlalu banyak perkara perlu dikejar dan mengejar.... telah letih berlari laju, berlari anak pula.. kemudian berlari lagi.. lebih laju.. kadang kala tak sempat melihat permandangan kiri dan kanan... banyak jugak perkara yang terlepas.. ( ini kiasan saja ).. banyak jugak perkara yang tidak diambil kira, yang tidak penting, malas untuk difikirkan... terutama manusia yang leceh2 dan perperangai macam- macam. letih untuk dilayan..

semakin luas skop kehidupan, semakin sempit pergerakan.. bukankah begitu?

dulu ada masa berjalan jalan.., tidur tiduran.., tonton menonton.. dan memakan makanan..

sekarang ini?

buat semuanya dengan pantas!!

menaip ini perlu pantas.

kerana masa sangat pantas berjalan..

sesaat pun tidak membenarkan saya berehat melepaskan lelah..

kerana saya rasa....,


























sangat keletihan.......

Friday, 24 September 2010

SeRoNoK

seronok nak menceritakan ini...

Faris dah mula tumbuh gigi ketika usianya 6 bulan 2 minggu 2 hari...


6 bulan 1 minggu : sudah pandai melakukan ini...


dan dah pandai takmau dukung2.., nak turun main kat bawah sehingga jadi begini...

saya sangat suka!!!
weee ~~~

Thursday, 9 September 2010

MooD RaYa

assalamualaikum to readers, followers and the silent readers :)

hari ni last kita menjalani ibadah puasa. esok tentu lah hari raya.. ehehhe... semua orang menanti itu kan? mahu raya, mahu duit raya, mahu cuti :D hehe.., mahu tak perlu puasa, mahu pakai cantik, mahu makan segala dan sebagainya lah... hehe..

pagi tadi saya dan cayang bucuk saya, sewaktu datang ke kerjanya seperti sedikit jakun... wah..., "banyaknya parking kitaaaaaaaa..........." kerana selalunya perlu berebut2 atau berpusing sambil merungut2 sebarang seround dua barulah akan dapat menempekkan kereta kecil kami itu...

tak perlu cerita banyak. kisahnya sepanjang bulan puasa ni, memang SIBUK. bertuah lah pada ibu baru yang seperti saya ni boleh berbuat perlbagai2 persiapan. tidaklah kata saya tidak bertuah. cuma saya dan beberapa ibu baru, ibu lama, belum menjadi ibu, suami kepada ibu dan belum menjadi suami kepada ibu yang bertungkus lumus siapkan apa yang patut untuk tugasan PJJ 2010/2011 kita ni yer... eh.., rasanya lebih bertuah lah kerana ada tambahan satu lagi tanggungjawab kita ni ya...? ehehehe...

so, shopping raya dilakukan pada detik2 akhir juga.., tapi tidaklah betul2 akhir... yang akhirnya semalam, saya baru sahaja cari tudung raya semalam.., dan brooch... wah masa tu baru lah terasa mood raya tiba.. Pergi bazar Ramadhan sengaja bersesak2 dan berebut2 membuat serabut.. pergi Taiping Sentral pon sama juga.. aduh, Taiping yang aman damai telah diserang!! semua sudah mula pulang ke sini.., dan pemandu2 luar yang memandu secara pelik pun ramai. pelik bagaimana? tak perlu cerita lah...

mari kita cerita pasal baju raya nak?

mula2 cerita baju raya Faris Iman dulu...

belinya ketika tak bawa dia.., agak2 saja saiznya.. bila pulang ke rumah dan beri dia cuba.., alamak..., terkecil pula... dalam hati berkata " sudah besar rupanya anak aku.."
esoknya kena pergi tukar baju2 rayanya.., tukar kepada lebih besar..
adoi..., masih rasa anak itu kecil. tapi sebenarnya sudah besar..

baju melayu saya beli sepasang dan Opah Piah nya beri sepasang.. semalam ketika berjalan di bazar, terjumpa dengan sampin yang sangat comelnya.. sempat saya beli untuk Faris Iman.., juga sehelai ketayap. eh, apa penjodoh bilangan untuk ketayap ya? sehelai? seketul? sebuah..? :D
gambar bajunya?

tak boleh tempek sekarang. tunggu raya nanti, dah pakaikan padanya, baru boleh tunjuk. jika tidak, tidak suprise la pulak..

baju raya saya dan cayang bucuk saya pula?
ahhh..., malas la nak cerita.. :D
dah tua2 tak seronok cerita tentang baju raya dah..

yang seronoknya bila raya ialah..... CUTI.

tetapi saya memang respect pada rakan2 saya yang layak beraya tetapi sudi kerja pada esoknya.., bukan maksudnya polis atau paramedik atau tentera dan sebagainya itu, bukan tak respek, respek juga tetapi ni nak sebut tentang penyumbang2 kecil kepada perkhidmatan penting.. orang selalu tak nampak kan.. dalam tv tunjuk yang pakai2 uniform saja yang kerja, yang kena kerja ketika raya, ketika cuti umum, ketika buka puasa.., tapi ada juga dia antara kami yang perlu bekerja esoknya, di pagi raya..., dah ada juga antara kami yang bekerja sedang ummat lain menikmati juadah berbuka puasa... tapi sebenarnya, orang tak perasankan pun. jika disebut hospital, nampak nurse dan doktor saja kerja..., kalau lah ada liputan televisyen pun, akan ditunjuk mereka sahaja bekerja.. :) bagaimana pula dengan rakan2 seangkatan dengan saya?

ni apehal pula saya membebel pasal liputan televisyen ni..? dengki ke apa ni..? ehehehe..., tidak tidak tidak... saje je.., nak respek rakan2 sendiri apa salahnya... lagipun suami saya dulu juga pernah begitu. ehehehe... :D

Ramadhan tahun ini tiba2 saya menjadi rajin. rajin masak!! ehehehe..., magic bukan? anak kecil tapi saya masih sempat memasak. lihat.., cekap tak saya? wah ini masuk tong sampah tutup sendiri ni.. :p ehehehe... ok rutin, balik kerja ambil anak, pukul 530pm baru sampai rumah.. lepas bla bla bla tu..., pukul 6pm baru masuk dapur.. jika tiada sesiapa menjaga Faris Iman, saya letak dalam walkernya dan sangkut pad pada lantai walker tu atau telah ditukar ke rocking mode, jadi dia tak dapat kayuh ke mana2 selain di dalam itu sahaja. bagi dia main depan di satu tempat yang dia boleh nampak saya.. kadang2 dia sengaja campak macam2 untuk menarik perhatian. kadang2 dia leka bermain di dalamnya... ( nanti kita cerita pasal walker ini ya ) tetapi kami masih boleh berbual, bergurau senda dan bercerita kan? lepas cincang tu ketuk ni potong tu kerat ni..., cincai2 akhirya siap la.. 6.40pm baru letak nasi untuk dimasak.. tetapi yang saya masak tu, resepinya senang saja lah. tidak pula saya masak tom yam atau kari atau yang perlu bersusah susahan..., hanya yang senang senangan sahaja.... :) jangan mimpi lah saya pandai masak yang sebegitu... ehehe... mungkin suatu hari nanti :p

ok ini perkembangan si comel saya itu..

ini kenapa pula bersujud anak ku sayang oiii....?


sudah melewati usia setengah tahun. Alhamdulillah sepanjang usianya itu sekali sahaja dihinggapi demam. selebihnya sihat sahaja, kuat makan dan minum susu, juga suka tidur.. ini adengan belajar merangkak pula.. sedang cuba2 angkat badan. sesekali terperosok.. :) sesekali menjadi ulat gonggok.. Ahad lepas saya lihat dia cuba bangun duduk. kaki dan punggungnya sudah hampir betul. tetapi badannya tak berapa ringan untuk diangkat naik... ehehehe... mungkin seminggu dua lagi lah agaknya...

menyulur pula semakin laju. lokasi yang paling dia berkenan ialah ke arah pasu bunga tepi tv itu. ibarat komando.., laju saja perginya. tapi ruang agak terhad dan dia pula sedikit terganggu dengan bunyi " haaiiippppppppp.............!!" oleh ibu dan papanya.. nanti dia akan toleh pandang kami.., seolah2 ingin tahu.., kenapa tak boleh?? tetapi kemudian akan pergi lebih laju.. ehehe... sekiranya tiada yang mengawalnya, Faris Iman perlu duduk dalam walker yang yang dah di pasang pad atau dah dah ditukar ke rocking mode.. duk diam2 dalam tu.. main lah macam ribut dalam tu.., tak apa.. ehehehe..

minggu ini, Faris Iman sudah cuba2 nak merangkak.. posisi sudah betul.tinggal nak atur langkah sahaja belum.. mulut membebel2..., saya biarkan saja buat sendiri. mungkin seminggu lagi agaknya baru pandai..

ini saya sedang survey bedrail dan safety gate.. rasa macam perlu.. ya.., memang perlu.. nanti. kena kumpul duit dahulu baru boleh beli..

ok jumpa lagi nanti update pasal raya..
selamat hari raya semuanya ya.. :)
maaf zahir batin..

Saturday, 28 August 2010

BaBaB DaK DeBaB..

Assalamualaikum

lama tak bercerita tentang budak ini lah kan?


last entry tentang kisahnya demam.. pic yang atas tu ketika sudah baik demam sedikit2..

ok ni gambarnya ketika demam


dan ini ketika telah sihat.., alhamdulillah...

berguling..
tercengang..
ketawa...
dan saya sedang menggalas beberapa tanggungjawab iaitu :

seorang penjawat awam
seorang ibu
seorang isteri
seorang student
seorang anak
seorang menantu
seorang kakak
seorang hambaNya

seorang er..., pelbagai seorang lah saya jadi..

untuk menjadi seorang ni perlu menjadi semuanya sepenuh masa supaya resultnya juga penuh. takde separuh2..., kerana jika tidak, resultnya juga separuh..

nah ini, sedang cuba membaca buku saya...
sedang seronok main angkat2 kaki waktu bershopping... wah budak ini memang suka dibawa berjalan.. dah beberapa kali bawa singgah sekejap ke shopping complex atau pasar malam. belum puas dia berjalan, kami sudah bawanya pulang..., waktu dalam kereta macam kena pukul gayanya.... aiyaaa..., tak mahu pulang rupanya.. sehingga berhenti semula di mana- mana kedai.., baru okey.., baru tidak meronta dalam kereta... kesimpulan, jika pergi nak tapau lauk sahaja tanpa berjalan meround sebarang dua, jangan lah berani berani mendukung Faris Iman ini pergi bersama.., jika tidak, tanggung sendiri akibatnya..

~~ ni ikut perangai siapa agaknya ya..?

minggu ini Faris Iman sudah pandai gaya nak merangkak.. menyulur sudah boleh tetapi saya tidak biarkan menyulur merata hingga ke tepi almari atau ke tepi sofa.., atau ke bawah meja. cepat2 saya akan tarik. hish..., takutlah debu2 singgah. Faris Iman macam alergic sikit. ada beberapa jenis makanan tambahan yang dia tak boleh makan. nanti akan jadi kemerahan mukanya. jadi saya agak particular sikit tentang penerokaan dia. lagipun saya tak mahu dia nanti berbuat sesuka hati. maksudnya tidak boleh memunggah dan menggeladah tempat yang bukan2. jika tidak nanti saya babab. kerana tahun depan saya dan Faris Iman akan tinggal berdua. papa akan pergi sambung belajar selama 3 tahun. jadi Faris Iman perlu berdisiplin lebih ya...

bagus...

Faris Iman anak yang baik...
jangan nakal, jika tidak.., ibuuu.....

BABAB DAK DEBAB.., BABAB DAK DEBAB...

ehehehe....

Wednesday, 4 August 2010

FaRiS iMaN DeMaM

3.40 pagi..
mata mengantuk
sejuk

hari ini Faris Iman tidur dengan koolfever di dahi. si kecik tu demam siang tadi. naik bintik2 badannya... bawa ke klinik, selepas diberi ubat, sudah ok.. suhu sudah menurun 34.5 pukul 1 pg tadi. jika tak, 38.5 suhunya petang tadi... ibunya upah mainan baru untuknya, jadi semakin baiklah keadaannya itu...

malam tadi, Faris Iman tidur semalaman tanpa bangun untuk minum susu. pagi tadi waktu kami siap nak pergi kerja, Faris sudah merengek2. saya kirakan dia lapar lah.., tapi bila susukan, tak berapa nak mahu pula. selepas dipaksa2, akhirnya habis sebotol juga.. sehingga petang tadi, Cik Nani, baby sitternya maklumkan pada saya. badan Faris Iman panas..., ya benar. saya pegang pun terasa dia panas. jadi perjalanan balik ke rumah itu, Faris Iman di pangkuan ibunya lah..., tak diletakkan dalam baby seat. sebab merasa, alahai kesiannya nak letak dia.., dah la demam kan... sampai ke rumah, bermain2 seketika. susu pun tak mahu.. main pun kena pangku2. tak berapa dia minat nak main di bawah. letak saja sudah ek ek... sejak pandai meniarap ni, selalunya tak apa letakkan saja dia main.. tapi hari ini mungkin dia tak selesa..., kasihan kan? mainnya macam biasa juga tapi mahu dipangku. boleh lagi ketawa terbahak2 jika diagah.

Sambil menonton Epilog Syurga Cinta, papanya tidur sekejap. jadi saya dan Faris Iman melepak dalam gelap tanpa buka lampu.. lepas papanya terjaga dari tidur dan membuka lampu utk kami, wah terperanjat saya lihat..., muka dan tangan Faris Iman sudah berbintik kecil. lihat di perutnya juga ada bintik kecil tu. hampir satu badan. tak apa, Faris Iman kan kuat.. dodoi2 Faris Iman tidur, akhirnya tidur juga stengah jam atas pangkuan saya. selepas itu bingkas kami bersiap2 segala untuk ke klinik. wah dia pun seronok la dibawa berjalan kan... tak macam demam langsung. cuma nampak bintik2 di badannya dan kelopak matanya juga merah.. kata doctor, takde apa lah..., cuma panas saja. bintik itu bukan campak. cuma ruam saja. lepas berjalan2 ke kedai membeli mainan sebagai upah, tiba di rumah, Faris Iman ok macam biasa.. Alhamdulillah...

achum...., dan acchuuummmm..., baru saja saya bersin 2 kali. wah sejuk ni.. Faris Iman tidak sejukkah? budak itu memang tidak gemar diselimut tangannya. hai.., kadang2 tu berkali2 saya cuba selimut dia, tapi gagal. dia memang tak suka.. yalah kadang2 sebelum tidur, panas. tidak pula saya pakaikan dia dgn baju tangan panjang...bila sudah tertidur dengan baju tangan pendek, sudah tukar jadi sejuk pula...
saya pula telah berkali2 menguap. adoi..., mengantuk sudah. sebab tu terkeluar entry bosan ini. malas mahu menempek gambar kerana letih lah. jika mahu menempek gambar perlu edit terlebih dahulu bukan..?

esok cuti. perlu jaga Faris Iman. tapi masih belum tidur lagi ni. pengsan kah saya esok..??

Tuesday, 6 July 2010

aPaBiLa sTaTuS FaCeBooK JaDi KoNtrOveRSi.. PaRt 2..

ok ini kisah nasik lemak seperti yang saya janji mahu cerita...

kisahnya bermula pada satu pagi yang tenang....
saya datang kerja dengan gembira... tapi tempat kerja saya agak kecoh apa bila kisah nasik lemak ini timbul. saya diberitahu tentang Puan M ini..., beliau meminta seorang rakan sekerja saya tolong belikan nasik lemak..., dan kemudian nasik lemak ini akan diambil oleh suaminya untuk dihantar kepadanya... kekecohan ini timbul kerana.., kenapa kau tak suruh laki kau je beli nasik lemak tu..., kenapa kau suruh aku..? tetapi saya tak peduli dengan kisah itu. saya biarkan saja. engkau kecoh kenapa.., kalau engkau tak mahu tolong engkau tak payah tolong... apa susah nak pening2 dan nak penat2.. entah lah.., saya pun tak ambil tahu samada dia beli ataupun tidak.., samada suami Puan M tu ambil datang ambil atau tidak... kisah itu saya biarkan berlalu begitu saja...

kisah nasik lemak yang sebenar2nya berlaku pada saya begini :

kisahnya bermula pada suatu pagi yang bengang :
sampai saja tempat kerja jadi serabut.. keadaan kelam kabut sistem daftar masuk mengalami kerosakan.. telefon berdering minta diangkat.. lunak suara saya menjawab panggilan tersebut... ehehe...
oh Puan M....
Puan M : Siti.., engkau boleh tolong belikan nasik lemak utk aku tak?
saya : nasik lemak?
Puan M : ala.., yang jual kat blakang kau tu..
saya : beli? pastu?
Puan M : aku pegi la ambik kat kau..

giler bengang dah rasanya ni... saya tembak je dalam telefon tu..

saya : engkau nak datang sini ambik nasik lemak tu, baik engkau datang beli sendiri...
Puan M : ala tolong la..., aku takut habis ler...
saya : takut habis? pastu, kau datang la awal..
Puan M : ala Tie.., tolong la Tie...
saya : taknak aku.. datang la beli sendiri...

ah taknak la saya jadi kuli dia. bukan saya nak pegi kedai tu pun. lagipun pagi2 tu sampai saya nak buat kerja okeh... tidak lagi saya fikir nak makan apa. kalau ada pun saya akan pergi beli sendiri belakang itu atau kirim pada suami saya. nasib saya baik lah sebab suami saya kerja satu tempat dengan saya dan suami saya selalu menjenguk saya sebelum dan selepas dia keluar makan.. :D
saya tak kisah nak tolong beli kalau saya pun nak pergi kedai tu. tapi saya fikir.., orang jenis ini bukan tahu diuntung. tolong sekali nanti perlu tolong lagi. lagipun bukan dia tak ada kaki atau tak ada kereta mahu datang beli. tambahan pula, orang jenis ini tidak boleh dibuat kawan. mahu menyusahkan kawan sahaja. sapa bodoh dia la kena dengan orang jenis ini.. saya tidaklah bijak tapi saya tidak lah bodoh. kerana saya tahu bukan sekali dua diminta orang belikan dia barang.. kerana suami saya sebelum berkahwin pun selalu merungut tentang perangai Puan M itu yang sentiasa meminta bantuan yang tidak2. yang boleh dibuat sendiri pun perlu dibantu. sebenarnya suami saya terlebih dahulu kenal dengan Puan M dan perangainya yang entah hapa2 itu.

setelah saya meletak ganggang telefon itu tadi, beberapa rakan sekerja yang berdiri di belakang saya bersorak girang... kata mereka.., " padan muka dia.., nasib baik kak siti tere..." ahahaha.., tidaklah saya setere mana pun. tapi saya tak suka orang yang suka mengambil kesempatan bila tahu kita ni baik. ewah.., baikkah??
benar saya baik.. kerana sebelum tragedi nasik lemak itu, pernah Puan M ni tersilap belikan diapers anaknya jenama TUTTTT... bersaiz kecil. ditelefonnya saya, tanya mahukah saya diapers itu sedangkan anak saya tidak memakai diapers jenama TUTTTT itu. saya lihat masih banyak stok diapers saya di rumah. tapi tak mengapalah, kasihan pula dia. anaknya tak boleh pakai, tak salahkan saya bantu? rugi pula kalau dia tak boleh guna.. diapers itu dijual pada saya. saya beli okay.., saya beli.., bukan diberi percuma. pack diapers tu telah terbuka dan digunakan beberapa keping.
jadi, petang waktu pulang dari kerja itu, suami saya lihat di belakang, " eh..., siapa punya ni? "
jawab saya, " Faris lah.. "
" beli lagi? bukan banyak lagi ada kat rumah? "
" ha ah.., Puan M salah beli size... jual kat kita.. "
" tapi Faris tak pakai brand ni kan? "
" tak apa lah..., boleh juga.. "

lihat.., saya bukan lah semuanya tak baik ya... ada juga baiknya saya ini.. tetapi bila kita sudah baik dengan awak.., jangan lah awak ambil kesempatan memerintah kita berbagai2.. sebenarnya ramai orang menyampah perangai awak tu tapi bezanya mereka cuma membebel2 di belakang tetapi saya membebel2 di status facebook dan membebel2 lagi di blog..

menurut kata rakan2 sekerja yang lain :
1. yalah..., saya pun dia pernah mintak tolong belikan teeettttt......, dia yang nak pakai teeettttt tu, pergi la beli sendiri.., nasib baik saya tak belikan. kalau tidak mesti saya kena suruh lagi..
2. dia tu memang.., nak pergi mana2 nak suruh orang teman..., saya selalu kena paksa teman dia. ingat saya tak de kerja lain ke teman dia? saya pun nak dating juga...
3. menyampah la aku dengan dia tu.., aku pun pernah kena suruh beli apa tah.., aku tak beli pun. aku tak pegi kedai tu, takkan tak pasal2 aku nak pegi kedai tu semata2 nak beli itu jer utk dia.. tak kuasa aku..
dan pelbagai lagi rungutan tentang sikapnya yang kadang2 jahat mulut.. bab jahat mulut tu saya selalu kena waktu saya mula2 masuk kerja..

" apa engkau ni Tie.., pakai baju ni engkau ingat cantik ke..? "
lantak la..., engkau cantik.., aku tak cantik.., biarla..
rupanya menurut adik2 rakan sekerja yang lain, " kami pun kena jugak macam tu la kak siti..., dia selalu komplen kami pakai tak elok... "
ada juga orang jenis begini. matanya nampak benda yang tak elok. kasihan bukan? yang indah pun nampak buruk.., nikmat sudah hilang satu..memang kasihan....

lepas saya posting status saya tentang nasik lemak saya itu di facebook.., Puan M telah bermasam muka dengan saya. tapi saya tak kisah. lantak la. tak guna pun ada kawan sepertinya. bukan nak berkawan ikhlas, tetapi nak menggunakan kita sahaja... kepada rakan2 yang lain. tolong jangan jadi hamba orang jenis sebegini.. jika namanya kawan, mesti akan difikir susah senangnya kita... bukan sengaja disuruh2 yang bukan2 sedangkan mampu dibuat sendiri... tolong pun ada batasnya juga. kiranya tak mampu tak mengapa kita bantu. tetapi ini boleh ketawa berdekah2 dan berjalan dengan kasut tumit tinggi dengan gayanya.., tak perlulah susah2kan diri kita nak bantu. kerana kiranya saya minta..., "Puan M, boleh tolong datang sini beli nasik lemak blakang aku ni untuk aku tak?? "
adalah dia akan bantu saya dengan permintaan bodoh saya itu sendangkan saya sedang seronok mengunyah chewing gum dan berborak tergedik2 melompat?

* posting ini ditulis untuk tauladan semata2.. kalau kau nak terasa, nak merajuk saya tak peduli. siapa makan cili dia lah yang rasa pedas.. ehehe...

Sunday, 4 July 2010

aNaK iBu..

Faris sedang nyenyak tido..hari ni Taiping cuaca dingin. enak benar jika ibunya ini dapat join sekali. sekejap saja dah tiba Ahad.. nak stori apa ya..? update kisah Faris boleh kah? lepas jadi ibu ni dah tak ada kisah pergi jalan ke, pergi menonton wayang ke, pergi makan2 ke...., kalau ada pun dah rasa tak special lagi dah. cerita Faris lebih special...ehehe... lagipon tak sempat nak mencapai camera. lebih byk mendukung anak dari menjunjung camera. kalau ada aktiviti snap snap pon, semuanya gambar anak. bila lihat kembali gambar, eh..., tak ada pun gambar saya.., semua gambar anak. ehehe...

Faris telah membesar dan berkembang pesat dengan sudah pandai berakal macam2. sudah panjang dari tilam. sudah tahu nak ikut kalau kita bersiap.., sudah pandai menuntut janji jika kita pandai berjanji.., sudah tahu merajuk kalau diusik. sudah mengerti kalau nakal sikit ibunya marah... ehehehe... marah acah2 saja. tak sampai hati nak marah betul2 lagi. tak apa.., kecil ini, ibu bagi can. besar sikit siap laa...

lihat. ini style mengamuk yang baru... sehingga terbabas dari tilam.. mengamuknya tak lain tak bukan mahukan susu. timanglah setinggi bintang pun, tidak dilayan. mahu susu..., mahu susu juga!! hehehe...

sejak masuk Faris 4 bulan ni.., hari ini masuk 2 kali tidur di rumah opahnya di Kampung Larut Tin. selebihnya hanya pulang sekejap2 saja. kali pertama itu Faris masih kecil. ini dia sudah besar, boleh mendengar dengan jelas dan sudah pandai respon. pagi semalam terdengar kokokan ayam jantan. oh takut rupanya dia dengar bunyi itu.. kelakar sungguh saya rasa. ketika itu dia sedang minum susu dengan mata yang kuyu2.., tiba2 ayam itu berkokok..., bulat2 mata Faris jadinya sambil bibir tersebik2... ahahaha..., kasihan pun ada tapi kelakar yang banyaknya...

wah lamanya Faris tido. sudah 3 jam masih belum bangun. jika di rumah, tidur buai pun sekejap saja. sini mungkin sunyi dan aman. di rumah kami itu, betul2 di tengah town, macam2 bunyi ada. tidak senang dia mahu lelap...

baiklah.., saya ingin mengerjakan apa yang patut. gelas berisi Tropocana Twister tadi ni perlu dicuci.. lepas itu tak tahu mahu buat apa.. tidur kah?

krooohhhh............
eh.., cuci gelas dulu!!