assalamualaikum to readers, followers and the silent readers :)
hari ni last kita menjalani ibadah puasa. esok tentu lah hari raya.. ehehhe... semua orang menanti itu kan? mahu raya, mahu duit raya, mahu cuti :D hehe.., mahu tak perlu puasa, mahu pakai cantik, mahu makan segala dan sebagainya lah... hehe..
pagi tadi saya dan cayang bucuk saya, sewaktu datang ke kerjanya seperti sedikit jakun... wah..., "banyaknya parking kitaaaaaaaa..........." kerana selalunya perlu berebut2 atau berpusing sambil merungut2 sebarang seround dua barulah akan dapat menempekkan kereta kecil kami itu...
tak perlu cerita banyak. kisahnya sepanjang bulan puasa ni, memang
SIBUK. bertuah lah pada ibu baru yang seperti saya ni boleh berbuat perlbagai2 persiapan. tidaklah kata saya tidak bertuah. cuma saya dan beberapa ibu baru, ibu lama, belum menjadi ibu, suami kepada ibu dan belum menjadi suami kepada ibu yang bertungkus lumus siapkan apa yang patut untuk tugasan PJJ 2010/2011 kita ni yer... eh.., rasanya lebih bertuah lah kerana ada tambahan satu lagi tanggungjawab kita ni ya...? ehehehe...
so, shopping raya dilakukan pada detik2 akhir juga.., tapi tidaklah betul2 akhir... yang akhirnya semalam, saya baru sahaja cari tudung raya semalam.., dan brooch... wah masa tu baru lah terasa mood raya tiba.. Pergi bazar Ramadhan sengaja bersesak2 dan berebut2 membuat serabut.. pergi Taiping Sentral pon sama juga.. aduh, Taiping yang aman damai telah diserang!! semua sudah mula pulang ke sini.., dan pemandu2 luar yang memandu secara pelik pun ramai. pelik bagaimana? tak perlu cerita lah...
mari kita cerita pasal baju raya nak?
mula2 cerita baju raya Faris Iman dulu...
belinya ketika tak bawa dia.., agak2 saja saiznya.. bila pulang ke rumah dan beri dia cuba.., alamak..., terkecil pula... dalam hati berkata " sudah besar rupanya anak aku.."
esoknya kena pergi tukar baju2 rayanya.., tukar kepada lebih besar..
adoi..., masih rasa anak itu kecil. tapi sebenarnya sudah besar..
baju melayu saya beli sepasang dan Opah Piah nya beri sepasang.. semalam ketika berjalan di bazar, terjumpa dengan sampin yang sangat comelnya.. sempat saya beli untuk Faris Iman.., juga sehelai ketayap. eh, apa penjodoh bilangan untuk ketayap ya? sehelai? seketul? sebuah..? :D
gambar bajunya?
tak boleh tempek sekarang. tunggu raya nanti, dah pakaikan padanya, baru boleh tunjuk. jika tidak, tidak suprise la pulak..
baju raya saya dan cayang bucuk saya pula?
ahhh..., malas la nak cerita.. :D
dah tua2 tak seronok cerita tentang baju raya dah..
yang seronoknya bila raya ialah..... CUTI.
tetapi saya memang respect pada rakan2 saya yang
layak beraya tetapi sudi kerja pada esoknya.., bukan maksudnya polis atau paramedik atau tentera dan sebagainya itu, bukan tak respek, respek juga tetapi ni nak sebut tentang penyumbang2 kecil kepada perkhidmatan penting.. orang selalu tak nampak kan.. dalam tv tunjuk yang pakai2 uniform saja yang kerja, yang kena kerja ketika raya, ketika cuti umum, ketika buka puasa.., tapi ada juga dia antara kami yang perlu bekerja esoknya, di pagi raya..., dah ada juga antara kami yang bekerja sedang ummat lain menikmati juadah berbuka puasa... tapi sebenarnya, orang tak perasankan pun. jika disebut hospital, nampak nurse dan doktor saja kerja..., kalau lah ada liputan televisyen pun, akan ditunjuk mereka sahaja bekerja.. :) bagaimana pula dengan rakan2 seangkatan dengan saya?
ni apehal pula saya membebel pasal liputan televisyen ni..? dengki ke apa ni..? ehehehe..., tidak tidak tidak... saje je.., nak respek rakan2 sendiri apa salahnya... lagipun suami saya dulu juga pernah begitu. ehehehe... :D
Ramadhan tahun ini tiba2 saya menjadi rajin. rajin masak!! ehehehe..., magic bukan? anak kecil tapi saya masih sempat memasak. lihat.., cekap tak saya? wah ini masuk tong sampah tutup sendiri ni.. :p ehehehe... ok rutin, balik kerja ambil anak, pukul 530pm baru sampai rumah.. lepas bla bla bla tu..., pukul 6pm baru masuk dapur.. jika tiada sesiapa menjaga Faris Iman, saya letak dalam walkernya dan sangkut pad pada lantai walker tu atau telah ditukar ke rocking mode, jadi dia tak dapat kayuh ke mana2 selain di dalam itu sahaja. bagi dia main depan di satu tempat yang dia boleh nampak saya.. kadang2 dia sengaja campak macam2 untuk menarik perhatian. kadang2 dia leka bermain di dalamnya...
( nanti kita cerita pasal walker ini ya ) tetapi kami masih boleh berbual, bergurau senda dan bercerita kan? lepas cincang tu ketuk ni potong tu kerat ni..., cincai2 akhirya siap la.. 6.40pm baru letak nasi untuk dimasak.. tetapi yang saya masak tu, resepinya senang saja lah. tidak pula saya masak tom yam atau kari atau yang perlu bersusah susahan..., hanya yang senang senangan sahaja.... :) jangan mimpi lah saya pandai masak yang sebegitu... ehehe... mungkin suatu hari nanti :p
ok ini perkembangan si comel saya itu..
ini kenapa pula bersujud anak ku sayang oiii....?

sudah melewati usia setengah tahun. Alhamdulillah sepanjang usianya itu sekali sahaja dihinggapi demam. selebihnya sihat sahaja, kuat makan dan minum susu, juga suka tidur.. ini adengan belajar merangkak pula.. sedang cuba2 angkat badan. sesekali terperosok.. :) sesekali menjadi ulat gonggok.. Ahad lepas saya lihat dia cuba bangun duduk. kaki dan punggungnya sudah hampir betul. tetapi badannya tak berapa ringan untuk diangkat naik... ehehehe... mungkin seminggu dua lagi lah agaknya...
menyulur pula semakin laju. lokasi yang paling dia berkenan ialah ke arah pasu bunga tepi tv itu. ibarat komando.., laju saja perginya. tapi ruang agak terhad dan dia pula sedikit terganggu dengan bunyi " haaiiippppppppp.............!!" oleh ibu dan papanya.. nanti dia akan toleh pandang kami.., seolah2 ingin tahu..,
kenapa tak boleh?? tetapi kemudian akan pergi lebih laju.. ehehe... sekiranya tiada yang mengawalnya, Faris Iman perlu duduk dalam walker yang yang dah di pasang pad atau dah dah ditukar ke rocking mode.. duk diam2 dalam tu.. main lah macam ribut dalam tu.., tak apa.. ehehehe..
minggu ini, Faris Iman sudah cuba2 nak merangkak.. posisi sudah betul.tinggal nak atur langkah sahaja belum.. mulut membebel2..., saya biarkan saja buat sendiri. mungkin seminggu lagi agaknya baru pandai..
ini saya sedang survey bedrail dan safety gate.. rasa macam perlu.. ya.., memang perlu.. nanti. kena kumpul duit dahulu baru boleh beli..
ok jumpa lagi nanti update pasal raya..
selamat hari raya semuanya ya.. :)
maaf zahir batin..