

sampai kat tempat tu, dah la cari parking pun susah, parking jauh lak tu. kebetulan tempat parking tu tiangnya dah ada baki masa.. waktu tu hujan renyai2 aku berjalan ke kedai nak beli benda alah ni. aku pegi, takde org jaga kiosk tu. tanya minah kiosk sebelah tu cakap die pegi minum ptg... dalam hati aku menyumpah tak terhingga... sebab sebelum ni pun mmg aku susah nak dptkan stok pencuci muka ni. sebabnya salesgirl dia takde..., aku pernah pegi tgri, minah tu lunch..., pegi ptg takde jugak.. kalau die sorg takde, mende takleh jual lak tu... ai mencinya... !!!! minah sebelah tu bagi name card suh call dulu sblm dtg..., merah2 dah muka aku. aku tak ambik pun name card tu.. taik kucing..., dia yang nak jual, tak kuasa aku nak beriya2 beli kalau servis tak bagus. walaupun aku dah 2 thn guna menda alah ni, aku nekad nak boikot beli kat kiosk tu lagi..!!
jln ke tepi tu tgk le pencuci muka yg lain2 tu, promoter sorg tu menyibuk pulak duk cucuk2 suh beli yg lain.., aku dah la bengang hal tadi, baru nak pujuk ati dan cuba selamatkan duit ringgit aku ni..., dah tak jadi beli pencuci muka yang harga RM 16 - RM 18 tu.. aku letak balik pencuci2 muka yang aku pegang tu ( letak senget2 padan muka promoter tu kena susun balik ) pastu aku blah gitu je... bengang betul.
kmudian pegi ke satu lagi kedai, jauh gak la. jln tu lak jarang aku lalu, traffic light baru dia pulak tah hapa2 je susah nak paham.., kembang kuncup idung aku duk intai traffic light tu sebab tersorok tiangnya tak nampak. aku dah la kemetot, bukannya nampak sgt depan.. last2 dapat benda ni... RM108. tak cantik jugak muka tak tau la... hehe.. pastu ingat nak jln2 ke kedai perabot. tgk jam dah kul 6..., pusing balik ke rumah... takut terlepas tgk spa Q. ambik jln yang kurang jem..., bukit2..,. tapi duk ikut siput gajah ni pulak,
jeng jeng... dah beberapa hari terima tajuk tugasan tapi hari ni baru boleh buat.. sebabnya tempek taknak lekat... ni pertama kali terima tag, teruja jugak la nak buat.. huhu...wife die nama ain..., sori la kak yong, tak dapat capture gamba muka beliau..., sebab kitorang tak tunggu die bukak purdah tu, tapi cute orgnya...
dan cayang bucukkku tu duk kat kokpit..., bawa kami semua jln2 dan Fazli duk di sebelahnya..
dan malamnya pula ada org nak belanja... pizza dan KFC.. aku pun balun skali.., mana tak bulatnya diri ku ni.. huhu..
Jumaat birthday Ilah... sebenarnya kek ni untuk Fazilah dan Fazli sekali.. aku beli kat Prima. Amoi tu dah nak tutup kedai tu pasal tak sempat nak conteng kek tu.. sejak aku besar ni kedai tu aku tak pernah masuk sebabnya mungkin die kat terceruk sana kot.. waktu beli tu punya la ramai manusia kat jalan tu sampai nak parking pun tak leh..., kebetulan Zuria ada dgn aku waktu tu jadi kami berdua turun pegi kedai dan cayang bucuk tunggu dalam kereta je.. kek ni nampak cam kelakar jugak rupanya tapi waktu pilih kek ni aku dah agak dia mesti sedap.. Namanya Choc Cream.. RM 26 je. yang si Fazli lak teka kek ni rm 40 - rm 50.. hehe.. aku ingat lepas ni nak beli kek, datang sini je lagi best.. banyak patern baru2.. sampai rumah mak, Fazli potong kek tu dan nyum nyum... amtlah sedapnya.., lembut mcm ice cream... coklat parut tu pun lembut sgt.. khamis dan jumaat cayang bucuk pergi kursus IT kar CME jadi aku gi keje drive sendiri. wah eksyen park kat tempat baek punya... parking je lah.. tah bila nak jadi Pengarah Pengurusan tah.. huhu...
nak jadi cerita ari Jumaat tgri ari tu jln2 dgn kak aiza kat The Store, akak pengsan waktu queue kat counter pembayaran tu.. hidung dia pulak berdarah meleleh2 kat lantai dan habis baju dan tudung dia pun berdarah jugak.. huhu.. time tu lak akak tu tgh pregnent 17 minggu. aku takut betul nasib baik aku call akak2 misi tu ada dkt2 situ jugak.. pas diorang sampai tu, lega sikit aku rasa. kalo tak.., nenong nenong le berambulans.. hihihik...
selasa lepas sibuk bina slide untuk KMK sebab rabu ari tu ada bengkel KMK..bersemangat nampaknya group aku tu attend bengkel tu.. walaupun tahu tak kena present tapi buat je la slide kosong, konon ada usaha la jugak... kikiki... ni gambar JKR tgh komen slide Kumpulan Celik..
kakinya bengkak dan dah dua hari tak dapat duduk kat wheel chair... semoga semuanya cepat sembuh...

i bought this... em.., 2 weeks ago..., to replace my broken old camera... huhu... compact camera yang kecik je dah la sebab boleh buh dlm handbag..., dan usung ke mana saja yang aku nak.. hari ni aku kerja tapi cayang bucukku tu cuti kemas bilik yang lagi satu...
susun semula kotak2 hadiah kawin hari tu..vakum anai2...kesian dia.. hehe..
ni beliau tengah vakum bilik... hihihik...
sekarang taiping hujan....,
nak kerja pun bersemangat dah sekarang ni sebab meja kaunter ni dah tersusun kemas...,
nampak bersistematik sikit...tak kena kipas dan aku tak kesejukkan lagi dan.. dan paling penting.., jeng jeng..., dekat dengan komputer ni..hehehe...
ok...nanti tulis lagi...
selamat bercuti dua hari.., sabtu dan ahad....
hehe....
-my current weight - 50kg

