ok ini kisah nasik lemak seperti yang saya janji mahu cerita...
kisahnya bermula pada satu pagi yang tenang....
saya datang kerja dengan gembira... tapi tempat kerja saya agak kecoh apa bila kisah nasik lemak ini timbul. saya diberitahu tentang Puan M ini...,
beliau meminta seorang rakan sekerja saya tolong belikan nasik lemak..., dan kemudian nasik lemak ini akan diambil oleh suaminya untuk dihantar kepadanya... kekecohan ini timbul kerana..,
kenapa kau tak suruh laki kau je beli nasik lemak tu..., kenapa kau suruh aku..? tetapi saya tak peduli dengan kisah itu. saya biarkan saja. engkau kecoh kenapa.., kalau engkau tak mahu tolong engkau tak payah tolong... apa susah nak pening2 dan nak penat2.. entah lah.., saya pun tak ambil tahu samada dia beli ataupun tidak.., samada suami Puan M tu ambil datang ambil atau tidak... kisah itu saya biarkan berlalu begitu saja...
kisah nasik lemak yang sebenar2nya berlaku pada saya begini :
kisahnya bermula pada suatu pagi yang bengang :
sampai saja tempat kerja jadi serabut.. keadaan kelam kabut sistem daftar masuk mengalami kerosakan.. telefon berdering minta diangkat.. lunak suara saya menjawab panggilan tersebut... ehehe...
oh Puan M....
Puan M : Siti.., engkau boleh tolong belikan nasik lemak utk aku tak?
saya : nasik lemak?
Puan M : ala.., yang jual kat blakang kau tu..
saya : beli? pastu?
Puan M : aku pegi la ambik kat kau..
giler bengang dah rasanya ni... saya tembak je dalam telefon tu..
saya : engkau nak datang sini ambik nasik lemak tu, baik engkau datang beli sendiri...
Puan M : ala tolong la..., aku takut habis ler...
saya : takut habis? pastu, kau datang la awal..
Puan M : ala Tie.., tolong la Tie...
saya : taknak aku.. datang la beli sendiri...
ah taknak la saya jadi kuli dia. bukan saya nak pegi kedai tu pun. lagipun pagi2 tu sampai saya nak buat kerja okeh... tidak lagi saya fikir nak makan apa. kalau ada pun saya akan pergi beli sendiri belakang itu atau kirim pada suami saya. nasib saya baik lah sebab suami saya kerja satu tempat dengan saya dan suami saya selalu menjenguk saya sebelum dan selepas dia keluar makan.. :D
saya tak kisah nak tolong beli kalau saya pun nak pergi kedai tu. tapi saya fikir.., orang jenis ini bukan tahu diuntung. tolong sekali nanti perlu tolong lagi. lagipun bukan dia tak ada kaki atau tak ada kereta mahu datang beli. tambahan pula, orang jenis ini tidak boleh dibuat kawan. mahu menyusahkan kawan sahaja. sapa bodoh dia la kena dengan orang jenis ini.. saya tidaklah bijak tapi saya tidak lah bodoh. kerana saya tahu bukan sekali dua diminta orang belikan dia barang.. kerana suami saya sebelum berkahwin pun selalu merungut tentang perangai Puan M itu yang sentiasa meminta bantuan yang tidak2. yang boleh dibuat sendiri pun perlu dibantu. sebenarnya suami saya terlebih dahulu kenal dengan Puan M dan perangainya yang entah hapa2 itu.
setelah saya meletak ganggang telefon itu tadi, beberapa rakan sekerja yang berdiri di belakang saya bersorak girang... kata mereka.., " padan muka dia.., nasib baik kak siti tere..." ahahaha.., tidaklah saya setere mana pun. tapi saya tak suka orang yang suka mengambil kesempatan bila tahu kita ni baik. ewah.., baikkah??
benar saya baik.. kerana sebelum tragedi nasik lemak itu, pernah Puan M ni tersilap belikan diapers anaknya jenama TUTTTT... bersaiz kecil. ditelefonnya saya, tanya mahukah saya diapers itu sedangkan anak saya tidak memakai diapers jenama TUTTTT itu. saya lihat masih banyak stok diapers saya di rumah. tapi tak mengapalah, kasihan pula dia. anaknya tak boleh pakai, tak salahkan saya bantu? rugi pula kalau dia tak boleh guna.. diapers itu dijual pada saya. saya beli okay.., saya beli.., bukan diberi percuma. pack diapers tu telah terbuka dan digunakan beberapa keping.
jadi, petang waktu pulang dari kerja itu, suami saya lihat di belakang, " eh..., siapa punya ni? "
jawab saya, " Faris lah.. "
" beli lagi? bukan banyak lagi ada kat rumah? "
" ha ah.., Puan M salah beli size... jual kat kita.. "
" tapi Faris tak pakai brand ni kan? "
" tak apa lah..., boleh juga.. "
lihat.., saya bukan lah semuanya tak baik ya... ada juga baiknya saya ini.. tetapi bila kita sudah baik dengan awak.., jangan lah awak ambil kesempatan memerintah kita berbagai2.. sebenarnya ramai orang menyampah perangai awak tu tapi bezanya mereka cuma membebel2 di belakang tetapi saya membebel2 di status facebook dan membebel2 lagi di blog..
menurut kata rakan2 sekerja yang lain :1. yalah..., saya pun dia pernah mintak tolong belikan teeettttt......, dia yang nak pakai teeettttt tu, pergi la beli sendiri.., nasib baik saya tak belikan. kalau tidak mesti saya kena suruh lagi..
2. dia tu memang.., nak pergi mana2 nak suruh orang teman..., saya selalu kena paksa teman dia. ingat saya tak de kerja lain ke teman dia? saya pun nak dating juga...
3. menyampah la aku dengan dia tu.., aku pun pernah kena suruh beli apa tah.., aku tak beli pun. aku tak pegi kedai tu, takkan tak pasal2 aku nak pegi kedai tu semata2 nak beli itu jer utk dia.. tak kuasa aku..
dan pelbagai lagi rungutan tentang sikapnya yang kadang2 jahat mulut.. bab jahat mulut tu saya selalu kena waktu saya mula2 masuk kerja..
" apa engkau ni Tie.., pakai baju ni engkau ingat cantik ke..? "
lantak la..., engkau cantik.., aku tak cantik.., biarla..
rupanya menurut adik2 rakan sekerja yang lain, " kami pun kena jugak macam tu la kak siti..., dia selalu komplen kami pakai tak elok... "
ada juga orang jenis begini. matanya nampak benda yang tak elok. kasihan bukan? yang indah pun nampak buruk.., nikmat sudah hilang satu..memang kasihan....
lepas saya posting status saya tentang nasik lemak saya itu di facebook.., Puan M telah bermasam muka dengan saya. tapi saya tak kisah. lantak la. tak guna pun ada kawan sepertinya. bukan nak berkawan ikhlas, tetapi nak menggunakan kita sahaja... kepada rakan2 yang lain. tolong jangan jadi hamba orang jenis sebegini.. jika namanya kawan, mesti akan difikir susah senangnya kita... bukan sengaja disuruh2 yang bukan2 sedangkan mampu dibuat sendiri... tolong pun ada batasnya juga. kiranya tak mampu tak mengapa kita bantu. tetapi ini boleh ketawa berdekah2 dan berjalan dengan kasut tumit tinggi dengan gayanya.., tak perlulah susah2kan diri kita nak bantu. kerana kiranya saya minta..., "Puan M, boleh tolong datang sini beli nasik lemak blakang aku ni untuk aku tak?? "
adalah dia akan bantu saya dengan permintaan bodoh saya itu sendangkan saya sedang seronok mengunyah chewing gum dan berborak tergedik2 melompat?
* posting ini ditulis untuk tauladan semata2.. kalau kau nak terasa, nak merajuk saya tak peduli. siapa makan cili dia lah yang rasa pedas.. ehehe...