Thursday, 4 November 2010

BuBuR NaSi iKaN TeNgGiRi

hello readers...,
baiklah.., kali ini puan2 ya... saya mahu cerita tentang resepi baru Faris iaitu bubur ikan tenggiri...
kita perlu ada...

sepotong ikan tenggiri...


minyak zaitun...,
untuk gorengan makanan bayi perlu digoreng dengan minyak zaitun ya..


ikan tenggiri tersebut perlu dibasuh dengan bahan2 ini...,
asam dan garam...
tidak perlu masukkan ke dalam mesin basuh ya puan puan...


 potong kecil- kecil dan goreng dengan minyak zaitun tadi..


 hingga jadi begini...


ok ini cara pertama..., blend bersama dengan bubur nasi.. cara buat bubur nasi tidak perlu cerita, rasanya semua sudah  tahu bukan?


dan ini cara kedua.., blend asing dan taburkan tenggiri blended tu atas bubur dan kacau... ini buleh dipraktikkan jika anak anda sudah punya gigi.., beri dia belajar menggigit dan menguyah..


boleh juga jika ikan tenggiri tersebut direbus bersama nasi. tidak perlu digoreng...

sekian terima kasih

yang benar,

Bonda kepada anakanda Ahmad Faris Iman Bin Faizul..

Thursday, 28 October 2010

RaYuaN KePaDa EnCik BoSs...

kepada encik boss..,

kehadapan encik boss yang kacak dan dihormati...

tujuan saya menulis posting ini adalah untuk meraih simpati encik boss untuk meluluskan cuti ( tapi tak isi borang cuti pun- happedda..) pada esok hari.

ini adalah kerana masa semakin suntuk untuk saya menyiapkan tugasan saya.. sedari awal lagi saya sudah bertungkus lumus menyiapkan tugasan tersebut tetapi untuk menyempurnakan ia amatlah sukar akibat keringat saya telah dikerah menggalas tanggungjawab yang lain.

saya bukan sengaja membuat kerja secara last minute ataupun malas membuatnya awal2, tetapi saya sentiasa dihambat kesibukan dan dikejar keletihan ( cis. ni statement bela diri sudah basi... ) setelah melaksanakan tanggungjawab yang lain.

akan tetapi..., apakan daya jika atas kepentingan perkhidmatan, saya perlu bertugas untuk negara.

saya juga berbangga sekiranya saya diperlukan untuk bertugas pada esok hari kerana saya terperasan pula bahawa saya orang yang penting dalam mengutip hasil kerajaan. tanpa saya, kerja- kerja mengutip hasil kerajaan menjadi sedikit sukar. saya berjanji akan menjalankan kerja saya dengan penuh hemah dan sentiasa tersenyum dan ceria..

oleh itu saya membuat keputusan untuk bertugas juga pada esok hari... sob sob sob... :'( tetapi encik boss jangan pula buat- buat lupa. encik boss telah meluluskan permohonan saya untuk mengclaim off sebanyak 2jam 15 minit petang esok. yey.

ok sekarang kau diam. jangan nak berangan yang bukan2. pergi buat kerja. pastu tidor. esok pergi kerja okeh....

happedda.., sat rayu nak cuti. sat nak kerja..

Tuesday, 26 October 2010

MenGaDu PaDa bLoG

blog ini tempat mengadu. jadi saya mahu mengadu pada blog saya....
kisahnya macam ni...
saya berurusan dengan 1 wad ni..
tapi yang menghairan kan...
sorang staff ni sangat biadap...
mungkin mak dia tak ajar..
mungkin juga ajar tapi tak dengar..
mungkin juga tak pergi kursus nilai murni...
mungkin juga pergi kursus nilai murni tapi tidur..
ketika hari pertama saya ditugaskan di tempat ini, saya dah terima panggilan marah2 dari manusia tu..
kata partner saya " biasalah kak.., dia memang mcm tu.., buat tak tahu saja... kami selalu kena marah.. "
ok setelah beberapa kali kami memang buat tak tahu sahaja...
biasalah, mereka ini kadangkala kita buat silap, terus bising...
bila mereka silap, baru manis2kan suara...
kita tak pernah bising...
tapi hari ini...
sorry to say lah, saya memang keletihan jugak kan..
tapi jika tak keletihan pun, biasa lah jika manusia buat silap..
terlalu banyak tengok angka buat mata berpinar juga. nombor bil, nombor resit, amaun RM, nombor RN..., nombor ic..,
nak jadi cerita tersilap lah sikit no RN..
terus telefon dari wad dan tengking2..
kalau ya pun tak payah la tengking2 bukan...
cakap lah baik2..
kami pun manusia juga..
kalau jawatan awak tinggi sangat, tak perlu hormat orang bawah kah?
apa benarkah jika orang bawah buat silap, perlu nak tengking2..?
benda boleh setel, potong dengan pen, tulis semula.., benda boleh runding..
apa kau kecoh..
kau buat silap, tak pernah kami kecoh...
at least kami akan call, cakap baik2...
tak payah kau hempas2 telefon..
biadap kan?
ini kau nak buat census kau tak siap, kau call juga marah2 kami..
bila call nak tanya sesuatu saja pun tone suara dah macam kami ni buat salah langgar mati anak ayam dia..
dah banyak kali kena ni.
tak boleh maafkan lagi.
ini sudah melampau...
siap kau Zalina...
babab baru tau!!

Monday, 25 October 2010

KaSiHaN PaDaNya...

Faris tonton kartun pada pagi hujung minggu...
setelah saya pun letih dan bosan.. dan tahu anak saya itu pun bosan, maka kami keluar meronggeng sambil membeli belah...

Faris suka pandu kereta..
dan main macam2..
shot lagi satu...
dan saya juga suka dengan perkembangannya.. dulu masa Faris masih baby kecik, dia baring sebelah tu.., sekarang sudah jadi baby besar, boleh duduk macam ni dah =)
ewah coba- coba lepas tangan pula ya...
hoh, akhirnya tergolek tidur keletihan...

petangnya, Faris cuba menu ini..

roti cubit pisang...
sakit la pisang tu kena cubit..
bukan bukan...
namanya roti cubit dan pisang...
eh bukan juga..
roti dan pisang..
hah baru betul kan..
ok benda2 tu blend...
dan siap!!

gambar makan tak sempat nak snap. sebab dia makan sungguh2 berselera sampai kalau lambat nanti akan menggelupur. so takyah nak ambik2 gambar. suap jer sampai abeh. pastu basuh pinggan...


ok, saya start buat kerja, jadi Faris duduk dalam ni...

main cak- cak...
cak ibu.., cak Faris... =)

suka bergolek golek..


sambil main2...


sambil ibu buat sepah kat meja....


Faris terus bergolek dengan benda yang penuh serumah ni..


kerja tak siap lagi jadi tak boleh bebel banyak2 di sini...
babai...

Sunday, 24 October 2010

JaNgaN BiSiNg BoLeH ??

hari sudah Ahad.., esok sudah Isnin...

alangkah bagusnya jika tiba2 ada muncul satu hari lagi selepas hari Ahad dan sebelum hari Isnin. sebab apa tau? sebab assignment saya tak siap lagi. padan muka kau. banyak sangat kau main.. sekarang kau rasa..

kalau kau kerja sambil belajar, kau kena buat dua -dua. kalau kau rasa kau belajar, kau taknak kerja, kau masuk belajar full time. kalau kau taknak kerja tapi kau nak belajar.., haish sama la tu.. kalau kau taknak belajar kau nak kerja, kau kerja je diam diam jangan kau bising.. lepas tu, kalau kau pegi kerja kau bising belajar, memang orang marah. kalau kau nak belajar time kerja, kau belajar senyap. jangan sampai kerja tak buat.. jangan sampai kerja kau buat salah sana sini. nanti pun orang marah.

saya?

belajar kena kat rumah. sebab otak ni tak berapa bagus nak buat 2 benda berat pada satu masa.
tapiii....

kerja kena pergi.., assignment kena buat..

balik rumah macam macam benda kena buat..

bila masa nak buat assignment???
huargghhhhh....

gila sakit hati cari bahan tak dapat dapat. online dari 645 pagi sampai sekarang hah sudah hampir 12 jam, sekarang sudah 635 petang, apa pun tak berhasil... semua tak jumpa. untuk subjek apa tak boleh cerita kerana blog saya ini ada Prof saya yang jadi silent readers blog buruk saya ini. Ala Prof, takkan intai celah pintu jer kot.., jemput masuk meh... ehehe..., merepek bukan bukan nanti kantoi terus tak dapat A++. kalau tidak, jadi tahun lepas, saya kantoi posting INI..

masa kuliah intensif, tiba- tiba Dr. Z** ( takboleh tulis nama dia, nanti dia google jumpa pula, kantoi lagi...) tanya, "siapa punya blog tulis buat assignment saya? siapa sini sweetie Siti? "

cepat- cepat saya angkat tangan. masa dia tanya tu kelas tengah huru hara student baru terhegeh- hegeh cari tempat duduk. saya dapat seat depan. orang mengandung selalu diberi keutamaan kan.. ehehe..

cepat angkat tangan, cepat pula jatuhkan tangan..

student lain mengintai- intai tapi ramai yang tak perasankan saya. kihkihkih...

sempat lagi Dr. Z** mengulas posting saya itu. saya buat muka tak bersalah. supaya ribuan student tu tak dapat trace saya. berjaya sebab orang sebelah pun tanya, "siapa yaa??"
tentulah saya jawab, "entah..."

tak bleh jadi ni, kena pegi library ni.. tak buleh ke library mari sini? hadoi... e-library pun saya click dah berjuta kali pun asyik NO MATCHING RECORDS seseje........ lempang baru tahu..

Faris pula asyik huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu je dari tadi... ok ini tak boleh lempang..

kepala pusing tak terkira..

garu sana garu sini..

kerja tak siap lagi...

nak buat kerja, anak menangis pulaaaa..... apa pasai itu tak kena, ini tak kena, itu tak mahu, ini tak mahu...

dah kau jangan melalak kat sini. takde sapa nak layan. cepat kau cerita apa kau nak cerita...

tak boleh cerita. sebab dah pengsan pun.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

oi..., bangun bangun....

rilek rilek..., kau kalut memang kau takleh buat apa. apa benda pun nanti tak setel... cepat pegi tengok dalam memory card camera kau ada apa, pastu kau cerita. kau jangan buat2 pengsan kat sini... menyampah...

tak boleh cerita. sebab runsing tak siap kerja pastu Faris melalak...
sekarang kau tak payah buat apa.. pegi tengok anak kau menangis tu...

Saturday, 23 October 2010

iNi BuKaN TaJuK SeBeNaR : sLoW cOoKeR

Masyaallah..., minggu ini minggu paling mencabar bagi saya lah.. sebab apa ya? kerana beruk pakai riben saya ni sangat slow sehingga menyukarkan kerja- kerja saya. saya cuba download sidang video dari Portal saya, berkali2 tetapi gagal. dalam masa seminggu ini, baru satu setengah sesi kuliah dapat saya download.., selebihnya masih gagal. lalu, saya tak dapat berbuat apa2 minggu ini.. untuk update blog ini pula, jika mengupload gambar dari MF, langsung tak masuk2..., sehingga entry ini saya cuba melalui IE pula. itu pun hendak upload 3 gambar ini punyalah siksa. sehingga saya sudah tergolek2 baru teringat oh tadi tengah buat entry. sorry la makcik dah nyanyuk tetapi tidaklah bebal sehingga tanya soalan yang sama pada ramai orang dan berjuta2 kali pula. ahahahaha.... saya tak dapat trace apa masalah dia. sebab saya bukan pandai bab- bab internet ni. melingkup mungkin boleh..
sebenarnya nak buat satu entry yang panjang. tetapi sebab nak masuk gambar pun terhegeh2, lalu saya pun buatlah satu entry yang pendek. tajuk pun kena tukar jadi lain. ekekeke...

ini namanya slow cooker...
dihadiahkan oleh diri saya sendiri..., khas untuk anak saya. ehehe.. yalah saya yang guna, tetapi untuk dia.. kecil dan tidak mahal. tak mampu akak nak beli Noxxa yang nam ratus lebih tu dik non oiii... pertama kali guna saya rasa senang.. malam2 sebelum tidur, siapkan benda2 ni. masukkan dalam benda tu dan on switch..

kemudian sok paginya celik mata, boleh lihat ini...
( itu pun jika anda tidur tepi slow cooker, kalau tidak, anda perlu lihat benda lain dulu sebelum lihat slow cooker ) brokoli itu basuh bersih bersih jangan lupa selawat lalu letak sekejap dalam tu.., pegi bancuh coffee.. off switch.., pastu blend semuanya tadi..
siap!!
tabur ikan bilis blended dan ok boleh minum coffee yang dibancuh tadi sambil gelek dangdut..

best tak? tak payah kalut2 kan? pergi kerja pun tak letih.. boleh ronggeng lebih- lebih. ehehe..

Friday, 22 October 2010

GiGi KeCiLnYa...

hello readers...,
lama tak menulis. entah kenapa gambar tak boleh nak upload.. jom tgk gigi kecil Faris..
ada dua batang...

maka Isnin lepas, saya belikan ini untuknya...


hait...!! benda ini bukan kena gigit begini la Faris...

aiya budak ini...., sejak ada gigi, semua mahu gigit. bukan sahaja besi buai, malahan ibunya juga!!

Tuesday, 19 October 2010

JaLaN JaLaN CaRi MaiNaN..

Hello readers...,

lambat pulak update cerita sabtu ya.. nak tulis pun dah takde feel.., nak stori pun dah lupa.

saya cuba dudukkan Faris kat mainan ni..

pandai dah dia duduk dan pegang kuat.. =)
gembiranya saya rasa.. hihik..

mainan yang ditunggang itu berpusing pusing dan bergerak naik turun.. tapi Faris duduk dengan cool sekali.. ehehe...
ibunya ikut saja pusing keliling..

kemudian Faris pula pandu ini =)

bawa rabbit naik bas..


comel kan? ( perkh.., ibu perasan mengatakan anak sendiri comel )

dapat stereng...

drift Faris.., jgn tak drift... Tesco Drift.., bukan Tokyo Drift okeh...

papa nak tumpang bas faris.., tapi Faris pandang kerek..

sebab papa tak bayar tambang.. huh..

dan kali ke dua saya dudukkan Faris di kerusi lagi... yey.... =)


saya teruja bawa dia main :D

rupanya anak saya dah besar..

boleh duduk di mainan pusing..., dan berdiri sendiri dgn kuat bawa bas.. ehehehe..


Wednesday, 13 October 2010

CaRa CePaT BuaT BuBuR NaSi aNaK..

Hello readers...
jam sudah 12 tgh malam.., rabu telah 23 minit berlalu. pantas bukan? baru saja saya buat posting GeDiK RaBu.. - malas nak paste link.., sila scroll lihat bawah ya :) hehe.. thanks..

ok pedek citer... dah lewat malam nak bebel byk2..

sebenarnya beberapa hari lepas intai2 slow cooker... tapi tgh mengintai tu, tiba tiba teringat tentang satu cara memasak bubur nasi dengan cepat.. 5- 10 minit saja !! maaf, saya tak ingat dari mana saya baca.., dari forum kah..., atau dari blog kerana masa baca tu saya sedang mengandung.. maka.., Selasa malam Rabu tempoh hari, saya cuba buat...

begini caranya,

basuh beras ( kuantiti ikut suka - sebaiknya buat stok lah ) bersih2, jangan lupa selawat....

toskan air dan goreng kering beras tersebut hingga jadi begini...


kemudian.., blend kering ya puan puan....



hingga jadi begini...


ok, siap! simpan dalam bekas kedap udara... =)

esok paginya..., ambil beras blended ( mengikut kuantiti yang dikehendaki ) tersebut, lalu rebus seperti biasa... kuantiti kedua dua bahan tersebut hendaklah mengikut logik.. sebab saya pun main hentam jer.. agak2 boleh terebus beras tu.. tetapi tidaklah air itu sebanyak buat bubur nasi secara biasa..

prosesnya adalah kelihatan seperti rajah berikut :


hoit.., ni bukan rajah la.., ni gambar...

ok ok.., sambung...,

10 minit kemudian ( mengikut tahap kekuatan api ).., bubur nasi anda telah pun siap dan berupa begini....tak payah blend sebab memang dah halus..

dan jangan lupa....
tambah la apa2 yang patut sebagai menu anak- anak anda...

ini menu Faris pada pagi Rabu...

siap !! yeayyy... !!!!

thanks to my dear buddy, Yaati Nor ( thanks bebe coz willing to share n care ) kerana meniggalkan comment di previos posting saya tentang buat bubur nasi cara cepat yang sama ini.. saya buat malam kelmarin dan pagi semalam.., tetapi postingnya saya approved dah malam ( dah siap buat )... maksudnya ibu- ibu yang lain tahu lah, cuma saya saja tak berapa tahu.. ehehe..., tapi saya nak share jugak di sini ya puan puan...

good luck =)

sharing is caring..


FaRiS MaKaN- MaKaN LaGi

Hello readers..,
sebab dah jadi blog mom's stories ni, kita cerita pasal anak lagi ya.. :)

macam biasa, saya publish menu petang anak saya...

semalam, rezekinya ialah ini..


nestum madu dan buah kiwi...

Kiwi kaya dengan nutrien yang membantu mencegah penyakit ( insyaallah.. ) dan memberi tenaga. Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain.


mula- mula disuap dengan menu ini, Faris buat begini...
ayarkk...!!! masam.. :D ahahaha....

tapi dia sambung makan :)
tambahan pula nanny nya datang berkunjung dan tolong suapnya..
Nanny dan Tok Wan memang sayang Faris lah..
ni yang jeles ni.. huh..

Monday, 11 October 2010

FaRis DuDuK DaN MakaN- MaKaN..

hello readers...

semalam saya teruja dudukkan anak saya atas kerusi makan..
hehe..

tapi perlu letak bantal.. sebab takut nanti tersembam pula lalu terjunam... ha.. siapa nak jawab kau..

jom layan Faris kehairanan duduk di kerusi

LOKASI : PIZZA HUT TAIPING
TARIKH : 11 OKTOBER 2010

JAM : 710 PM ( cayang bucuk buka puasa )


apa ni? apa ni??
aiseh.., ibu ni letak bantal pulak.. tak macho la.. huh...


oh..., ini kerusi...., empuk nya..., wah... ada pemegang....

uiks..., tingginya... ibu.. tolongggg.....
belakang ni ada apa ???
tapi Faris tak makan Pizza.., Faris makan ni...nestum + kurma..

dan makan dengan berselera..

huiks, comot...!! meh ibu lap mulut...

minum air...
kat sini saya tak beri minum ikut cawan.., takut nanti comot :p

meh layan makanan... paste gambo pizza tak best.. so, meh tgk bende alah yg mengiurkan ni... slurppp...

dan semuanya habis....
siapa makan?
jawapannya : Papa Faris :D

ok sebut pasal makanan...,

ini adalah beberapa jenis makanan Faris dua tiga hari yang lalu...

Faris suka ini....
Nestum + watermelon...

" Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit. "

dan paling suka ini.....
kentang dan carrot lenyek....

saya gembira anak saya makan banyak!!!