Tuesday, 8 March 2011

FaRis 1 TaHuN

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Ahmad Faris Iman..
Allah selamatkan kamu...

6 Mac 2011
Faris sudah 1 tahun usianya..
 
dari Ahad 5 Mac itu lagi, kami suami isteri asyik tengok jam dan gelak2 teringat peristiwa tahun lepas. waktu bersalinkan Faris. hehe..
tapi tu tahun lepas la.. ni dah lepas setahun ( apa cakap terbalik terbalik ni..), Faris dah besar macam- macam buleh buat..

dulu masa baby kalau letak situ, situ la dia duduk.., 
sekarang.., letak situ, kejap sana.., sana.., sana.., lepas tu sana pulak..
hah ni.., siap berebut2 menu dgn papa dia nak order macam dia tu buleh makan pelbagai jenis makanan.

nah ladybird untuk Faris.
sembelih mata ladybird..
lepas upacara makan makan, kami bawa Faris jalan- jalan..
wah eksyen tu, takmo dukung.., nak jalan sendiri okeh..
 gambar simbolik anak berjalan sambil tayang saya dapat pakai jeans zaman anak dara dulu. ala, zaman papa Faris duk mengorat pewwwit pewwwit dulu tu... ahahahah.... :D 
poyo. dah setahun baru dapat pakai. tu pun nak belagak.

" bukan stakat jalan saja, pandu kereta pun dah buleh la ibu... "
actually, tu hadiah birthday dia. mulanya dia takut dengan benda alah tu. suka jugak saya usik dia dgn kenderaan tu. hihihih..
tapi petang tu tak takut pulak. ekyen semacam saja duduk atas tu..
ibu naik pulak buleh?
apa? tak buleh? terlebih kilo? sedihnya.. :'(
ops, ini pulak advanced 1st birthday cake..
saya demam, batuk dan selesema.
Faris pula selesema. 
ini pun dah Slasa pagi duk srot sret lagi idungnya..

apa pun, Selamat Hari Jadi, Ahmad Faris Iman...
semoga jadi seperti nama yang dipilih..
semoga jadi anak yang soleh..
jadi bijak pandai..
hormat orang tua..
jadi manusia yang berguna..
jadi yang baik- baik hendaknya..
insyallah...

semua orang sayang Ahmad Faris Iman..
kan kan kan??

woih woih.., takleh citer banyak la.. sori.. dah 6 pagi.
zasss....

Monday, 28 February 2011

KaMi DuDuK RuMaH

ini bukan preview citer Kak Limah Balik Rumah tapi ni citer kami sekeluarga duduk rumah minggu ini... Papa Faris balik minggu ini tapi kami malas nak pegi mana2..

budak ini bangun pagi.., gosok gigi sendiri..

  sampai berbuih- buih air liur...

kami lepak sambil tengok anak kecil ini jalan sana sini..

 kemudian kami suami isteri brekpes roti saja..

 faris pun brekpes roti dgn peanut butter...
 

sambil mata tengok merata- rata. rancang aktiviti seterusnya.. 

makan roti bintang

kemudian kami pegi beriadah sekejap pegi swimming2 kat pool..

 kali ni papa teman pulak. ari tu kami berdua saja..
bila dengan papa lagi best mcm2 aksi renang ada..



balik si kecik tu terus tido. letih la tu...
bangunnya kena paksa baca buku...
 
 sambil ibu dia calling2 McD.., minta dihantar lunch.., dah 3pm pun..
skali McD cakap " kami dah tak buat penghantaran ke kawasan puan.. "
meloncat la saya..., apehal taknak hantar pulak ni..? katanya nak menjaga kualiti penghantaran. sebab itu lingkungan kawasan penghantaran dia dalam 2-5 minit saja. mcm hampeh tak? kalau ikut rumah saya dgn McD tu 3 minit pun buleh sampai. sebelum2 ni boleh je hantar.... 
cayang bucuk saya cakap " jom la kita pegi beli..."
ah taknak!
oh kau dah kaya kau eksyen ya McD..
ok takpe..., saya pun merajuk taknak lagi bagi rezeki keuntungan pada kau McD Taiping.. kau pun tak heran duit aku sposen dua, aku pun tak heran nak foods kau.. byk lagi foods yang best2 boleh makan.. pigirah! 

so saya pun dukung si kecil ini teman saya masak kat dapur. bg dia main apa yang patut..

sambil mengkaji hukum graviti bumi...
 sambil dengar emaknya melagukan zikir untuknya..
tadi baek punya dapat dosa menyumpah seranah McD sorang2, semoga zikir dapat menyejukkan hati.. =D

ok siap nasi udang carrot untuk Faris


 nasi goreng kampung..
 dan ayam goreng kunyit..

buat nasik goreng je lah. sebab nasik banyak lagi yang masak malam tadi.. 
cayang bucuk cakap " wah ni lagi sedap dari kedai ni.. "
saya pun tersipu- sipu..

peh sejak bila pandai tersipu. selalunya bukan main takbur!

Friday, 18 February 2011

NaK SeRiBu DaYa

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. 

saya sedang lihat perkembangan anak saya. sekarang sudah pandai tatih sendiri... saya gembira tak terperi. 
dulu dia tatih, kami kena berdirikan dia. tapi dalam minggu ini, kaki dia dah kuat untuk bangun 'up' sendiri.
tetapi perkembangan anak- anak ini tidak sama. usah lah risau jika anak- anak enggan buat apa yang anda ingin dab belum pandai lagi seperti yang anda harap.

saya banyak lihat bayi pandai pegang botol sendiri. tetapi faris sehingga usia 9 bulan, masih enggan pegang botol sendiri. kata bonda saya, " kakak ni bagi dia botol besar sangat..."
mungkin la.. 
lagipun dia memang minum banyak kadang- kadang hingga 9 oz, sudah tentu mengakibatkan botol itu berat..
tapi sebenarnya saya beri dia botol kecil pun dia tak pegang..
dia suka kain. waktu minum susu dia akan pegang kain. biasanya saya bagi kan lampin. syok habeh dia gulung- gulung kain tu. mungkin ikut saya waktu kecik dulu. saya dulu ada tuala good morning tu. buleh buat bucu2 pastu bagi masuk celah2 kuku. giler best... sampai skg pun kalau ada bucu kain yang tajam2 mcm bucu kain batik tu, perkhhh... mmg layaaaannnnn.... hohohohhh..
jika saya tak beri faris kain, tangan dia akan merewang pegang hidung saya.., itu pegang.. selalu juga dia tolong korek hidung saya. ehehe.., kadang2 korek mata saya..., pegang pipi.. cucuk sana sini... so, dia memang tak akan pegang botol.
tapi tak apa..
saya pegang untuknya...
kemudian, saya bercadang mahu ajar dia pegang sendiri. saya beli tangkai hijau itu untuk extend pada botol dia. 
cubaan pertama waktu dia 6 atau 7 bulan tu gagal. dia masih enggan pegang. cepat- cepat dia tarik tangan.
baru- baru ini, saya cuba sekali lagi. ada sikit kejayaan la. cuma kalau dia mengantuk sangat tu, samada nak tido atau terjaga tengah malam dia memang nak pegang kain.. 
tapi tak mengapa kerana sekurang- kurangnya dia cuba. 

mula- mula saya beri dia cuba dengan air yang dia suka..
tengok tu.., dia pegang kan...?

 kemudian saya bagi susu pula..
skarang dah boleh pegang sambil minum susu. tapi itu pun banyak main juga. dipusing- pusing botol tu buat seperti stereng kereta..
anak pandai pegang botol pun saya gembira amat. ehehe.. yalah sebab itu usaha dia.. 
paling gembira bila mula- mula dia pandai ketawa.. terkekeh kekeh...
kemudian meniarap..,
kemudian pandai merangkak dan duduk..,
kemudian tumbuh gigi..
pandai tepuk amai- amai pun saya gembira..
pandai cak cekur udang gamit pun gembira juga..
pandai buat mata pun gembira..
mula- mula dia pandai panjat tangga tu, gembira juga..
apatah lagi dia cuba tatih, lagi la gembira...

pendek kata, seorang ibu memang gembira tengok anak dia. walaupun anak dia masih jauh belum pandai dari anak orang lain. nanti lama- lama pandai la... kan kan kan...

tengok dia belajrt tatih, banyak kali jatuh. dan dia bangun lagi... dia akan berenti bila dia letih atau ada iklan best kat tv. zasss..!! ok itu tak boleh cantas tv. bagi saja dia tengok...
begitu juga waktu dia nak naik tangga saya tak benarkan. dia akan pergi berkali- kali.., sampai saya kena sogok tengok kartun atau beri mainan.
bonda saya kata.., kanak- kanak ni kuat semangat. lagipun anak saya itu lelaki. badan dia juga kuat. 
sebenarnya kita dulu pun begitu. masa kecil belajar tatih terkengkang kengkang hingga sekarang buleh catwalk.. tapi kenapa banyak alasan untuk tidak mahu buat sesuatu?
saya runsing dengar alasan..
" ala.., saya tak dapat pergi la, tak ada orang jaga anak..." 
sedangkan benda yang nak disuruh pegi tu panjang lagi masanya.. apa kau tak boleh ikhtiar ke? bukan orang suruh kau sekarang- sekarang juga..!

" ala kak..., tak larat la.., saya mengandung ni.., " 
 lorh.., orang suruh duduk tulis saja. bukan disuruh kau mendaki gunung.

" isk.., tak boleh la beli ubat tu.., mahal.., tak mampu, duit tak ada.."
kau simpan la sikit demi sikit. kau kan kerja. lagipun itu ubat., bukan suruh kau beli DVD player untuk bagi kau tengok CD cetak rompak Hantu Kak Limah Balik Kampung pastu kau ketawa besar- besar..
 ( ape aku melalut ni )

" saya tak boleh pergi la meeting tu, kerja saya bertimbun.. " 
lepas tu kau cuti panjang. kata kerja bertimbun? ataupun kau cakap kerja kau bertimbun kerana kau baru pulang bercuti panjang.. 

kemuudian alasan- alasan kau tu, menyusahkan orang. ibarat kau ini backstabber bermuka suci la. kau bagi alasan bagi orang simpati. kemudian orang tanggung susah sebab kau tak mahu usaha. orang pula yang kena tempias kau... bukankah tak baik begitu..?

 saya sedang ingatkan diri sendiri supaya tak buat begitu. saya akan cuba sedaya upaya. jom kita sama- sama cuba..

 dan lagi..
bila kau banyak sgt bagi alasan.., asyik kau saja tak kena.., orang lain pun akan turut sama bagi alasan bagi mengelakkan diri sendiri saja yang asyik kena..
kemudian perkara tu tak selesai..
sama- sama la tolak ansur...
jangan la pentingkan diri sendiri.
kalau kau rasa kau susah, kau kena pikir susah orang mcm mana..

seperti pagi tadi.., aku hon panjang satu Mercedez Benz keluar simpang mcm penyangak.. nasib baik aku pantas memberek... 
ape kau ingat kau si besar atau bawak kereta besar kau buleh buat sukati kat si kecil yang memandu kereta kecil? 

life is all about the rule...
nak seribu daya...
 

Sunday, 13 February 2011

WisH Me LuCk..

sepanjang minggu ini saya cuba muat naik gambar di blogger ini. tapi gagal. sampai saya pun dah naik menyampah. ok la sejak kebelakangan ni mcm banyak benda nak dimenyampahkan... tengok perangai manusia ni mengarut ngarut sahaja..  tapi lantakla. mereka yang buat hal sesama sendiri. saya tengok sahaja, tak kuasa nak campo tangan. lagipun orang orang jenis begitu tak suka kita sibuk2 hal mereka. kes perasan lagi la melampaui batas.. ehehe.., tak apa. itu drama kehidupan. kan kan kan... kalau taknak tengok, pejam mata. kalau nak tengok, jika kelakar, kita gelak okeeehhh...

sudah masuk bulan dua. rupanya sudah sebulan lebih cayang bucuk saya tu tinggal di asrama. Faris pula macam2 ceritanya.. 

cuti CNY tempoh hari, papanya pulang...
selain aktiviti makan besar sambil gelak besar- besar bersama keluarga..,




kami juga bawa si kecik tu mandi sungai di Lata Tebing Tinggi.




 sehingga dia sejuk..

sebelum itu pengalaman meredah pasar pagi Sungai Bayor boleh menyebabkan peluh ketiak menitik nitik laju... cuti kan.., ramai juga orang Selama ya..

hari Khamis lepas, saya tengok dia panjat sendiri masuk dalam walker. kemudian keluar sendiri semula.

.. haisss... memang tak duduk diam lah..

selain Faris ada banyak kepandaian baru, saya juga boleh menjadi "perkara- perkara" baru. perkara- perkara yang terjadi itu ialah menari seperti Justin Bieber... menari sambill nyanyilah kan.. keh keh keh...,

My first love broke my heart for the first time,
And I was like
Baby, baby, baby ohhh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine,mine.. 

ha sampai part Ludacris tu,

When I was 13, I had my first love,
There was nobody that compared to my baby,
And nobody came between us or could ever come above
She had me goin crazy, 
Oh I was starstruck,
She woke me up daily,
Don't need no Starbucks..

kalau saya buat... nanti dia akan buat muka pelik.. ehehe.. pas habis part tu baru gelak2 smula..
aiya.., baby pun buleh suka song Baby ini kan..?


ops sebenarnya saya bukan sahaja boleh menari seperti Justin Bieber.., malah Justin Timberlake pun buleh.. bukan sahaja buleh jadi Wonder Girl, malah Wonder Pet pun buleh... ha lihat.. betapa gigih saya menghiburkan dia. tak tahu la dia ketawa sebab kelakar dan fikir ibu kelihatan comel atau ibu kelihatan seperti monkey yang comel.

tak apa.. ibu Faris mmg cool..
anda pula bagaimana?

rabu dan khamis lepas.., kami dua beranak pergi bercoti... =)

 menghabiskan voucher cabutan bertuah tempoh hari.
hadiah dari Jabatan Oftalmologi Hospital Taiping untuk saya ke Taiping Golf Resort. 
lot of thanks to both of them..
papa tak ikut. sebab papa ada di skolah..
Faris saya bagi mandi swimming pool..



bukan main suka lagi.. 
bayi boleh berenang sendiri kan. ada masanya saya lepas dia merenang.. buat kaki macam frog..
papa tengok 3g saja sambil menjerit- jerit.. ehehehe..

oh ya..
sehingga hujung bulan Februari ini sahaja saya akan tamatkan perkhidmatan saya di Unit Hasil. dan akan masuk ke Unit Kewangan pula mulai 1 Mac 2011. so bye bye Unit Hasil... since 2006 saya kerja di kaunter. front desk memang best. saya memang otai kaunter dan saya suka jumpa orang ramai- ramai. biasa la kena maki hamun kan kan kan.. kadang- kadang tension. boleh buat naik darah dan mengerutkan muka hingga petang tapi selalunya saya suka.. kerana jika setiap hari saya jumpa seratus orang, sebualan tu skali nak kena marah pun belum tentu.
kerja dengan paramedik memang best...  mereka memang great!

saya berbesar hati dan gembira kerana diberi peluang. saya akan cuba sehabis baik untuk mulakan tugas yang baru ini. saya difahamkan akan buat on call claim doctors dan bayaran elaun pindah.. lain2 saya belum tahu lagi.. 
 wish me luck untuk itu..

dan
final exam pun makin dekat.. 
bau nya semakin kuat..
meja study pula habuk dah tak melekat..
dan buku- buku pula dah diangkat.

wish me luck untuk ini juga..

terima kasih banyak....

Thursday, 3 February 2011

PaPa GoeS To ScHooL

Assalamualaikum... lama anda tidak lihat saya bukan? ok untuk perenggan pertama ini saya tempek muka saya ya.. ehehehe... ceh. perasan pula orang teringin lihat saya. tak apa lah...
nah. tengok juga :D terpaksa.


lama sungguh tak bebel2 kat sini. ini adalah kerana :
1. tak ada masa
2. leka di facebook
3. bila ada masa, internet pula slow
4. bila dah lama tak update, byk cerita sangat sampai tak tahu nak update yang mana..

ok korek2 folder picture.., jumpa picture ni..
mari saya cerita tentangnya ya..
ok itu Faris sedang dicium papa. 1 Junuari 2011, papa kami tinggalkan di Kolej Pembantu Pegawai Perubatan Ulu Kinta untuk belajar di sana diam- diam selama 3 tahun.
oleh itu, saya akan menjaga Faris dengan dibantu oleh bonda dan ayahanda saya..
oh terima kasih pada keduanya. jasa kalian tak dapat saya balas. sudahlah masa saya kecil pun jaga saya. masa saya tua pun kena jaga saya dan cucu pula.. huaaaa.... sesudah subuh mereka bertolak dari Kamunting ke Selama untuk bekerja pula..

saya pula setiap pagi akan menjadi macam kartun siapkan anakanda saya itu.
hari pertamanya tanpa papa waktu pagi telah menyebabkan dia melalak dengan kuat ketika diletak dalam baby seat. sebelum ini selalunya saya pegang, jarang sekali letak dalam seat. sebab bila nak ikat dia dalam baby seat itu, akan memakan masa dan boleh menyebabkan risiko lambat punch kad ke tempat kerja pula. oleh kerana pagi itu kena letak juga dan diikat dengan belt.. adoyai melalak pula... kasihan dia..

pagi hari ke dua pula, waktu saya sedang loading barang dalam kereta, tiba2 anakanda saya terkeluar dari rumah dan merangkak di garaj! grill saya tak tutup dengan baik. terperanjat saya.., ingatkan kucing besar.. ahahaha..
muka girang sambil merangkak laju2 manakala ibunya muka gabra pergi menerpa. waktu angkatnya, adoihhh.., sudah siap mandi hensem2, lutut seluar dan tapak tangan usah dicerita.. ahahaha... dan pagi itu pun melalak juga ketika letak dalam seat.. haissss....

ok selepas itu, setiap pagi Faris di dalam seat keretanya adalah aman dan baik.. Alhamdulillah. Faris memang baik. Cayalah..

dan pada 13 Januari pula...
waktu Faris dalam seat dan saya sedang memandu, saya dail papanya dan beri telefon bimbit padanya. sambil kunyah2 telefon itu dan sambil papa dia cakap tanpa dia balas hek atau huk..., saya teruskan perjalanan ke rumah pengasuhnya. lepas talian putus ( tak tahu samada papa yang letak atau Faris yang tekan ), tiba2 pulak Faris melalak dengan muka sedih... sedih pula papa dia dah tak ada dalam telefon.
alorh...., sangat kasihan padanya..
nangis sorang2 dalam seat.. saya pula tak dapat angkat dan pujuk...

kemudiannya ada pula kisah Faris demam. huru hara juga  lah saya.. terus EL tak pergi kerja..

berbalik pada kisah gambar pertama tadi.., kepulangan papa minggu ke dua tu, kami pergi Zoo Taiping..


antara reaksi mukanya..




ini muka seronok ketika dapat makan sambil tengok haiwan..

sebenarnya Faris belum pandai tengok haiwan- haiwan... 
"tengok budak2 yang berlari sambil menjerit lebih best la ibu...," katanya.


sebenarnya ketika saya pulang dari USM tempoh hari, gigi Faris sudah naik 4 batang yang di atas.., sekarang gigi sudah berjumlah 6 batang dan boleh gigit apa saja termasuk gigit stereng kereta ibu sampai berlubang.

pada1 januari tempoh hari, baru saya perasan yang Faris sudah pandai minum guna straw.. kadang - kadang dia suka, tapi kadang - kadang lepas sedut air tu, dia akan spray balik... bussshhh...., nasib la siapa yang kena... ( gambar tak ada kerana waktu minum itu saya perlu pantau )

ok aktiviti Faris bersama ibu adalah sangat bosan iaitu ibu akan suruh baca buku dan baca kad- kad..
sebabnya ibu tak larat nak timang tinggi- tinggi macam papa timang dia. lalu bila Faris pun bosan, tangga mula menjadi sesuatu yang menarik...
 bila ibu pun dah tak larat ikut dia naik tangga dan dukungnya turun, ibu akan bagi dia tengok kartun sampai dia pun bosan semula...

..lalu..
ibu pun terpeleot !

sekian terima kasih..