Sunday, 3 July 2011

Saturday, 2 July 2011

PoSTiNG MaKaN

giler best tak pergi kerja 3 hari..
mintak tolong 2 jam taknak tolong..,
terpaksa la ganti aku 3 hari..
ngeh ngeh ngeh...

duk umah layan anak lagi bagus..
makan muffin beso..

si Faris ni pulak, time cuti- cuti ni mengada2 sikit. taknak makan yang biasa- biasa.. nak makan yang luar biasa..
ok kita try ni ya..

ayam goreng di blend dengan brokoli mentah.. letak air untuk buat kuah..


 hidangkan dengan nasi lembut dan ikan bilis blended...

agak- agak kalau kita makan macam ni..
boleh kurus tak?

Thursday, 30 June 2011

KeCeWa~~

Hari Selasa adalah hari paling kecewa...
merujuk kepada posting INI.., ya itu entry pertama betapa saya kecewa... ( kalau kau terkapai2 tak tahu, kau baca dulu supaya kau tak hilang arah, kemudian tak paham.. )


ok..
saya telah cuba sebaik mungkin. tapi makin lama saya semakin dibuli. oleh....??? entah..., mari saya cerita.. kalau kau menyampah, sila berambus dari blog ini..

kalau kau datang hospital, apa yang paling kau menyampah tapi kau terpaksa buat? 
TUNGGU..
kan?
terutama time registration....

then, kau menyampah bila minah kat kaunter pendaftaran hospital muka tak lawa tapi coba- coba buat muka manis senyum lawa tapi bagi kau ayat macam loser, lagi kau menyampah...
" encik duduk dulu, nanti sampai giliran, saya panggil..."

lepas kau dah berapi bontot, kau dah tak boleh sabar, kau pegi lagi tengok muka minah pendaftaran tu.., ape la minah ni buat, terhegeh- hegeh.., satu- satu...turn kau dari tadi tak sampai- sampai lagi...
time tu muka minah tu dah tukar ijau.., bukan macam hulk, tapi dah macam shrek.. agak- agak, kau nak sergah tak minah tu suh dia laju sikit buat kerja..???

 dah nama hospital.
sape yang tak tahu betapa kena tunggu lama..
terutama time nak daftar..
kau tahu kenapa??

1. sebab staff kat pendaftaran tu sibuk nak kilat kuku, " encik, sekejap ya..., 3 jari je lagi.., dah nak habis ni.., encik duduk dulu, nanti siap kuku saya, saya panggil.."
2. sebab staff kat pendaftaran tu sibuk bagi ayat jiwang karat ayat boyfrend kat telefon.. " puan duduk dulu ya, saya tengah telefon boyfriend saya ni. nak ingatkan beliau booking tiket wayang 3,2,1 Cinta..."
3. sebab staff kat pendaftaran tu sibuk salin resepi ciskek.. " alamak cik, duduk dulu boleh tak..? lagi 2 baris je nak habis ni... plishhhh...."
4. sebab staff kat pendaftaran tu sibuk jadi panglipurlara buat cerita dongeng dgn staff sorang lagi kat sebelah dia tu.. " kau nak tahu siti...., jiran sebelah rumah aku tu...., bela rimau..., er, encik.., tolong duduk dulu sekejap, saya nak cerita sampai habeh dulu. cerita hot takleh simpan lelama. nanti dah tak chill.."
5. sebab staff kat pendaftaran tu sibuk jahit manik labuci kat baju raya... " puan puan...., tunggu sekejap ya.., sketul je lagi...sikit lagi... sikit lagii... ok ok... haaa... dah... eh.. senget la pulak..., puan duduk dulu lah.. "

kalau macam tu punya kes, kau lastik tak minah kat pendaftaran tu?
haruslah...
kan kan kan...??

tapi,
kalau dalam masa 1 jam 45 minit..,
SEORANG staff pendaftaran tu kena setel 54 orang mendaftar masuk out patient dan 25 orang daftar keluar in patient...
kau rasa macam mana..

ok mari kita buat simple mathemathic..
seorang daftar masuk, paling kurang 2 minit kau boleh speed.

ok darab! 
daftar masuk out patient
2 minit darab 54 orang = 108 minit
daftar keluar in patient
25 orang darab 13 minit = 325 minit

daftar masuk + daftar keluar = 433 minit

sedangkan kau cuma ada masa 105 minit........????

kalau kau jadi minah pendaftaran tu, caneee...??
gelabah?
pengsan?
sawan?
meroyan??

pastu kau kena maki hamun dengan orang kat depan kau..
lembab
tehegeh- hegeh...
slow mcm siput....

pastu kau tahu tak perkataan " tak boleh belah '??
hoi, time tu dah bley pakai perkataan tu..
perkataan yang kau boleh pakai ialah...
"angkat beg, belah..."
pahammm????

pastu malam, kau tido mengigau...
esok..., kau tak payah pegi tengok kaunter tu lagi..

kau pegi buat aktiviti ni...


pastu, lusa pun kau tak payah tengok jugak kaunter tu...
kau pegi chill dgn anak teruna kau..


tulat pun....
kau tak payah tengok kaunter kau tu jugak...
kau pegi dating lagi bagus...

kau tahu sape minah kat pendaftaran tu ?
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU LA...


pening ke?
aku pun pening jugak..

Saturday, 25 June 2011

CiNTa Di uSm

Sabtu.
hari bersenang lenang berenang di rumah. 
sudah sebulan kena buli teruk kat tempat kerja. sangat stress tidak terperi. 
malas nak cerita la hoi. last posting dah mentulis panjang- panjang...
pastu ada sikit sewel...keh keh keh... sape kerek memang gua bambu tanpa belas kasihan..

warning : takjuk tak ada kena mengena dengan cerita.
kau jangan saspen baca sampai bulat bulat mata..

aktiviti penuh dengan mendapat result exam tahun ke dua. ni pun malas nak cerita. bukan cemerlang pun saya nak berlagak kat sini. ehehe.. ok tak apa. ada lagi 2 tahun untuk berjaya dengan bergaya. tahun pertama, sibuk sarat hamil dan bersalin.. tahun ke dua pula tergedik- gedik gelabah menjaga anak seorang diri. hambik kau... dulu mak kau suruh belajar kau main. skarang kau rasa. padan muka. tahun ke tiga ini, sang anak sudah pun besar dan makin senang dijaga. semoga dipermudahkan urusan lah hendaknya...

borang ini...


telah pun selamat dipulangkan ke USM. 
takut lah sebenarnya.. :'(
3rd year...
lagi tinggi lagi gua gayat beb!

hoiiiiiiiii...
taknak pikir lagi lah.
kecut perut gua!

ok
mari cerita tentang bayi saya pula yang dah tak berapa nak bayi..
papa dia sangat sayang dia..
so bila papa ada memang berkepit saja berdua..

gua jeles okeh..
huh..

sedang menerima gigi ke sembilan dan kesepuluh.
sedang juga cuba bercakap.. keluar bunyi jampi serapah.. saya akui saja... peramah juga dia. 
berat pada 6 Jun 2011 ialah 10.7kg. saya memang tak mampu dukung lama.. tapi dukung juga. anak kannn... berat saya sekarang pun, entah- entah mama saya pun nak dukung saya juga..

menari pun hebat...
tu tiru perangai mak dia.

makan...??
oh saya minta maaf pada peminat makanan bayi. ramai juga yang bertanya, mana lagi posting makanan bayi..
mengejar masa. tak sempat saya snap- snap picture.. lepas godek- godek memori kad, saya jumpa dua ini sahaja..


bubur ikan sailormoon....

 sebenarnya salmon.

bubur biasa. ditabur dengan ikan bilis blended dan ikan saillormoon yang digoreng dengan olive oil.

dan ini.., bubur dengan ayam goreng dan brokoli...


kadang kala saya beri juga Faris makan satu- satunya batuan yang dimakan oleh manusia iaitu garam. tapi Faris tak suka garam. jika diberi dengan ikan bilis blended, selera dia bukan main besar, makan buka mulut besar- besar..., ketawa besar- besar..., jika tak kena gaya boleh mendatangkan pergaduhan besar...

pengakuan : saya pengikut Dewa Cinta TV3 7pm. 
~ takde sape tanya laaaa ~
saje nak beritahu :D

maaf..
menulis tanpa arah.

Monday, 6 June 2011

BeNCi

lama tak menulis bukan...
budak ini...

...sedang berehat sepenuhnya...
lepas habis exam..., saya hanya melepak lepak...
malas nak mebebel bebel...

ok 
hari ini angin saya tidak berapa baik, jadi mari kita dengar saya membebel...

saya sendang berada di cocpit yang memerlukan dua orang mengendalikan jentera canggih ini..
saya lihat kiri kanan.., cuma saya seorang....

mengapa ya?
entah...
mungkin mereka sangka saya seorang yang sangat cekap untuk mengendalikan jentera canggih ini..
atau mungkin mereka sangka perjalanan saya bersama jentera ini lurus dan tidak berliku liku..
atau mungkin mereka tahu bahawasanya saya akan menempuh perjalanan jauh yang mencabar tapi mereka pura- pura tidak mengerti dan sedang memadankan muka saya... hahahahah..

ok tak apa..
semoga karma mereka semanis kurma kerana jika diizinkan Allah..., suatu hari nanti mereka semua akan rasa bahagiannya...
semoga mereka akan rasa teruja dan poyo seperti mana mat rempit dapat helmet ARC atau mat kereta dapat seat Recaro...
huh...


Sunday, 24 April 2011

PuLanG Ke PanGKaL JaLaN

Assalamualaikum..
ok ini waktu perjalanan pulang saya dari USM ke Taiping...
hujan lebat..
sedang saya memandu dalam keadaan mengantuk...

semua adalah sebab dan akibat empat hari tidurnya cuma dua jam sehari...
sebenarnya jika boleh nak pulang menaiki roket agar cepat sampai..
tapi tak punya wang sewa roket..
apatah lagi beli...


sabtu dan ahad ini...
saya jadi suri rumah sepenuh masa..
kerja- kerja memasak tak ada..
sebab sibuk kemas kain baju - basuh, sidai dan lipat..
cuma masak untuk sang anak itu sahaja..

dan sungguh lama tak lakukan ini.. ya... lama benar rasanya.. hahahha...


Khamis depan ada lagi satu paper.. Rabu nya saya akan kembali ke Desasiswa.. sama juga.., sang anak diberi percutian dua hari satu malam di rumah baby sitternya lagi.. oleh itu, adalah wajar saya bawa dia jalan- jalan di tempat yang berhampiran...

itu mengamuk tak mahu turun dari keretapi mainan... buat keras- keras badan yang saya beri nama PENGSAN!

full story tetang exam akan diupdate setelah complete semua paper..
Insyaallah...

sementara itu.., keja kena pergi T__T

Saturday, 9 April 2011

i'LL Be LeaViNG FaRiS FoR TwO WeeKs

 mulai semalam saya sudah pun bercuti dan dah pun bye bye Hospital Taiping for coming two weeks. sementara ni takde la dah nak gaduh- gaduh ngan pak guard yang gemar sangat meniup wisel secara sadis itu. jugak maaf pada rakan- rakan yang terpaksa replace saya di tempat kerja sementara saya tak ada ni.

kau kecoh ni kau nak pegi mana?

MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KE DUA !
TARIKH : 11 APRIL 2011 hingga 28 APRIL 2011
TEMPAT : USM PULAU PINANG.

PLAN A : akan menjadi perempuan jalanan yang mahu berulang pergi dan balik dari Kamunting ke Pulau Pinang setiap kali exam.
PLAN B:  mahu stay di Kampus! dan sang anak akan tinggal bersama baby sitternya!

PLAN A - BATAL

PLAN B - PROCEED

ok. ini adalah tak best. tapi kena buat juga. atau ada sesiapa sudi teman saya mahu bawa sang anak bersama kita tinggal di Pulau Pinang? jika ada yang sudi, tolong tinggal pesan. saya belanja lepak Hard Rock. ehehhe...:D tapi tak apa. baby sitternya sudah cukup baik dan saya percaya akan menjaga sang anak itu sebaik mungkin. sebenarnya berat hati nak berpisah dengan sang anak itu. mesti dia menangis tengok hari dah malam tapi belum ada sesiapa fetch dia lagi. esok tunggu lagi.., belum fetch lagi.., esok dan esok.., belum lagi!

tapi tak apa.. walaupun dia kecil, tapi dia kekuatan saya. di mana pun dia, moga dia dilindungi Yang Maha Esa hendaknya.. amin...
  
sedang mendengar suara sang anak kegirangan bermain dengan papanya di tingkat bawah sedang saya sedang buntu memikirkan...

perkara pertama : ingin siapkan barang sang anak untuk ditinggalkan..
perkara ke dua : ingin siapakan barang sendiri untuk meninggalkan...

tak tahu nak start yang mana dulu. sedari semalam, internet pun bergerak terlalu slow. jika buleh lempang, ingin benar saya buat begitu. baru saja bayar bill, kau slow pulak ya. time tak bayar lagi kau laju. ok. muktamad. bulan depan saya taknak bayar. hahahaha.. berani?

 ini telah dibuat :
1. tayar kereta dah tukar baru ke empat- empat bijik
2. topup Touch & Go - kegagalan melakukan ini boleh menyebabkan gagal periksa. lepas tu gila di tengah- tengah Jambatan Pulau Pinang. ehehehe..
3. pen, pensil, pemadam dan lain- lain stationery -completed.

ini belum dibuat :
1. packing kain baju dan buku sendiri
2. packing kain baju sang anak
3. print slip peperiksaan
4. ilmu penuh di dada :D - ni tak payah cakap apa.

yang belum dibuat ni bila nak buat?
tak tahu..


sebab apa tak buat lagi?
1. mengada- ngada
2. berat hati
3. buntu. printer rosak dan masih lagi di kedai. time nak print ni la gatal nak rosak! 
4. hampa. banyak nak download tapi inernet slow macam siput!
5. tunggu magic 'ting!' tiba- tiba semua buleh siap dengan sendirinya sambil goyang dangdut saja.

sabar je lah!!

Wednesday, 6 April 2011

ThE cRaYoN

Semalam saya cuba bagi Faris crayon dan buku mewarna..

ini crayonnya.. 

saya cuma beri dia kaler purple

dan pink ni saja..

dan ini hasil contengannya..
 

ni apa pun entah..

 layan saja la...

 catfish kaler purple ke ibu..??
 

 siapa nampak kesan air liur faris menitik tu...??
kena perhatikan dia sepanjang lukis tu. takut dia masukkan dalam mulut. kemudian tu kena cepat- cepat basuh tangan dia dgn sabun..

Friday, 1 April 2011

CaRa CaRa TonToN PoCoYo

cara- cara budak comot ini tonton Pocoyo..




dah.., tak yah tunjuk lelame sebab sampai habis cerita pun dia akan tercengang mcm tu.
akan tetap mcm tu walaupun dah berjuta kali tengok. 

Tuesday, 29 March 2011

MaK BuDaK GeDiK

mari tengok mak budak ini

tak lain tak bukan saje nak popular tempek muka kat sini... ah tak pedulik. nak tempek jugak... ahahahah... sebabnya dengki bila scroll sampai ke bawah tak jumpa muka sendiri. so gigih snap pic sendiri guna webcam.. kah kah kah..

skarang musim durian kan? tak tahu lah sebab saya lihat di Taiping ni banyak betul gerai durian tepi jalan. lagipun skarang ni idup terasing.., maksudnya kerja tanpa komuniti.., membuatkan saya tak tahu apa2 kecuali hal sendiri dan hal- hal yang kalau saya rajin google.. dan juga hal- hal rakan di alam maya ni.. tak rajin pulak saya bersembang tentang durian..

sebenarnya bukan kemaruk durian pun.. tapi pagi tadi saya pergi gerai bawah ini dan beli ini... 

ops bukan beli.. ada orang belanja.. 
siapa? 
sibuk je nak tahu...
malas cerita. bukan anda kenal pun.. 

la ni apa kau melalut pulak ni? tadi citer durian.., ni citer mocha ni.. huaaaa..., sebenarnya nak bgtau.., yang tadi minum minuman tu tapi rasa mcm durian..!!! mula2 ingat salah rasa.., pastu sampai habis satu tin.. ahahahah.., memang rasa durian lah..
kenapa?
tak tahu...
dah abeh citer tu.


boleh tak nak cerita ini??

kisah jika terlambat siap datang kerja..
banyak faktor..
kadang- kadang kerana sang anak terbangun awal..
atau kadang- kadang saya menderhaka lawan cakap jam suh bangun.. ahahahah..
anda pernah? jangan tipu.., tak baik.., Tuhan marah..
siap tanpa mekap.. memang nak cari nahas kalau dah la lambat, kau terhegeh2 kira bulu mata lagi..
so siap laju- laju mana yang patut..
masuk kereta.
ops jangan lupa pulak angkut anak skali.

lepas tinggal anak di rumah pengasuh..

traffic light pertama, pakai eye shadow..
traffic light kedua, pakai mascara
traffic light ke tiga, pakai lipstik..

hohohohoh....

tapi tak bleh la nak aplikasi kalau teringin nak smoky eyes..
tak boleh jugak kalau baru nak cucuk contect lens..
hehe.

try la kalau terer..
tak aci jugak kalau orang lain yg memandu.., anda kat sebelah saja. kalau macam tu cabut bulu idung pun sempat. kan?
paling tak aci jugak kalau anda pergi kerja naik komuter atau LRT... 
tapi paling thrill kalau anda buat begitu jika pergi kerja naik skuter atau motobike.. :D ngeee.. ~~

tapi mata kena betul- betul tajam.. lihat suasana traffic di hadapan anda. jangan sampai lampu sudah tukar hijau, anda masih terkial2 tenyeh lipstik. akibat? sendiri tangggung...

ok sekarang sudah masuk fasa perjuangan. 
sebenarnya anda tak nampak. kat dahi saya ada ikat kain yang ditulis " berusaha..! " macam ninja- ninja tu...
huhuhu.., memang kena berusaha betul- betul ni..

tolong beri sokongan ya..
lagi dua minggu nak final exam.

terima kasih kawan..

Thursday, 24 March 2011

HuJunG MinGGu YaNg HuJunG

Assalmualaikum
wah minggu lepas melalui minggu kerja yang stress... mmg bosan.. macam2 hal yang tak boleh ditulis kat sini. biasala..., kuli.. ahahahahah... semua membunuh semangat nak kerja saja..

so sebab papa tak pulang, kami ikut tok dan tokwan balik kampung. eh lama jugak tak balik. last balik hari tu faris tak pandai jalan betul2 lagi.. ni tengok dah boleh merayau sana sini..


 main dgn tokwan..
 

tengok bunga

so ibu dia boleh bersenang lenang menjalankan aktiviti ini


kemudian macam teringin makan kuih lopes..
so sibuk la tanya sana sini..
mula2 tanya nama kuih.. lupa.. :D
pastu..
google carik resepi..
semua pakai kukus. 
aduh la.., saya dah la gagal bab2 kukus ni..
last2 jumpa resepi  pakai rice cooker saja..
best tak?
senang kan?
tak payah basuh periuk kukus..


ala.., tak rajin la nak tulih resepi. tapi bila beras pulut tu dah masak, masuk dalam loyang..


pastu tekan2 mcm buat nasik impit tu..
 penyek penyek...


dah cun tu.., tunggu sejuk kejap.. pastu buat mcm ni.. buat lubang mcm ni tekan dengan cawan saja :D ehehehe.. tak yah nak gulung2 dalam daun pisang..


step seterusnya golek dalam kelapa pastu buatlah air gula...
apa ni tutorial tak lengkap ni..
takpe la.. nak citer bukti saja.. sebab camera mcm hampeh sikit ( sebenarnya cameraman yang hampeh )
gambar kuih lopes jadi tak cun langsung. malas nak tempek sini.
tengok la.. gambar pulut tu pun tone dah lari...!
lain kali kena buat lagi dan belagak betul2 sikit. ehehehe..

Saturday, 19 March 2011

CuBaaN BeRaNi BuaT NaSi BeRiYaNi

ok ini cobaan kedua puluh juta kali memuat naik gambar for the previous entry

nasik beriani....


dan ini ayam masak merah..
sedap.., tak percaya sudah..
ehehehe..


ok maleh nak citer pasal tu lagi dah.., dah citer ari tu..

ini citer yang baru pulak..

Faris baru saja baik demam..
tapi demam pun dapat main dan gelak besar besar..
serta makan banyak banyak..

tengok tepi mulut tu ada makanan..
kan kan kan..

skarang, dah baik pun.
cuma naik lemak tinggi tinggi...
mengada melantun lantun...
kebetulan cuti sekolah. jadi tok dan tokwan ada layan dia.. tu yang melampau bertingkat- tingkat...
sikit2 sentap..
sikit2 sentap..
sentap sikit2 tak boleh ke..

tapi dah namanya anak..,
dan saya namanya ibu..

layannnnnnn.....

kerana dia bukannya boleh disave dalam hard disk pun..
agak2 sibuk time ni..
save dia dalam hard disk..
jika anak kau besar kilo dia banyak..
boleh save dalam hard disk yang besar MB dia kan kan kan..
kalau mcm tu senang sajala.., beranak ramai2.., semua buh dalam hard disk saja..
dan tak payah susah2 kau pikir nak hantar baby sitter..
simpan dalam hand bag saja..
kompom baby anda selamat.

cuba eja ni..
K.A.H.K.A.H.K.A.H.

bunyinya...?

semua dengar saya merepek...
:p

hari isnin mula cuti sekolah..
tok, tokwan dan maksu dia ada di rumah..
tapi pagi itu saya hantar juga ke rumah baby sitter..

manakala hari selasanya pula...
pagi waktu sepatutnya dia bangun mandi dan bersiap, saya kejutkan dia..
dia tak mahu buka mata.., puas kami kejutkan dia tapi dia masuh bergulung dalam comforter tu macam tido nyenyak sangat..
akhirnya, tok cakap, tak apalah.., tinggal saja lah hari ni tak payah hantar..
saya pun siap nak pergi kerja..
sampai saat2 akhir, baru dia bangun buka mata...

ewah...
tu muslihat taknak pegi rumah baby sitter!
nak duduk dengan tok okeh!!

satu minggu duduk dengan tok dan tokwan..

hari ini..
kami dua beranak ikut tokwan dan tok pulang ke kampung halaman.
papanya tak pulang. ada di kolej kerana hari ni ada aktiviti dan perlu prepare untuk exam Isnin ni.
good luck ya. kami baik2 saja.. :D

Thursday, 17 March 2011

DaH PuBLisH BaRu PeRaSaN TaJuK TaK LeTaK..


hello readers, bloggers n folowers...,
sekejap nak bukak mata besar- besar dahulu..., baru buleh mentulis...
.
.
.
.
.
.
.
.
ok.., dah..

penangan Bieber Fever.., 
Faris pun turut layan JB nieh tau..,
tak tau la  pengaruh mak dia
atau mak dia pengaruh dia..
( apakah tak sama? )
atau dia pengaruh mak dia??

so layan jer la.., 
pagi tadi dalam kereta, 
selain wajib dengar lagu Baby tu.., tapi bukankah bosan asyik dengar itu saja..
maka saya biar CD tu putar lagu lain pula..

ceritanya pagi tadi Faris layan Never Say Never..
sambil mak dia pun layan jugak..
Faris layan sambil gigit dua jari dia..
tapi mak dia pulak siap joget2 goyang bahu kiri kanan..
bukan bukan..., bukan mahu mencerita kisah gedik itu..
jauh sekali mencerita tentang usaha gigih mentiru Jaden Smith tu lagi.. (hah kau ingat senang tua2 mcm aku nak rap?)
tapi jika anda tak pernah dengar atau tak perasankan lagu itu..,
mari saya mentulis beberapa rangkap..

 See I never thought that I could walk through fire.
I never thought that I could take the burn.
I never had the strength to take it higher,
Until I reached the point of no return...

And there’s just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
It’s my destiny...

I will never say never.., I will fight
I will fight till forever.., make it right
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground...
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up up up,
And never say never..
cuba baca perlahan2, tak payah la kau downloand pulak  mp3 nya kalau tak ada.. baca perlahan2 sahaja..
apa kau rasa..?
sampai kat words yang merah tu apa kau rasa..?

kau rasa kau sendiri lah cerita.. 
saya? pagi Isnin yang malas macam terjadi rajin la sikit..
pastu rasa macam nak terus baca buku rajin2...
lain- lain malas cerita la..
ahahahah....
ok ok..

minggu yang lepas.., suami saya seronok mendapat cuti seminggu..
dia juga seronok dapat bersuka ria dgn sang anak itu..
permainan ini bertajuk : Papa Buat Faris Jadi Roket..

kadang kala dia bantu 
basuh baju
sidai baju
lipat baju
basuh pinggan

paling best bila saya bangun pagi tengok baju saya nak pegi kerja dah siap iron.. :D
wah.., tak buleh ke beri dia cuti panjang- panjang lagi ya?

sepanjang minggu tu malas nak cerita. sibuk kerja memanjang...
yalah pelbagai kerjaan mahu dibuat..
cerita hari Ahad semalam je lah..
Faris brekfirst pasta

manakala, untuk kami pula saya buat ini.....


tadaaa............

 
karipap tak berapa nak comel ni saya yang.... goreng! ahahaha.., bukan saya yang buat okeh. tapi saya yang goreng.., goreng pun dah kira cukup rajin lah tu kan.., sebab nya kalau paling tak rajin ialah pegi beli..

kemudian, tengah harinya pula..
saya membuat PERCUBAAN BERANI MEMBUAT NASI BERIANI..
bukti?
tak dapat nak muat naik gambarnya .., dah banyak hari saya cuba tapi tak berjaya muat naik gambar itu malahan yang naik ialah naik DARAH sahaja..
kalau ada kesempatan saya upload..

saya sendiri rasa ianya sedap. kenapa? sebab saya tak pandai masak, maka selayaknya saya belagak di blog sendiri! ahahaha...

wrote on : 14th of March 2011

Tuesday, 8 March 2011

FaRis 1 TaHuN

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Ahmad Faris Iman..
Allah selamatkan kamu...

6 Mac 2011
Faris sudah 1 tahun usianya..
 
dari Ahad 5 Mac itu lagi, kami suami isteri asyik tengok jam dan gelak2 teringat peristiwa tahun lepas. waktu bersalinkan Faris. hehe..
tapi tu tahun lepas la.. ni dah lepas setahun ( apa cakap terbalik terbalik ni..), Faris dah besar macam- macam buleh buat..

dulu masa baby kalau letak situ, situ la dia duduk.., 
sekarang.., letak situ, kejap sana.., sana.., sana.., lepas tu sana pulak..
hah ni.., siap berebut2 menu dgn papa dia nak order macam dia tu buleh makan pelbagai jenis makanan.

nah ladybird untuk Faris.
sembelih mata ladybird..
lepas upacara makan makan, kami bawa Faris jalan- jalan..
wah eksyen tu, takmo dukung.., nak jalan sendiri okeh..
 gambar simbolik anak berjalan sambil tayang saya dapat pakai jeans zaman anak dara dulu. ala, zaman papa Faris duk mengorat pewwwit pewwwit dulu tu... ahahahah.... :D 
poyo. dah setahun baru dapat pakai. tu pun nak belagak.

" bukan stakat jalan saja, pandu kereta pun dah buleh la ibu... "
actually, tu hadiah birthday dia. mulanya dia takut dengan benda alah tu. suka jugak saya usik dia dgn kenderaan tu. hihihih..
tapi petang tu tak takut pulak. ekyen semacam saja duduk atas tu..
ibu naik pulak buleh?
apa? tak buleh? terlebih kilo? sedihnya.. :'(
ops, ini pulak advanced 1st birthday cake..
saya demam, batuk dan selesema.
Faris pula selesema. 
ini pun dah Slasa pagi duk srot sret lagi idungnya..

apa pun, Selamat Hari Jadi, Ahmad Faris Iman...
semoga jadi seperti nama yang dipilih..
semoga jadi anak yang soleh..
jadi bijak pandai..
hormat orang tua..
jadi manusia yang berguna..
jadi yang baik- baik hendaknya..
insyallah...

semua orang sayang Ahmad Faris Iman..
kan kan kan??

woih woih.., takleh citer banyak la.. sori.. dah 6 pagi.
zasss....