Assalamualaikum... lama anda tidak lihat saya bukan? ok untuk perenggan pertama ini saya tempek muka saya ya.. ehehehe... ceh. perasan pula orang teringin lihat saya. tak apa lah...
nah. tengok juga :D terpaksa.
lama sungguh tak bebel2 kat sini. ini adalah kerana :
1. tak ada masa
2. leka di facebook
3. bila ada masa, internet pula slow
4. bila dah lama tak update, byk cerita sangat sampai tak tahu nak update yang mana..
ok korek2 folder picture.., jumpa picture ni..
mari saya cerita tentangnya ya..
ok itu Faris sedang dicium papa. 1 Junuari 2011, papa kami tinggalkan di Kolej Pembantu Pegawai Perubatan Ulu Kinta untuk belajar di sana diam- diam selama 3 tahun.
oleh itu, saya akan menjaga Faris dengan dibantu oleh bonda dan ayahanda saya..
oh terima kasih pada keduanya. jasa kalian tak dapat saya balas. sudahlah masa saya kecil pun jaga saya. masa saya tua pun kena jaga saya dan cucu pula.. huaaaa.... sesudah subuh mereka bertolak dari Kamunting ke Selama untuk bekerja pula..
saya pula setiap pagi akan menjadi macam kartun siapkan anakanda saya itu.
hari pertamanya tanpa papa waktu pagi telah menyebabkan dia melalak dengan kuat ketika diletak dalam baby seat. sebelum ini selalunya saya pegang, jarang sekali letak dalam seat. sebab bila nak ikat dia dalam baby seat itu, akan memakan masa dan boleh menyebabkan risiko lambat punch kad ke tempat kerja pula. oleh kerana pagi itu kena letak juga dan diikat dengan belt.. adoyai melalak pula... kasihan dia..
pagi hari ke dua pula, waktu saya sedang loading barang dalam kereta, tiba2 anakanda saya terkeluar dari rumah dan merangkak di garaj! grill saya tak tutup dengan baik. terperanjat saya.., ingatkan kucing besar.. ahahaha..
muka girang sambil merangkak laju2 manakala ibunya muka gabra pergi menerpa. waktu angkatnya, adoihhh.., sudah siap mandi hensem2, lutut seluar dan tapak tangan usah dicerita.. ahahaha... dan pagi itu pun melalak juga ketika letak dalam seat.. haissss....
ok selepas itu, setiap pagi Faris di dalam seat keretanya adalah aman dan baik.. Alhamdulillah. Faris memang baik. Cayalah..
dan pada 13 Januari pula...
waktu Faris dalam seat dan saya sedang memandu, saya dail papanya dan beri telefon bimbit padanya. sambil kunyah2 telefon itu dan sambil papa dia cakap tanpa dia balas hek atau huk..., saya teruskan perjalanan ke rumah pengasuhnya. lepas talian putus ( tak tahu samada papa yang letak atau Faris yang tekan ), tiba2 pulak Faris melalak dengan muka sedih... sedih pula papa dia dah tak ada dalam telefon.
alorh...., sangat kasihan padanya..
nangis sorang2 dalam seat.. saya pula tak dapat angkat dan pujuk...
kemudiannya ada pula kisah Faris demam. huru hara juga lah saya.. terus EL tak pergi kerja..
berbalik pada kisah gambar pertama tadi.., kepulangan papa minggu ke dua tu, kami pergi Zoo Taiping..
antara reaksi mukanya..
sebenarnya Faris belum pandai tengok haiwan- haiwan...
"tengok budak2 yang berlari sambil menjerit lebih best la ibu...," katanya.
sebenarnya ketika saya pulang dari USM tempoh hari, gigi Faris sudah naik 4 batang yang di atas.., sekarang gigi sudah berjumlah 6 batang dan boleh gigit apa saja termasuk gigit stereng kereta ibu sampai berlubang.
pada1 januari tempoh hari, baru saya perasan yang Faris sudah pandai minum guna straw.. kadang - kadang dia suka, tapi kadang - kadang lepas sedut air tu, dia akan spray balik... bussshhh...., nasib la siapa yang kena... ( gambar tak ada kerana waktu minum itu saya perlu pantau )
ok aktiviti Faris bersama ibu adalah sangat bosan iaitu ibu akan suruh baca buku dan baca kad- kad..
sebabnya ibu tak larat nak timang tinggi- tinggi macam papa timang dia. lalu bila Faris pun bosan, tangga mula menjadi sesuatu yang menarik...
bila ibu pun dah tak larat ikut dia naik tangga dan dukungnya turun, ibu akan bagi dia tengok kartun sampai dia pun bosan semula...
..lalu..
ibu pun terpeleot !
sekian terima kasih..



5 comments:
alor2 cumeinya haris .. dah pandai merangkak tuu memang kena jaga2 means dia dah mula melasak kan :)
suke pic daddy haris cium haris tuu .. so sweet dik :)
faris anak yg baik..tak yah risau
Alahai... cian faris kena dok jauh2 ngan papa... cian jugak dgn ibu dia... eehhee... takpe, kejap aja masa berlalu... sabarlah demi masa depan keluarga... :) duduk ngan tok n tokwan pon besh jugak... leh petik moktan kat pokok... :P
p/s : anak dara itew dah cakap siang2, kalo balik Msia nak pegi umah Tok Ngah yang ada buai n kucing itew... ehee...
rindu kat pak dia la tuh...
kak ieda : ha ah.., merangkak laju dari kita berjalan ni.. ehehe, tima kasih kak.. =)
puan capa : alhamdulillah.., doa2kan kami ya..
kak yong : kak yong pun dulu buleh jer.., kan kan kan... wah pandainya irdina.., pasni datang buleh ambik terus la buai dgn cat tu, tapi tukar dgn baby iman buleh tak??
abg mie : yalahhh..., ehehe.. :D
Post a Comment