Sunday, 13 February 2011

WisH Me LuCk..

sepanjang minggu ini saya cuba muat naik gambar di blogger ini. tapi gagal. sampai saya pun dah naik menyampah. ok la sejak kebelakangan ni mcm banyak benda nak dimenyampahkan... tengok perangai manusia ni mengarut ngarut sahaja..  tapi lantakla. mereka yang buat hal sesama sendiri. saya tengok sahaja, tak kuasa nak campo tangan. lagipun orang orang jenis begitu tak suka kita sibuk2 hal mereka. kes perasan lagi la melampaui batas.. ehehe.., tak apa. itu drama kehidupan. kan kan kan... kalau taknak tengok, pejam mata. kalau nak tengok, jika kelakar, kita gelak okeeehhh...

sudah masuk bulan dua. rupanya sudah sebulan lebih cayang bucuk saya tu tinggal di asrama. Faris pula macam2 ceritanya.. 

cuti CNY tempoh hari, papanya pulang...
selain aktiviti makan besar sambil gelak besar- besar bersama keluarga..,




kami juga bawa si kecik tu mandi sungai di Lata Tebing Tinggi.




 sehingga dia sejuk..

sebelum itu pengalaman meredah pasar pagi Sungai Bayor boleh menyebabkan peluh ketiak menitik nitik laju... cuti kan.., ramai juga orang Selama ya..

hari Khamis lepas, saya tengok dia panjat sendiri masuk dalam walker. kemudian keluar sendiri semula.

.. haisss... memang tak duduk diam lah..

selain Faris ada banyak kepandaian baru, saya juga boleh menjadi "perkara- perkara" baru. perkara- perkara yang terjadi itu ialah menari seperti Justin Bieber... menari sambill nyanyilah kan.. keh keh keh...,

My first love broke my heart for the first time,
And I was like
Baby, baby, baby ohhh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine,mine.. 

ha sampai part Ludacris tu,

When I was 13, I had my first love,
There was nobody that compared to my baby,
And nobody came between us or could ever come above
She had me goin crazy, 
Oh I was starstruck,
She woke me up daily,
Don't need no Starbucks..

kalau saya buat... nanti dia akan buat muka pelik.. ehehe.. pas habis part tu baru gelak2 smula..
aiya.., baby pun buleh suka song Baby ini kan..?


ops sebenarnya saya bukan sahaja boleh menari seperti Justin Bieber.., malah Justin Timberlake pun buleh.. bukan sahaja buleh jadi Wonder Girl, malah Wonder Pet pun buleh... ha lihat.. betapa gigih saya menghiburkan dia. tak tahu la dia ketawa sebab kelakar dan fikir ibu kelihatan comel atau ibu kelihatan seperti monkey yang comel.

tak apa.. ibu Faris mmg cool..
anda pula bagaimana?

rabu dan khamis lepas.., kami dua beranak pergi bercoti... =)

 menghabiskan voucher cabutan bertuah tempoh hari.
hadiah dari Jabatan Oftalmologi Hospital Taiping untuk saya ke Taiping Golf Resort. 
lot of thanks to both of them..
papa tak ikut. sebab papa ada di skolah..
Faris saya bagi mandi swimming pool..



bukan main suka lagi.. 
bayi boleh berenang sendiri kan. ada masanya saya lepas dia merenang.. buat kaki macam frog..
papa tengok 3g saja sambil menjerit- jerit.. ehehehe..

oh ya..
sehingga hujung bulan Februari ini sahaja saya akan tamatkan perkhidmatan saya di Unit Hasil. dan akan masuk ke Unit Kewangan pula mulai 1 Mac 2011. so bye bye Unit Hasil... since 2006 saya kerja di kaunter. front desk memang best. saya memang otai kaunter dan saya suka jumpa orang ramai- ramai. biasa la kena maki hamun kan kan kan.. kadang- kadang tension. boleh buat naik darah dan mengerutkan muka hingga petang tapi selalunya saya suka.. kerana jika setiap hari saya jumpa seratus orang, sebualan tu skali nak kena marah pun belum tentu.
kerja dengan paramedik memang best...  mereka memang great!

saya berbesar hati dan gembira kerana diberi peluang. saya akan cuba sehabis baik untuk mulakan tugas yang baru ini. saya difahamkan akan buat on call claim doctors dan bayaran elaun pindah.. lain2 saya belum tahu lagi.. 
 wish me luck untuk itu..

dan
final exam pun makin dekat.. 
bau nya semakin kuat..
meja study pula habuk dah tak melekat..
dan buku- buku pula dah diangkat.

wish me luck untuk ini juga..

terima kasih banyak....

7 comments:

Anonymous said...

all d best...suka dgr cter terbaru faris iman dan ibunya ;)

sweetie siti said...

thanks capa.. i love u... =)

Yaati Nor said...

faris nie dah mcm budak tadika dah haaa..

sweetie siti said...

yat : ehehe..., diorang dah besar.. kan?

ann said...

suke dgr ibu faris berceloteh ttg faris iman..sgt bes..hehe

ann said...

suke denga ibu faris berceloteh.. sgt bes..

sweetie siti said...

ann : nanti hang dah jadi mak, hang pun akan terer potpetpotpet...