Showing posts with label intensif. Show all posts
Showing posts with label intensif. Show all posts

Wednesday, 15 December 2010

i'LL SeE YoU LaTeR oN...

sebab sedang sibuk tergedik2 buatkan ini..
buat pose gedik tahap gaban kalau gaban tengok pun lari balik Jepun...

- pic delete-


pic atas tu snap waktu tgh conference guna web cam. hah belajar sekarang sangat senang. kalau dulu, amat susah perlu menapak ke sana sini untuk huraikan kekusutan. sekarang ini boleh terus duduk depan pc dan buleh juga kau buat siaran langsung caci maki kawan2 kau yang tak buat group assignment..terpulang kepada individu samada mahu conference secara rap begini : S to da I to da B to da U to da K .. SIBUK yawww... sambil rakan sorang lagi sambung buat feutering apa2 yang patut..

atau begini : 
.......

haish kau ni cakap banyak la.. diam la!

sedang meja jadi begini..

perkara dalam gambar :
1. cawan sup mushroom cheese Vono belum basuh lagi
2. bekas air kosong yang tak diisi air lagi
3. biskut yang ingatkan banyak rupanya hari ni tinggal 3 keping jer.. huhu
4. tongkol itam tu ialah stapler
5. tetikus pink
6. notes
7. my pink organiser
8. yang purple tergolek itu adalah key chain gajah comel yang diberi oleh seorang teman (sangkut kat organiser pink tu)
8. langsir bunga pink
9. wire headphone dan mikrofon - tujuan untuk skype dan video conference dgn rakan2 jika berlaku kecemasan. (juga skype dengan Faris)
10. sudu pink kacau sup dan ceduk biskut yang terpatah masuk dalam cawan
10. lappy - ops.., kantoi tengok you tube.. keh keh keh..

ok dah..

cakap banyak pula.
kau ingat kau artis nak cerita segala?

Six, seven, eight, triple nine, eight, two, one, two..
haih menyanyi pulak kau...
diam diam...

Wednesday, 8 December 2010

iBu GoeS tO ScHooL

hello readers..,
lama tidak menulis. ketika saya menulis ini, saya baru sahaja pulang dari melepak menikmati Chocolate Peanut Butter Pie Bite dan terkinja kinja menonton live band di Hard Rock Cafe Penang. 

sudah hampir dua minggu saya tersadai di Penang. kerjanya enjoy. kerja tak pegi. gaji jalan. sangat mantap bukan?

baiklah...
perenggan pertama itu saya tipu saja. jangan terbeliak mata. tidak sesuai lagi untuk saya melepak begitu setelah menjadi mak mak begini.ekekeke..

gambar- gambar ini sudah basi di facebook. tetapi di laman sosial tersebut tidak ada perinciannya. mari saya cerita di sini..

peristiwa tahun lepas berulang lagi. peristiwa tersebut boleh dirujuk di entry INI dan INI juga. 

saya sedang sibuk mengikuti ini sekarang...

susur ke kanan untuk sampai ke USM..

tahun lepas saya bawa anak saya dalam perut. tapi tahun ini dia hantar saya pula :)



turut menghantar saya ialah mereka.. 
dari kiri : anakanda, kekanda ku cayang, ayahanda, bonda dan adinda saya..
terima kasih kerana membantu mengangkat bagasi saya yang berat belaka.. :p

ini ketika sampai di bilik saya. anak kecil itu kehairanan..
"heh, kat mana kita ni ibu??" katanya kepada saya..

 rasa macam nak babab je budak ni. sangat geram okeh...
setelah selesai semuanya, mereka pun pulang.., Faris dijaga oleh tok dan tokwannya di Selama, Perak.

manakala saya dijaga oleh saya sendiri. semoga selamat lah tidak tercedera dihempap oleh buku- buku yang tebal itu.
 ok bye Faris Iman..., jangan nakal- nakal ha.., duk dengan tok dan tokwan baik- baik...

kesimpulan dan penutup :

3 minggu tak salin pampers Faris
3 minggu tak beri Faris susu
3 minggu tak dodoi Faris tido
3 minggu tak suap Faris makan
3 minggu tak mandikan Faris
3 minggu tak basuh berak Faris
3 minggu tak bertelingkah dengan Faris
3 minggu jadi budak sekolah saja..

agaknya tok, tokwan, mak su dan mak ngah Faris itu sedang bertunggang langgang menjaga Faris.. ehehe.. :)

* kakna dan mimi : hangpa jangan sakat dia!