Wednesday, 8 December 2010

iBu GoeS tO ScHooL

hello readers..,
lama tidak menulis. ketika saya menulis ini, saya baru sahaja pulang dari melepak menikmati Chocolate Peanut Butter Pie Bite dan terkinja kinja menonton live band di Hard Rock Cafe Penang. 

sudah hampir dua minggu saya tersadai di Penang. kerjanya enjoy. kerja tak pegi. gaji jalan. sangat mantap bukan?

baiklah...
perenggan pertama itu saya tipu saja. jangan terbeliak mata. tidak sesuai lagi untuk saya melepak begitu setelah menjadi mak mak begini.ekekeke..

gambar- gambar ini sudah basi di facebook. tetapi di laman sosial tersebut tidak ada perinciannya. mari saya cerita di sini..

peristiwa tahun lepas berulang lagi. peristiwa tersebut boleh dirujuk di entry INI dan INI juga. 

saya sedang sibuk mengikuti ini sekarang...

susur ke kanan untuk sampai ke USM..

tahun lepas saya bawa anak saya dalam perut. tapi tahun ini dia hantar saya pula :)



turut menghantar saya ialah mereka.. 
dari kiri : anakanda, kekanda ku cayang, ayahanda, bonda dan adinda saya..
terima kasih kerana membantu mengangkat bagasi saya yang berat belaka.. :p

ini ketika sampai di bilik saya. anak kecil itu kehairanan..
"heh, kat mana kita ni ibu??" katanya kepada saya..

 rasa macam nak babab je budak ni. sangat geram okeh...
setelah selesai semuanya, mereka pun pulang.., Faris dijaga oleh tok dan tokwannya di Selama, Perak.

manakala saya dijaga oleh saya sendiri. semoga selamat lah tidak tercedera dihempap oleh buku- buku yang tebal itu.
 ok bye Faris Iman..., jangan nakal- nakal ha.., duk dengan tok dan tokwan baik- baik...

kesimpulan dan penutup :

3 minggu tak salin pampers Faris
3 minggu tak beri Faris susu
3 minggu tak dodoi Faris tido
3 minggu tak suap Faris makan
3 minggu tak mandikan Faris
3 minggu tak basuh berak Faris
3 minggu tak bertelingkah dengan Faris
3 minggu jadi budak sekolah saja..

agaknya tok, tokwan, mak su dan mak ngah Faris itu sedang bertunggang langgang menjaga Faris.. ehehe.. :)

* kakna dan mimi : hangpa jangan sakat dia!

Tuesday, 30 November 2010

ReTRo NiTe FeVeR - CeRiTa PeNDeK 2

hello readers.., 
ini posting ke dua saya yang ditulis secara tergesa- gesa..
26 Disember 2010..
Retro Nite Fever..


malangnya kami sekeluarga tak berapa nak retro lah... sebab kami agak tak sporting kerana malu2 nak bergaya. kot2 nak dapat spec Saloma ke.., yang cik abang ini pun tak mahu lipat lengan bajunya.. dan faris pun takmo diikat sapu tangan kat lehernya tu.. rimas agaknya..

beliau menyanyi dengan merdunya bagi memulakan acara...

 antara aksi- aksi yang sempat camera saya tembak... dan yang saya berkenan nak post kat sini..
layannn...






dan budak ini seronok didukung ke sana sini oleh ramai orang...

oleh mama lily..
  
oleh mama Gee
oleh uncle Redza dan untie Yuna.. uiks..,

dan oleh ibunya sendiri...





dan rezeki kami murah lagi malam itu. Alhamdulillah...
kami dapat cabutan bertuah lagi..
saya dapat cabutan yang ke 11 dan suami saya dapat cabutan yang ke 13.
saya dapat makanan..
manakala suami saya dapat Pruta IKEA..
molek elok.. makanan tersebut diletakkan dalam Pruta tersebut untuk saya makan supaya saya jadi bulat...



 ok sekian saja siaran kita hari ni..
terima kasih...

OpHtaL NiGhT - CeRiTa PeNDeK 1

 hello readers....,
sorry tak dapat story panjang. mari kita jenguk aktiviti2 yang terlepas ni..

 

ini papa dan faris
 

 ini faris dan ibunya..

hoit.. sila tengok camera okeh..
ini faris... 
 anginnya tak berapa baik, so gambarnya semua tak cun..

rezeki kami murah malam itu.., 

saya menang kerusi bertuah. ada dua kerusi yang diletakkan bintang tersembunyi. dan kerusi saya salah satunya..


dan nombor saya menang cabutan bertuah.., hadiah utama malam itu.. jeng jeng...

 ini dia....
PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM @ TAIPING GOLF RESORT...

terima kasih penganjur..
lain kali ajak lagi...

majlis meriah, tapi maaf tak dapat bercerita panjang... 
kenapa ya?

akan saya cerita dalam cerita pendek episode 3

Thursday, 4 November 2010

BuBuR NaSi iKaN TeNgGiRi

hello readers...,
baiklah.., kali ini puan2 ya... saya mahu cerita tentang resepi baru Faris iaitu bubur ikan tenggiri...
kita perlu ada...

sepotong ikan tenggiri...


minyak zaitun...,
untuk gorengan makanan bayi perlu digoreng dengan minyak zaitun ya..


ikan tenggiri tersebut perlu dibasuh dengan bahan2 ini...,
asam dan garam...
tidak perlu masukkan ke dalam mesin basuh ya puan puan...


 potong kecil- kecil dan goreng dengan minyak zaitun tadi..


 hingga jadi begini...


ok ini cara pertama..., blend bersama dengan bubur nasi.. cara buat bubur nasi tidak perlu cerita, rasanya semua sudah  tahu bukan?


dan ini cara kedua.., blend asing dan taburkan tenggiri blended tu atas bubur dan kacau... ini buleh dipraktikkan jika anak anda sudah punya gigi.., beri dia belajar menggigit dan menguyah..


boleh juga jika ikan tenggiri tersebut direbus bersama nasi. tidak perlu digoreng...

sekian terima kasih

yang benar,

Bonda kepada anakanda Ahmad Faris Iman Bin Faizul..

Thursday, 28 October 2010

RaYuaN KePaDa EnCik BoSs...

kepada encik boss..,

kehadapan encik boss yang kacak dan dihormati...

tujuan saya menulis posting ini adalah untuk meraih simpati encik boss untuk meluluskan cuti ( tapi tak isi borang cuti pun- happedda..) pada esok hari.

ini adalah kerana masa semakin suntuk untuk saya menyiapkan tugasan saya.. sedari awal lagi saya sudah bertungkus lumus menyiapkan tugasan tersebut tetapi untuk menyempurnakan ia amatlah sukar akibat keringat saya telah dikerah menggalas tanggungjawab yang lain.

saya bukan sengaja membuat kerja secara last minute ataupun malas membuatnya awal2, tetapi saya sentiasa dihambat kesibukan dan dikejar keletihan ( cis. ni statement bela diri sudah basi... ) setelah melaksanakan tanggungjawab yang lain.

akan tetapi..., apakan daya jika atas kepentingan perkhidmatan, saya perlu bertugas untuk negara.

saya juga berbangga sekiranya saya diperlukan untuk bertugas pada esok hari kerana saya terperasan pula bahawa saya orang yang penting dalam mengutip hasil kerajaan. tanpa saya, kerja- kerja mengutip hasil kerajaan menjadi sedikit sukar. saya berjanji akan menjalankan kerja saya dengan penuh hemah dan sentiasa tersenyum dan ceria..

oleh itu saya membuat keputusan untuk bertugas juga pada esok hari... sob sob sob... :'( tetapi encik boss jangan pula buat- buat lupa. encik boss telah meluluskan permohonan saya untuk mengclaim off sebanyak 2jam 15 minit petang esok. yey.

ok sekarang kau diam. jangan nak berangan yang bukan2. pergi buat kerja. pastu tidor. esok pergi kerja okeh....

happedda.., sat rayu nak cuti. sat nak kerja..

Tuesday, 26 October 2010

MenGaDu PaDa bLoG

blog ini tempat mengadu. jadi saya mahu mengadu pada blog saya....
kisahnya macam ni...
saya berurusan dengan 1 wad ni..
tapi yang menghairan kan...
sorang staff ni sangat biadap...
mungkin mak dia tak ajar..
mungkin juga ajar tapi tak dengar..
mungkin juga tak pergi kursus nilai murni...
mungkin juga pergi kursus nilai murni tapi tidur..
ketika hari pertama saya ditugaskan di tempat ini, saya dah terima panggilan marah2 dari manusia tu..
kata partner saya " biasalah kak.., dia memang mcm tu.., buat tak tahu saja... kami selalu kena marah.. "
ok setelah beberapa kali kami memang buat tak tahu sahaja...
biasalah, mereka ini kadangkala kita buat silap, terus bising...
bila mereka silap, baru manis2kan suara...
kita tak pernah bising...
tapi hari ini...
sorry to say lah, saya memang keletihan jugak kan..
tapi jika tak keletihan pun, biasa lah jika manusia buat silap..
terlalu banyak tengok angka buat mata berpinar juga. nombor bil, nombor resit, amaun RM, nombor RN..., nombor ic..,
nak jadi cerita tersilap lah sikit no RN..
terus telefon dari wad dan tengking2..
kalau ya pun tak payah la tengking2 bukan...
cakap lah baik2..
kami pun manusia juga..
kalau jawatan awak tinggi sangat, tak perlu hormat orang bawah kah?
apa benarkah jika orang bawah buat silap, perlu nak tengking2..?
benda boleh setel, potong dengan pen, tulis semula.., benda boleh runding..
apa kau kecoh..
kau buat silap, tak pernah kami kecoh...
at least kami akan call, cakap baik2...
tak payah kau hempas2 telefon..
biadap kan?
ini kau nak buat census kau tak siap, kau call juga marah2 kami..
bila call nak tanya sesuatu saja pun tone suara dah macam kami ni buat salah langgar mati anak ayam dia..
dah banyak kali kena ni.
tak boleh maafkan lagi.
ini sudah melampau...
siap kau Zalina...
babab baru tau!!

Monday, 25 October 2010

KaSiHaN PaDaNya...

Faris tonton kartun pada pagi hujung minggu...
setelah saya pun letih dan bosan.. dan tahu anak saya itu pun bosan, maka kami keluar meronggeng sambil membeli belah...

Faris suka pandu kereta..
dan main macam2..
shot lagi satu...
dan saya juga suka dengan perkembangannya.. dulu masa Faris masih baby kecik, dia baring sebelah tu.., sekarang sudah jadi baby besar, boleh duduk macam ni dah =)
ewah coba- coba lepas tangan pula ya...
hoh, akhirnya tergolek tidur keletihan...

petangnya, Faris cuba menu ini..

roti cubit pisang...
sakit la pisang tu kena cubit..
bukan bukan...
namanya roti cubit dan pisang...
eh bukan juga..
roti dan pisang..
hah baru betul kan..
ok benda2 tu blend...
dan siap!!

gambar makan tak sempat nak snap. sebab dia makan sungguh2 berselera sampai kalau lambat nanti akan menggelupur. so takyah nak ambik2 gambar. suap jer sampai abeh. pastu basuh pinggan...


ok, saya start buat kerja, jadi Faris duduk dalam ni...

main cak- cak...
cak ibu.., cak Faris... =)

suka bergolek golek..


sambil main2...


sambil ibu buat sepah kat meja....


Faris terus bergolek dengan benda yang penuh serumah ni..


kerja tak siap lagi jadi tak boleh bebel banyak2 di sini...
babai...