Sunday, 13 February 2011

WisH Me LuCk..

sepanjang minggu ini saya cuba muat naik gambar di blogger ini. tapi gagal. sampai saya pun dah naik menyampah. ok la sejak kebelakangan ni mcm banyak benda nak dimenyampahkan... tengok perangai manusia ni mengarut ngarut sahaja..  tapi lantakla. mereka yang buat hal sesama sendiri. saya tengok sahaja, tak kuasa nak campo tangan. lagipun orang orang jenis begitu tak suka kita sibuk2 hal mereka. kes perasan lagi la melampaui batas.. ehehe.., tak apa. itu drama kehidupan. kan kan kan... kalau taknak tengok, pejam mata. kalau nak tengok, jika kelakar, kita gelak okeeehhh...

sudah masuk bulan dua. rupanya sudah sebulan lebih cayang bucuk saya tu tinggal di asrama. Faris pula macam2 ceritanya.. 

cuti CNY tempoh hari, papanya pulang...
selain aktiviti makan besar sambil gelak besar- besar bersama keluarga..,




kami juga bawa si kecik tu mandi sungai di Lata Tebing Tinggi.




 sehingga dia sejuk..

sebelum itu pengalaman meredah pasar pagi Sungai Bayor boleh menyebabkan peluh ketiak menitik nitik laju... cuti kan.., ramai juga orang Selama ya..

hari Khamis lepas, saya tengok dia panjat sendiri masuk dalam walker. kemudian keluar sendiri semula.

.. haisss... memang tak duduk diam lah..

selain Faris ada banyak kepandaian baru, saya juga boleh menjadi "perkara- perkara" baru. perkara- perkara yang terjadi itu ialah menari seperti Justin Bieber... menari sambill nyanyilah kan.. keh keh keh...,

My first love broke my heart for the first time,
And I was like
Baby, baby, baby ohhh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine,mine.. 

ha sampai part Ludacris tu,

When I was 13, I had my first love,
There was nobody that compared to my baby,
And nobody came between us or could ever come above
She had me goin crazy, 
Oh I was starstruck,
She woke me up daily,
Don't need no Starbucks..

kalau saya buat... nanti dia akan buat muka pelik.. ehehe.. pas habis part tu baru gelak2 smula..
aiya.., baby pun buleh suka song Baby ini kan..?


ops sebenarnya saya bukan sahaja boleh menari seperti Justin Bieber.., malah Justin Timberlake pun buleh.. bukan sahaja buleh jadi Wonder Girl, malah Wonder Pet pun buleh... ha lihat.. betapa gigih saya menghiburkan dia. tak tahu la dia ketawa sebab kelakar dan fikir ibu kelihatan comel atau ibu kelihatan seperti monkey yang comel.

tak apa.. ibu Faris mmg cool..
anda pula bagaimana?

rabu dan khamis lepas.., kami dua beranak pergi bercoti... =)

 menghabiskan voucher cabutan bertuah tempoh hari.
hadiah dari Jabatan Oftalmologi Hospital Taiping untuk saya ke Taiping Golf Resort. 
lot of thanks to both of them..
papa tak ikut. sebab papa ada di skolah..
Faris saya bagi mandi swimming pool..



bukan main suka lagi.. 
bayi boleh berenang sendiri kan. ada masanya saya lepas dia merenang.. buat kaki macam frog..
papa tengok 3g saja sambil menjerit- jerit.. ehehehe..

oh ya..
sehingga hujung bulan Februari ini sahaja saya akan tamatkan perkhidmatan saya di Unit Hasil. dan akan masuk ke Unit Kewangan pula mulai 1 Mac 2011. so bye bye Unit Hasil... since 2006 saya kerja di kaunter. front desk memang best. saya memang otai kaunter dan saya suka jumpa orang ramai- ramai. biasa la kena maki hamun kan kan kan.. kadang- kadang tension. boleh buat naik darah dan mengerutkan muka hingga petang tapi selalunya saya suka.. kerana jika setiap hari saya jumpa seratus orang, sebualan tu skali nak kena marah pun belum tentu.
kerja dengan paramedik memang best...  mereka memang great!

saya berbesar hati dan gembira kerana diberi peluang. saya akan cuba sehabis baik untuk mulakan tugas yang baru ini. saya difahamkan akan buat on call claim doctors dan bayaran elaun pindah.. lain2 saya belum tahu lagi.. 
 wish me luck untuk itu..

dan
final exam pun makin dekat.. 
bau nya semakin kuat..
meja study pula habuk dah tak melekat..
dan buku- buku pula dah diangkat.

wish me luck untuk ini juga..

terima kasih banyak....

Thursday, 3 February 2011

PaPa GoeS To ScHooL

Assalamualaikum... lama anda tidak lihat saya bukan? ok untuk perenggan pertama ini saya tempek muka saya ya.. ehehehe... ceh. perasan pula orang teringin lihat saya. tak apa lah...
nah. tengok juga :D terpaksa.


lama sungguh tak bebel2 kat sini. ini adalah kerana :
1. tak ada masa
2. leka di facebook
3. bila ada masa, internet pula slow
4. bila dah lama tak update, byk cerita sangat sampai tak tahu nak update yang mana..

ok korek2 folder picture.., jumpa picture ni..
mari saya cerita tentangnya ya..
ok itu Faris sedang dicium papa. 1 Junuari 2011, papa kami tinggalkan di Kolej Pembantu Pegawai Perubatan Ulu Kinta untuk belajar di sana diam- diam selama 3 tahun.
oleh itu, saya akan menjaga Faris dengan dibantu oleh bonda dan ayahanda saya..
oh terima kasih pada keduanya. jasa kalian tak dapat saya balas. sudahlah masa saya kecil pun jaga saya. masa saya tua pun kena jaga saya dan cucu pula.. huaaaa.... sesudah subuh mereka bertolak dari Kamunting ke Selama untuk bekerja pula..

saya pula setiap pagi akan menjadi macam kartun siapkan anakanda saya itu.
hari pertamanya tanpa papa waktu pagi telah menyebabkan dia melalak dengan kuat ketika diletak dalam baby seat. sebelum ini selalunya saya pegang, jarang sekali letak dalam seat. sebab bila nak ikat dia dalam baby seat itu, akan memakan masa dan boleh menyebabkan risiko lambat punch kad ke tempat kerja pula. oleh kerana pagi itu kena letak juga dan diikat dengan belt.. adoyai melalak pula... kasihan dia..

pagi hari ke dua pula, waktu saya sedang loading barang dalam kereta, tiba2 anakanda saya terkeluar dari rumah dan merangkak di garaj! grill saya tak tutup dengan baik. terperanjat saya.., ingatkan kucing besar.. ahahaha..
muka girang sambil merangkak laju2 manakala ibunya muka gabra pergi menerpa. waktu angkatnya, adoihhh.., sudah siap mandi hensem2, lutut seluar dan tapak tangan usah dicerita.. ahahaha... dan pagi itu pun melalak juga ketika letak dalam seat.. haissss....

ok selepas itu, setiap pagi Faris di dalam seat keretanya adalah aman dan baik.. Alhamdulillah. Faris memang baik. Cayalah..

dan pada 13 Januari pula...
waktu Faris dalam seat dan saya sedang memandu, saya dail papanya dan beri telefon bimbit padanya. sambil kunyah2 telefon itu dan sambil papa dia cakap tanpa dia balas hek atau huk..., saya teruskan perjalanan ke rumah pengasuhnya. lepas talian putus ( tak tahu samada papa yang letak atau Faris yang tekan ), tiba2 pulak Faris melalak dengan muka sedih... sedih pula papa dia dah tak ada dalam telefon.
alorh...., sangat kasihan padanya..
nangis sorang2 dalam seat.. saya pula tak dapat angkat dan pujuk...

kemudiannya ada pula kisah Faris demam. huru hara juga  lah saya.. terus EL tak pergi kerja..

berbalik pada kisah gambar pertama tadi.., kepulangan papa minggu ke dua tu, kami pergi Zoo Taiping..


antara reaksi mukanya..




ini muka seronok ketika dapat makan sambil tengok haiwan..

sebenarnya Faris belum pandai tengok haiwan- haiwan... 
"tengok budak2 yang berlari sambil menjerit lebih best la ibu...," katanya.


sebenarnya ketika saya pulang dari USM tempoh hari, gigi Faris sudah naik 4 batang yang di atas.., sekarang gigi sudah berjumlah 6 batang dan boleh gigit apa saja termasuk gigit stereng kereta ibu sampai berlubang.

pada1 januari tempoh hari, baru saya perasan yang Faris sudah pandai minum guna straw.. kadang - kadang dia suka, tapi kadang - kadang lepas sedut air tu, dia akan spray balik... bussshhh...., nasib la siapa yang kena... ( gambar tak ada kerana waktu minum itu saya perlu pantau )

ok aktiviti Faris bersama ibu adalah sangat bosan iaitu ibu akan suruh baca buku dan baca kad- kad..
sebabnya ibu tak larat nak timang tinggi- tinggi macam papa timang dia. lalu bila Faris pun bosan, tangga mula menjadi sesuatu yang menarik...
 bila ibu pun dah tak larat ikut dia naik tangga dan dukungnya turun, ibu akan bagi dia tengok kartun sampai dia pun bosan semula...

..lalu..
ibu pun terpeleot !

sekian terima kasih..

Saturday, 8 January 2011

BiaR GamBaR BeRCeRiTa

ok.., saya agak tertinggal jauh di belakang untuk update cerita baru. hari ini sudah lapan hari masuk tahun yang baru tetapi cerita tahun yang lepas masih dalam draft lagi. tak apa. saya publish juga ok...
masih belum habis kisah saya pulang dari Kursus Intensif.
ini Jambatan Pulau Pinang. kebiasaan melewatinya, macam biasa- biasa saja. tapi jika waktu kursus itu, masa nak pergi mula rasa berdebar.., jika waktu pulang akan rasa gembira tak terperi.. ehehe.., jika masa exam.., akan rasa terketar2..

tak percaya?

 

saya tak ada banyak gambar seperti tahun lepas. saya lebih sibuk tahun ini.. ok ini kunci bilik saya kali ini..

 

dan ini pula view dari tingkat lapan bilik saya di Desasiswa Tekun itu..


dan ini semua teman baik saya ketika itu...
saya selamat pulang ke rumah  pada 20 Disember 2010 jam 10 malam.. :D dijemput oleh suami tercinta...ehehe.. tahun depan pula kursus lagi.. :p

Monday, 3 January 2011

SuSuN SiLaNg KaTa VeRSi GaMBaR KeNDuRi KaWeN

ini posting kali pertama saya yang anda boleh muat turun lagu jika sudi


pas muat turun buleh nyanyi dgn lirik ni kali


sambil buat posting perasan tempek gambar sendiri...
sambil letak liriknya skali..

layan jer la...


Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku


 Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Yang tak pernah aku sangka ada


Runsingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

 Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Yang tak pernah aku sangka ada

Runsingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu..

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri
 

 Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu..
 nota kaki : gambar takde kena mengena dengan lagu. sengaja menyemakkan lagu :D

Saturday, 18 December 2010

HamPiR SeLeSai

tarik napas dulu.. hah.. lega... so sekarang dah boleh senyum ok...
kenapa ya?
oh.., sebabnya ialah saya hampir tiga minggu tidah bernapas. ops, sebenarnya bernapas la.., cuma rasa macam tak. heh.., kalau tak bernapas selama tiga jam pun buleh dikira meninggal.ini pula 3 minggu...

ok ok..
kisahnya saya baru sahaja HAMPIR selesai menduduki Kursus Intensif Sidang Akademik 2010/2011 bermula dari 29 November 2010 dan akan berakhir pada 19 Disember 2010 di USM ni. saya akan berada di sini sehingga esok.. esok sahaja.., insyaallah..

kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan seperjuangan yang disayangi semuanya... yang banyak membantu, berkongsi, memotivasi dan macam2 me dan ber lagi lah... antara mereka ialah :
Puan Noreha
Puan Fairuza
Tuan Haji khairudin
Mr. Thinagaren
Mr. Bob
Tuan Suhaibi
Tuan Zaid
Cik Suhaini
Puan Husna
Cik Siti Zubaidah
Puan Kamelia
Cik Anis
Encik Shahril
Mr. Brian

wish u luck. and all the best..
ops.., dan ramai lagi.., maaf panjang jika mahu tulis semuanya. yang tak tahu nama pun ada. sorry... 

juga pada tenaga pengajar..
pun banyak juga kalau nak list..

juga kepada yang dikasihi sukarelawan- sukarelawan yang menjaga anak saya dan buat segala2nya di rumah...
bonda Noormah Bt Yusoff
ayahanda Karim B Saad
adinda Noormahirah Liyana Bt Karim
adinda Noor Mahfuzah Syamimi Bt Karim
dan suami yang paling kacak di hatiku dan paling dicintai, kakanda Faizul Bin Sharin. ekekeke...

dan paling paling terima kasih ialah kepada rakan- rakan sekerja yang willing to.., or have to..., ganti kaunter saya..

juga maaf kepada pengantin2 yang menjeput saya kenduri sepanjang saya berada di sini... tak dapat pergi.  hantar wakil saja.

maaf juga kepada sms, YM juga comment di fb yang terabai tidak dibalas...

kerana saya sangat sibuk dengan urusan dunia. ehehe...

may god bless =)
insyaallah..

takde gambar sebab tak buleh nak upload. kenapa tah..

Wednesday, 15 December 2010

i'LL SeE YoU LaTeR oN...

sebab sedang sibuk tergedik2 buatkan ini..
buat pose gedik tahap gaban kalau gaban tengok pun lari balik Jepun...

- pic delete-


pic atas tu snap waktu tgh conference guna web cam. hah belajar sekarang sangat senang. kalau dulu, amat susah perlu menapak ke sana sini untuk huraikan kekusutan. sekarang ini boleh terus duduk depan pc dan buleh juga kau buat siaran langsung caci maki kawan2 kau yang tak buat group assignment..terpulang kepada individu samada mahu conference secara rap begini : S to da I to da B to da U to da K .. SIBUK yawww... sambil rakan sorang lagi sambung buat feutering apa2 yang patut..

atau begini : 
.......

haish kau ni cakap banyak la.. diam la!

sedang meja jadi begini..

perkara dalam gambar :
1. cawan sup mushroom cheese Vono belum basuh lagi
2. bekas air kosong yang tak diisi air lagi
3. biskut yang ingatkan banyak rupanya hari ni tinggal 3 keping jer.. huhu
4. tongkol itam tu ialah stapler
5. tetikus pink
6. notes
7. my pink organiser
8. yang purple tergolek itu adalah key chain gajah comel yang diberi oleh seorang teman (sangkut kat organiser pink tu)
8. langsir bunga pink
9. wire headphone dan mikrofon - tujuan untuk skype dan video conference dgn rakan2 jika berlaku kecemasan. (juga skype dengan Faris)
10. sudu pink kacau sup dan ceduk biskut yang terpatah masuk dalam cawan
10. lappy - ops.., kantoi tengok you tube.. keh keh keh..

ok dah..

cakap banyak pula.
kau ingat kau artis nak cerita segala?

Six, seven, eight, triple nine, eight, two, one, two..
haih menyanyi pulak kau...
diam diam...

Sunday, 12 December 2010

KaTaKaN KeNaPa..

rindunya pada Faris...
 tak ada gambar Faris yang saya ambil dalam sehari dua ini..
cuma ini yang saya ada..

 
 dan lagu Kenapa Daus menjadi iringan...

katakan kenapa
kau buat malamku 
sukar untuk tidur
menanti esok tiba 
tuk berjumpa
katakan kenapa
kau buat siangku 
asyik mengelamun
kepingin untuk bersama 
denganmu
katakan kenapa..

ibu rindu Faris laaaa... :'(

Wednesday, 8 December 2010

iBu GoeS tO ScHooL

hello readers..,
lama tidak menulis. ketika saya menulis ini, saya baru sahaja pulang dari melepak menikmati Chocolate Peanut Butter Pie Bite dan terkinja kinja menonton live band di Hard Rock Cafe Penang. 

sudah hampir dua minggu saya tersadai di Penang. kerjanya enjoy. kerja tak pegi. gaji jalan. sangat mantap bukan?

baiklah...
perenggan pertama itu saya tipu saja. jangan terbeliak mata. tidak sesuai lagi untuk saya melepak begitu setelah menjadi mak mak begini.ekekeke..

gambar- gambar ini sudah basi di facebook. tetapi di laman sosial tersebut tidak ada perinciannya. mari saya cerita di sini..

peristiwa tahun lepas berulang lagi. peristiwa tersebut boleh dirujuk di entry INI dan INI juga. 

saya sedang sibuk mengikuti ini sekarang...

susur ke kanan untuk sampai ke USM..

tahun lepas saya bawa anak saya dalam perut. tapi tahun ini dia hantar saya pula :)



turut menghantar saya ialah mereka.. 
dari kiri : anakanda, kekanda ku cayang, ayahanda, bonda dan adinda saya..
terima kasih kerana membantu mengangkat bagasi saya yang berat belaka.. :p

ini ketika sampai di bilik saya. anak kecil itu kehairanan..
"heh, kat mana kita ni ibu??" katanya kepada saya..

 rasa macam nak babab je budak ni. sangat geram okeh...
setelah selesai semuanya, mereka pun pulang.., Faris dijaga oleh tok dan tokwannya di Selama, Perak.

manakala saya dijaga oleh saya sendiri. semoga selamat lah tidak tercedera dihempap oleh buku- buku yang tebal itu.
 ok bye Faris Iman..., jangan nakal- nakal ha.., duk dengan tok dan tokwan baik- baik...

kesimpulan dan penutup :

3 minggu tak salin pampers Faris
3 minggu tak beri Faris susu
3 minggu tak dodoi Faris tido
3 minggu tak suap Faris makan
3 minggu tak mandikan Faris
3 minggu tak basuh berak Faris
3 minggu tak bertelingkah dengan Faris
3 minggu jadi budak sekolah saja..

agaknya tok, tokwan, mak su dan mak ngah Faris itu sedang bertunggang langgang menjaga Faris.. ehehe.. :)

* kakna dan mimi : hangpa jangan sakat dia!

Tuesday, 30 November 2010

ReTRo NiTe FeVeR - CeRiTa PeNDeK 2

hello readers.., 
ini posting ke dua saya yang ditulis secara tergesa- gesa..
26 Disember 2010..
Retro Nite Fever..


malangnya kami sekeluarga tak berapa nak retro lah... sebab kami agak tak sporting kerana malu2 nak bergaya. kot2 nak dapat spec Saloma ke.., yang cik abang ini pun tak mahu lipat lengan bajunya.. dan faris pun takmo diikat sapu tangan kat lehernya tu.. rimas agaknya..

beliau menyanyi dengan merdunya bagi memulakan acara...

 antara aksi- aksi yang sempat camera saya tembak... dan yang saya berkenan nak post kat sini..
layannn...






dan budak ini seronok didukung ke sana sini oleh ramai orang...

oleh mama lily..
  
oleh mama Gee
oleh uncle Redza dan untie Yuna.. uiks..,

dan oleh ibunya sendiri...





dan rezeki kami murah lagi malam itu. Alhamdulillah...
kami dapat cabutan bertuah lagi..
saya dapat cabutan yang ke 11 dan suami saya dapat cabutan yang ke 13.
saya dapat makanan..
manakala suami saya dapat Pruta IKEA..
molek elok.. makanan tersebut diletakkan dalam Pruta tersebut untuk saya makan supaya saya jadi bulat...



 ok sekian saja siaran kita hari ni..
terima kasih...